sebelas

61 11 6
                                    

Sementara menunggu pesanan makanan tiba, mulut wanita itu bagaikan sudah lupa cara untuk berhenti melontarkan kata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sementara menunggu pesanan makanan tiba, mulut wanita itu bagaikan sudah lupa cara untuk berhenti melontarkan kata. Ibarat bertih yang digoreng. Susah hendak berhenti bercakap.

Seminggu berlalu dengan pantas, bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Adakalanya bila dia sedih, senyuman Efias seakan muncul dalam benaknya. Seakan memberi semangat supaya jangan mengalah dan terus berusaha melangkah.

Tak semena, Efyana tersenyum. Suara Kak Ziha yang sedang bercakap dengannya itu seakan bertukar menjadi bisikan nada rindu digegendang telinganya.

Ya Tuhan...Dia rindukan Efias.

"Cik Yana!"

Bahu Efyana terhinjut bahana terkejut. Wajah Efias yang menerjah masuk dalam fikiran tadi langsung terbang entah ke mana.

"Ya Allah Kak Ziha. Boleh melayang nyawa saya." ucap Efyana.

Mengucap panjang dia dengan tindakan Kak Ziha yang seperti kilat menjerkahnya.

"Cik Yana ni yang tiba-tiba mengelamun. Tadi elok aje bercakap, ni kenapa tiba-tiba diam?" soal Kak Ziha dengan sebelah kening terangkat.

Menyedari itu, Efyana terus melorek senyuman janggal. Errr...apa nak cakap ni?

Ting!

Bagaikan ada mentol idea yang tersembul di tepi kepalanya, Efyana terus melekapkan tangannya di perut.

"Tak adalah. Saya lapar sangat dah ni. Sebab tu saya diam. Haaa ni... tadi akak ada cakap masakan dekat sini sedapkan, sungguh ke?"

Bijak. Kamu sungguh bijak, wahai Efyana Jasmin.

Tapi bila soalan itu keluar dari mulut sendiri, dia jadi serius tertanya-tanya juga. Sedap sangat ke makanan dekat sini?

Dari kuantiti pelanggan yang berkunjung ke sini pun, mungkin betul lah apa yang dikatakan oleh Kak Ziha. Pantang ada meja kosong, ada sahaja umat manusia yang terlebih laju duduk di sana. Macam burung nampak makanan. Tak bagi peluang langsung!

"Sungguhlah. Akak recommend sangat restoran ni. Akak jamin, sekali rasa confirm Cik Yana akan jatuh cinta punyalah." Penuh semangat Kak Ziha bercerita.

Efyana yang mendengar turut terkena tempiasnya. Entah kenapa, perutnya juga mula mengikut rentak tatkala bau-bauan masakan mula menerjah masuk ke dalam lubang hidung. Tidak dapat dinafikan. Hidu tempat ni pun boleh tahu sedap.

Tak sabar nak melahap!

Bagaikan dimakbulkan doanya, makanan yang dipesan sudah pun selamat mendarat di atas meja.

Dua buah pinggan yang berisi mee sizzling special itu diletakkan dihadapan Efyana dan Kak Ziha. Berkepul-kepul asap naik menampar halus kulit muka. Panas!

Efyana telan air liur. Belum makan sudah meleleh liurnya tatkala mata memandang sizzling panas di depannya.

"Jemput makan..." pelawa pelayan lelaki yang menghantar makanan mereka itu mesra.

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now