lapan-belas

69 5 2
                                    

Hotel De' Stella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hotel De' Stella.

Sepasang kaki panjangnya berdiri tepat di hadapan bangunan gah itu. Hari ini, dia sekadar berpakaian kasual. Bahagian dalam, dia pakai baju T putih dan bahagian luar pula, dia pakai kemeja lengan panjang berwarna biru cair.

Efias senyum.

Inilah urusannya hari ini. Nak bagi sokongan dekat Efyana. Sebelum dia memandu ke sini, sempat lagi dia singgah ke kedai bunga. Dia ada beli sebuket bunga untuk diberikan kepada Efyana. Tapi masih terletak di kereta. Nanti dia ambil.

Ehem...Bukan nak acah romantik. Sekadar niat dia cuma nak bagi penghargaan dan hadiah kepada Efyana yang sudah usaha yang terbaik.

Kala ini, dia tahu Efyana mesti masih sibuk. Jadi, dia akan tunggu hingga wanita itu selesai. Biarlah berjam-jam lamanya pun, dia sanggup menunggu.

Jam yang melilit di lengan dikerling. Baru pukul sebelas. Dan Efias rasa ini masih terlalu awal untuk kerja-kerja pengurusan Efyana tu selesai.

Tak apalah. Demi Efyana, dia sanggup bertahan.

Kakinya di bawa ke hadapan. Selangkah demi selangkah Efias mendekati pintu hotel itu.

Namun sebaik sahaja dia berdiri di hadapan pintu, langkah kakinya mati. Di anak tangga luar itu, matanya sempat menangkap susuk wanita yang sedang terduduk dengan bahu yang terhinjut-hinjut naik. 

Menangis?

"Cik Yana?" Efias bergumam sendiri. Baginya, wanita itu adalah Efyana. Sebab dari sini, tubuh itu sangat familiar.

Efias membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam dan terus sahaja melangkah menuju ke arah wanita itu.

Bila jaraknya kian mendekat, dia memperlahankan langkah. Tepat  telahannya. Wanita itu memang Efyana.

Dia berhenti di hadapan Efyana yang sedang duduk di anak  tangga luar itu. Hujung kasut mereka berlaga hingga membuatkan esakan Efyana terhenti dengan sendirinya.

Terkejut? Mungkin.

Perlahan-lahan Efias merendahkan tubuhnya. Melutut tepat dihadapan Efyana dengan sebelah tangan diatas riba. 

"Cik Yana..." seru Efias perlahan.

Efyana tersontak. Kedua belah kelopak matanya langsung terbuka.

"Efiassss..."

Efyana ketap bawah bibir. Menahan tangisannya daripada pecah.

"Kenapa ni, hm? Kenapa awak nangis lagi ni, Cik Yana?" soal Efias, lembut.

Bibir wanita itu kelihatan bergetar. Seperti hendak mengatakan sesuatu, namun tiada apa yang mampu diungkapkan.

Kenapa Efyana menangis? Apa yang telah membuat wanita ini menangis di siang hari ni lagi?

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now