enam

80 10 6
                                    

Butik Qasla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Butik Qasla. Ini sudah kali sembilan dia menjejaki diri ke sini. Atas sebab yang sama, hantar dan ambil baju tempahan mama.

Para staf butik yang lalu depan dia pun dah tak segan nak menyapa. Familiar dan sudah dikenali sangat muka dia ni. Mesra alam.

"Ini dia Efias. Baju yang Puan Hajah Fauziah tempah mengikut ciri-ciri yang Hajah nak."

Baju gaun yang cukup elegen. Dikelilingi dengan manik berlian yang bersinar. Potongannya juga nampak kemas dan rapi. Dan yang paling penting reka bentuknya menarik, labuh dan menutup aurat. Elok sahaja mata memandang.

Haih siapalah yang design baju macam ni? Limited edition sangat, patutlah mama suka. Gumam batin Efias.

Baju yang digantung pada menyangkut dan masih ditutupi dengan plastik jernih itu Kak Ziha hulurkan kepada Efias. Kemudian disambut dengan sopan olehnya.

"Hati-hati bawanya Efias. Masih baru tu. Karang kotor, terkoyak, tak pasal-pasal kita orang dan Efias Efias sekali Hajah marah" Kak Ziha bergurau.

Efias gelak. Sesudah itu dia angguk.

"Jangan risaulah Kak Ziha. Ini Efias lah, mana mungkin rosakkan barang mama"

"Eh mana lah tahu. Akak cuma bagi nasihat awal. Bukan apa. Kalau koyak, kesianlah kat mama Efias. Bukan aje kat mama Efias, tapi dekat orang yang buat design ni sekali."

Efias angguk. Betul juga apa yang Kak Ziha ni kata. Hasil tangan orang, patut kita jaga dan hargai dengan baik. Lagi-lagi yang kerjanya kemas dan tip top. Berperah otak untuk menghasilkan idea reka bentuk baju ni bukannya senang. Ambil masa. Ikut kemampuan otak berfikir.

Cakap pasal pereka fesyen, dia jadi tertanya-tanya juga.

"Kak Ziha..." panggil Efias setelah beberapa detik termenung.

"Haa ya? Kenapa Fias?" sahut Kak Ziha sambil membelek-belek buku log yang ada atas kaunter.

"Fias nak tanya something, boleh?" pintanya, lembut.

"Boleh. Tanya ajelah. Asal Fias jangan tanya soalan yang akak tak boleh jawab sudah. Macam apa benda aji zebra tu..."

"Algebra kak" Efias membetulkan. Hampir nak berdekah dia ketawa dengan Kak Ziha ni.

"Alaaa sama aje. Fias faham juga kan?"

Efias angguk. Melayan.

"Ya lah kak. Asalkan akak bahagia, okey lah tu" jawab Efias sambil menahan ketawa.

"Haa..ni nak tanya apa tadi?" soal Kak Ziha semula.

Buku log ditutup. Selesai belek, barulah boleh bersembang dengan si Efias ni.

"Yang reka dan design baju mama Fias ni kerja kat sini ke, Kak Ziha?" tanya Efias.

Bukan apa...dia cuma nak pastikan. Sebab beberapa kali dah dia ke sini, kenapa orangnya asyik tak ada?

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now