enam-belas

65 7 7
                                    

Kini, mereka berada di luar restoran Jazz

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kini, mereka berada di luar restoran Jazz. Restoran di mana berlakunya keributan sebentar tadi.

Tautan pada lengan Efias perlahan Efyana lepaskan. Sesaat, dia pejam mata. Hembusan nafas berat dia hela. Ya Tuhan...

Setelah itu, dia angkat muka. Pandangan matanya kini bersabung dengan tunak mata coklat yang cukup menggoda milik Efias.

"Saya minta maaf ya awak. Sebab saya, tak pasal-pasal awak sekali kena tengking oleh Raffiq, bekas tunang saya tu." Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

Efias ukir senyuman. Dia menggeleng.

"Tak apalah, Cik Yana. Bukan salah awak, kenapa pula nak minta maaf? Sebenarnya saya yang perlu minta maaf sebab tak bantu awak tadi." ucap Efias.

Dahi Efyana berkerut.

"Tapi awak bantu saya. Awak datang waktu Raffiq hampir nak tampar saya. Awak hero saya, Encik Fias..." kata Efyana, bersungguh.

Sekali lagi Efias tersenyum.

"Cik Yana..."

Kala ini, kedua belah mata Efyana dia tenung silih berganti. Ingin memastikan sesuatu.

"Hm?" gumam Efyana seraya mengangkat sebelah kening. Kenapa?

"Awak tak nangis?"

Makin berlapis kulit dahi Efyana mendengar ayat berbaur soalan itu dari mulut Efias.

"Nangis? Maksud awak?"

"Bekas tunang awak kata macam tu dekat awak."

Barulah Efyana faham makna kata Efias. Dia dapat menyimpulkan sesuatu.

Ya, Efias dengar semuanya!

Tidak terasa hati, Efyana tertawa kecil sambil mengkeleng kepala.

"Buat apa saya nak nangis? Tak ada gunanya saya nak nangis untuk dia lagi. Lagipun, sayakan ada awak sekarang. Saya ingat lagi, awak pernah kata yang awak akan selalu ada dengan saya, kan?" Efyana sengih. Luka hati tadi perlahan terubati bila bersama Efias ni.

Bibir Efias carik dengan senyuman gula. Dia angguk, mengeyakan. Betul lah tu, dia memang pernah kata. Dan dia sendiri pernah berjanji dalam diri untuk sentiasa mengekalkan senyuman cantik itu di bibir Efyana.

"Tapikan, Cik Yana..." Tiba-tiba, Efias cebik bibir.

Berubah hairan terus muka Efyana.

"Tapi kenapa Encik Fias?"

Efias pandang Efyana. Pura-pura dia tayang senyum kelat di hadapan wanita itu.

"Bekas tunang Cik Yana tu kacak juga ya orangnya."

Kalau sahaja dia minum air, gerenti tersembur punya.

Efyana terbatuk. Dia bukan terkejut dengan pujian untuk Raffiq tu tapi dia terkejut dengan Efias. Kenapa tiba-tiba ni?

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now