tiga

81 13 8
                                    

Sepasang mata jatuh pada bingkai gambar yang terletak di atas meja kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sepasang mata jatuh pada bingkai gambar yang terletak di atas meja kerja. Dua orang dewasa dan dua orang remaja belasan tahun yang sedang tersenyum sembari memaut bahu satu sama lain itu  ditenung lama.

Bahagianya, lirih hati Efyana. Perasaan sebu kembali menyelubungi rasa hatinya.

Eyana koyak senyuman tipis, namun jelas terasa kelatnya. Bingkai gambar itu diambil lalu diusap lembut. Seakan-akan sedang mengelus wajah ibu, ayah serta kakak kesayangannya.

"Lama tak jumpa ibu, ayah dan kakak..."

"Ibu, ayah, kakak...sihat? Tengah buat apa?" gumamnya lagi. Seperti selalu, dia akan melepaskan rindunya dengan menatap gambar lama mereka itu.

Hanya tiga belas tahun hidup bersama sebelum semuanya lenyap sekelip mata. Sudah tujuh belas tahun tragedi dahsyat itu berlalu, kini dia sudah menginjak usia dua puluh lapan tahun. 

"Efyana rindu semua..." Tak semena-mena, birai matanya basah. Air matanya kalah jatuh tatkala rasa rindu mendahului di hadapan.

Efyana katup mata. Pertanyaan Raffiq tengahari tadi benar-benar buat dia terhenyak pilu. Peristiwa dua tahun lalu terus terimbau kembali.

"Efyana!"

Panggilan itu bagaikan angin yang berlalu di tepi telinga. Sama sekali tidak dihiraukan. Dia terus sahaja berjalan. Malas mahu ambil peduli lagi. Sakit hatinya dengan lelaki bernama Raffiq itu mencanak naik.

Tiada lagi air mata, yang ada hanya kekesalan. Nak harapkan dia bazirkan mutiara berharga ni lagi depan lelaki tak guna ni? Efyana mendengus kasar. Huh, jangan nak mimpi. Hatinya sudah terlalu kental.

"Yana!"

Tangan Efyana direntap kasar oleh Raffiq. Terpusing terus Efyana oleh tindakannya.

"Lepaslah!"

Efyana menarik tangannya kembali. Kuat sehinggakan tenaga lelaki yang Raffiq ada pun tak boleh nak menandingi.

Nampak rahang Efyana diketap-ketap. Matanya tajam menikam pandangan mata si Raffiq. Baginya lelaki ini sudah tiada nilai lagi. Harapan dan kepercayaan yang dia taruh selama ini semakin lama semakin sirna.

"Efyana, dengar dulu apa I nak explain..." Raffiq merayu.

"Explain? Nak explain apalagi, Raff? You dah standby slide presentation ke nak bagi terangkan I tentang benda yang sah-sah I nampak depan mata sendiri?" Efyana menempelak kuat. Asap- asap imaginasi keluar.

"Terang lagi bersuluh apa yang you buat tadi, Raff. Depan mata I sendiri, I nampak you dengan perempuan tu sedang berjoli bagaikan dunia ni milik berdua. Amboi, senangnya hati. Itu pun lagi nak tegakkan benang yang dah basah?" Suara Efyana bertukar sinis.

Patutlah semenjak dua menjak ni asyik menyibukkan diri. Nak diajak bincang tentang nikah pun sengaja bagi alasan kerja. Sibuk itu lah, sibuk ini lah. Tak ada masa. Oh, rupanya inilah urusan duniawi yang terlalu penting sampai tak boleh dielakkan walaupun sedetik tu. Patutnya aku perlu sedar benda ni lebih awal supaya aku boleh campak sahaja dia dalam sisa kumbahan lepas ni. Kalau boleh dengan perempuan tu sekali. Batin Efyana jelas berbaur kegeraman.

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now