Liur yang ada ditelan banyak kali. Tangan yang tadinya kering mula basah dengan keringat. Hati yang tenang kini berombak kencang.
Ahh, nervous!
Tok tok tok!
"Assalamualaikum..." Efias memberi salam.
Senyap.
"Assalamulaikum, mak abah..." ulangnya.
"Waalaikumsalam, kejap..." Akhirnya kedengaran bunyi sahutan daripada dalam.
"Encik Fias, saya takutlah..." Efyana sudah tak tenang berdiri. Bila dengar suara wanita menyahut tadi, dia sudah tahu itu ibu Efias.
"Cik Yanaaa..." meleret Efias menyebut namanya. Memberikan isyarat yang tiada apa-apa pun yang akan berlaku.
Tiba-tiba pintu rumah dikuak. Wajah wanita dalam lingkungan lima puluh tahun itu tersembul di sebalik pintu.
Laju-laju menyorok di belakang tubuh Efias.
"Eh, Efias! Buat apa kat sini?" soal mama teruja bila nampak Efias datang.
"Mama ni, nak lawat pun tak boleh ke?" Efias mencebik. Mama ketawa.
Lama mamanya mula perasan. Ada orang rupanya kat belakang anaknya itu.
Dia angkat kening memandang Efias.
"Oh ya! Mama..." Efias beralih ke tepi sedikit, mengalih tubuhnya daripada menjadi benteng persembunyian Efyana.
"Efias bawa..."
"Ya Allah, menantu mama ke ni?"
"Eh?" Efyana termangu. Melihat tubuhnya dipaut oleh wanita itu membuatkan badannya mengeras bak ais di kutub utara.
Efyana pandang Efias. Lelaki itu pula sudah ketawa.
Sebaik sahaja berada di ruang tamu, Puan Fauziah menjemputnya duduk.
"Maaflah, mama tak tahu Efias nak datang bawa kawan. Jadi mama tak masak lagi." mama mengeluh kecil.
Laju-laju Efyana menggeleng.
"Eh tak apa, mak cik. Efias bawa saya pergi sini pun sebab saja saja je."
"Ye ke saja saja?" Efias angkat kening, merenung Efyana.
YOU ARE READING
[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔
RomanceAllah sebaik-baik perancang... Dia, Efyana hanyalah seorang wanita yang hidup sebatang kera. Ditinggal keluarga sewaktu umur tiga belas tahun. Kini, menginjak usia dua puluh lapan tahun dan sudah mempunyai kerjaya sebagai seorang pereka fesyen. Hid...