empat-belas

78 6 6
                                    

Sejak talian ditamatkan, bibirnya tak lekang langsung daripada senyuman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak talian ditamatkan, bibirnya tak lekang langsung daripada senyuman. Silap hari bulan boleh terkoyak mulutnya bahana asyik tersengih lebar.

Sungguh, penangan Efias memang benar-benar buat dia jadi tak keruan. Sengaja mahu buat dia serahkan seluruh jiwa dan raganya kepada lelaki itu.

Dalam posisi yang kekal sama, Efyana masih meniarap di atas katil. Hati ceria membuatkan kedua belah kakinya selang seli bergerak naik turun, seolah sedang menari di udara.

Pandangan di halakan pada buku nota bersaiz A4 yang sedang ternganga luas di hadapannya. Pensel melukis yang sedari tadi dipegang kini mendarat di situ.

Dia mula melukis apa yang sudah sedia terlakar di minda. Entah mengapa, selepas berborak dengan Efias melalui alam maya tadi, otak terus segar hendak membuat kerja. Muncul segala macam bentuk ideanya. Ajaib!

"Haih..." Efyana mengeluh dalam sengih. Ish Efias ni asyik muncul aje dalam fikiran. Makin rindu dia macam ni!

Efyana menggeleng. Tangannya ligat melakar reka bentuk baju untuk butiknya. Cukup dengan hiasan manik di sekitar pinggang dan lengan. Bergaya moden tapi tetap nampak tradisionalnya. Labuh dan yang paling penting tidak ketat. Itu matlamatnya.

Dia tidak suka mereka gaya pakaian yang menampakkan tubuh badan serta mencolok mata. Apatah lagi sendat dan ketat.

Akibat zaman yang kian memoden ini, semua umat manusia terutama yang muda-muda mahu mengikuti trend. Tudung singkat, baju ketat, terbang semua nasihat tentang menutup aurat.

Sebagai seorang pereka fesyen, Efyana tidak mahu mencipta pakaian yang melanggar hukum islam. Biarlah orang lain dengan otak dan kreativiti barat mereka masing-masing. Tetapi dia tidak ingin sesekali tergolong dalam orang seperti itu. Dia islam. Dan dia juga tahu apa yang dibenarkan dan apa yang dilarang.

Tak semena-mena, bunyi getaran telefon yang bergema menyedarkannya ke alam nyata. Lantas kepalanya dikalihkan ke arah skrin telefon untuk melihat siapa gerangan yang telah menghubunginya ketika ini.

Pensel Efyana jatuh dari pegangan. Saat ini, dia sudahpun mengetap rahangnya kuat. Perasaan geramnya kini membuak-buak di dada. Melihat nama yang tertera itu membuatkan Efyana ingin memarahi si pemanggil itu.

Raffiq

"Apa lagi yang dia nak?" gumam Efyana dengan mata yang terpaku pada telefonnya. Waktu dia nak ada idea ni lah si Raff ni nak kacau. Menyampah!

Dibiarkan sahaja telefon itu berbunyi. Hingga saat panggilan itu mati, Efyana menghela nafas lega. Suasana hening dan tenang kembali menyelimutinya pada dini malam ini. Namun seketika sebelum telefonnya melolong minta di kisar lagi. Huh!

Akhirnya Efyana angkat juga panggilan daripada Raffiq. Rengusan nafas kasar dihela sebelum tombol hijau di geser ke kanan.

Benda pipis itu diletakkan di birai telinga. Belum sempat berbuat apa-apa, Raffiq sudah membuka suara.

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now