PERANG ASRAMA (BAB 13: PERTEMUAN)

2 0 0
                                    


"malam ni aku nak Hafiz, Muiz dengan Fikri pantau malam ni. macam biasa kalau ada apa-apa jadi, panggil je kitaorang."

"arahan diterima." Kata fikri kepada rakan baiknya, Fazli.

Malam itu, tiga orang pergi lain-lain tempat. Fikri selalunya pantau secara solo. Kalau Hafiz, dia mahu pantau secara solo juga. Tetapi, dia kena teman Khairul sebab dia ni kurang berani sikit di Kawasan belakang.

"ok kau tengok----." Belum sempat nak habiskan kata, Hafiz ada syak sesuatu.

"wei, apa tu." Khairul dah mula menggeletar.

"shhh, kau ikut aku." Kata Hafiz dengan yakinnya.

"wei, kau seriousla ?!" soal Khairul.

"dua benda, kau balik asrama atau kau ikut aku andai kata kalau ada orang buat masalah kat tempat ni." kata Hafiz bagi meyakinkan Khairul.

Khairul angguk tanda setuju untuk ikut Hafiz untuk jenguk apa yang disyaki tadi. Semakin dekat dan dekat, bunyi tersebut semakin kuat. Apa yang jadi, hanya mampu berserah kepada Tuhan sahaja yang tahu kepada setiap perkara yang berlaku.

"eh. Ada orang datang !!!" tiba-tiba ada yang menjerit dari tempat tu.

"eh, ada hero datang. Kau memang suka buat hal eh datang malam buta macam ni." kata seseorang yang merupakan pelajar form 5 di situ. Terdapat juga orang lain bilangannya lebih lima orang.

"wei, apa kita nak buat ni." tanya Khairul. Hafiz geram lihat kawannya diseksa kena buat 'plank' atas jalan tar.

"abang tak kesian ke seksa orang macam tu. Dia datang jauh-jauh nak belajar. Last-last, dia kena seksa macam tu."

"uishhh, dia sempat ceramah aku tu. Hebat kau ni." senior tersebut datang mendekati Hafiz.

"kau nak rasa ke apa yang dia rasa. Kau tahu kan, benda ni adalah kerja yang seronok. Kau tak payah nak buat apa-apa. Hanya minta tolong orang yang lebih muda untuk buat kerja kau....HAHAHAHA." kata lagi senior tersebut.

"abang patutnya tunjuk contoh yang baik. Orang yang lebih tua juga sepatutnya lebih matang dan dapat tahu beza benda baik dengan benda buruk. " makan dalam kata-kata Hafiz.

"fuhhh.....makan dalam. Terasa mat," dalam 5 lima orang tu, ada yang berbisik kerana terasa dengan kata-kata tersebut.

"setakat benda yang tak datangkan manfaat, baik abang pergi study. Lagi beberapa bulan je kan ? tak payah nak susahkan saya pantau benda yang sepatutnya tak patut jadi kat sekolah ni.....HAHAHA." kata Hafiz.

"SENYAPLAH KAU BUDAK !!!" ada yang berlari ke arah Hafiz kerana tak puas hati dan mahu lepas geram. Tanpa buang masa, orang itu melepaskan tumbukan ke arah Hafiz.

"Aih, baru cakap sikit, dah terasa ? ohh lupa, orang yang lebih 'tua' ni memang cepat terasa. Cakap benda betul complain, cakap benda salah pun complain." Hafiz berjaya memegang tangan yang mahu menumbuk ke arahnya.

"apa ?! lain macam budak ni." terkejut orang itu.

"dah lah. Kau ingat kata-kata kau ni boleh kalahkan kitaorang ke, HAH ?!" ketuanya melepaskan tumbukan juga akhirnya. Tapi macam biasa.

"bang, manusia boleh berubah. Kita kat dunia fokus kita untuk terus beribadah kepada Tuhan kita. Tapi abang pilih ke arah ni. jadi, saya datang nak tolong abang lah ni."

" Tapi tu lah. Abang asyik melawan je. Terpaksa saya guna kekerasan." Kedua-dua tangan Hafiz berjaya menghalang tumbukan tersebut.

"jadi saya nak tengok. Siapa yang dapat bertahan yang lebih lama." Hafiz melepaskan tangan mereka dan menolak mereka berdua ke belakang dengan kuat.

"BISING LAH KAU BUDAK !!!" datang lagi seorang kerana terlalu geram.

"KHAIRUL ! SEKARANG !" mood Khairul yang penakut bertukar menjadi serius. Rakannya yang diseksa berjaya diselamatkan dengan kelajuannya.

Advantage juga kerana rakannya ada dua orang yang menjaga. Ini memberikan peluang kepada Khairul untuk melarikan diri bersama Hafiz.

"HAFIZ !!!" jerit Khairul menandakan kepada dua arahan. Berjaya menyelamatkan mangsa dan ajak untuk larikan diri.

Hafiz mengelak dengan pantas dan mereka berdua melarikan diri ke Kawasan yang lebih selamat.

"mana kau nak lari...!!!" mereka sekumpulan mengejar Hafiz dan Khairul.

"laju lagi Khairul !!!"

"aku ni bawa orang. Kau tu tak bawa apa-apa, dan suruh aku laju lagi pula." Sempat lagi Khairul merungut.

" hmmm yelah. Meh sini, aku tolong." Hafiz tolong Khairul dengan angkat mangsa yang terlalu lemah.

"sikit lagi....."

"HAHAHAHA MANA KAU NAK LARI BUDAK !!! SEKARANG!!!" didepan ada tembok sangat lebar. Ada seorang muncul menyebabkan Hafiz dan Khairul terkejut dengan kemunculannya.

"ini ke budaknya ? MARI SINI." Dengan kelebihan tangannya yang bersaiz besar, dia ingin Hafiz dan Khairul supaya tidak terlepas kali ni.

'fuhhhh.....' secara slow-motion, Hafiz berjaya mengelak tangan tersebut akan tetapi Khairul tertewas dan tidak dapat melepaskan diri.

"LARI DULU !!!" Khairul jerit menyuruh Hafiz melarikan diri.

"HEH, SEMPAT LAGI TERLEPAS?!"

Hafiz terhenti seketika seolah-olah kakinya melekat ke tanah. Dia tidak mampu bergerak disebabkan ada seorang lagi yang lebih kuat darinya.

"cuak pun kau. Ingatkan kuat sangat tadi." Badan Hafiz terangkat ditarik oleh orang tersebut. Dia cuba melawan akan tetapi tangannya orang terlalu kuat dan tak mampu dialih Hafiz.

"kau dengar sini. Aku....... 'ketua' kat Kawasan ni. disebabkan korang dah masuk Kawasan ni, korang buat aku tak senang hati. Dan aku pastikan kau akan menyesal gila-gila bila kau main-main dengan aku."

"kau bertuah sebab aku sendiri nak tahu siapa kau yang nak sangat hentikan aku. Aku pun bukan tak nak lawan kau. Tapi aku risau, takut. Takut apa? TAKUT KAU KALAH DENGAN AKU!!!" orang tersebut menumbuk perut dengan kuatnya sehingga Hafiz terduduk sambil menahan kesakitannya.

"sebab itulah aku kata. Kau bertuah dapat jumpa. Ketua kau pun tak pernah jumpa aku lagi. Sebab apa, aku malas. Aku tahu diaorang tak mampu nak kalahkan aku."

"sekarang kau ada dua pilihan. Aku lepaskan kau, dan kawan kau akan terima hukuman yang setimpal."

"Dua, aku lepaskan kawan kau. Dan kau akan kena benda yang sama tapi lebih sakit dari tumbukan aku tadi. Pilihlah..."

"HAH, HAH, HAH," Hafiz bernafas laju dan cuba menenangkan diri menghadapi ketua Kawasan buli ini.

"wei dia tak jawab. Takpe, kita tung---." Apabila ketua itu mengalihkan pandangan, Hafiz ambil peluang untuk lari. Khairul dan mangsa masih dalam keadaan stabil.

Akan tetapi pergerakan orang tersebut terlampau laju. Dia berjaya menghalang Hafiz daripada melarikan diri.

"KAU TAK SERIK LAGI KE BUDAK?!!" Hafiz dijatuhkan tak tidak mampu bangun akibat terlalu lemah.

"kau ni, kau lari apa yang kau dapat...kau takkan dapat lari punya. HAHAHAHA," kata ketua tersebut.

"takpelah. Meh aku jawab soalan tu. Kawan kau akan kena dan kau kena dua kali ganda daripada kawan kau kena." Hafiz semakin cuak. Dia tak mampu nak buat apa-apa.

"RASAKAN HADIAH DARI AKU. KETUA KAWASAN KAT SINI!!!!"

Apa yang terjadi kepada Hafiz ? adakah dia selamat ataupun tidak...

PERANG ASRAMAWhere stories live. Discover now