tujuh

77 8 3
                                    

Langit yang terbentang luas di atas sana mencerahkan hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Langit yang terbentang luas di atas sana mencerahkan hari. Membuatkan sepasang mata milik Efyana tak lepas mendongak ke arah lapisan berwarna biru yang mengelilingi bumi itu.

Indah. Ditambah lagi dengan angin bayu yang seakan menampar halus kulit mukanya itu membuatkan Eyana nyaman dan tidak ingin berganjak pergi.

Namun, semuanya berlalu dalam masa hanya beberapa minit sahaja sebelum perutnya mula berdisko sakan di bawah sana.

Automatik tangan menekap perut. Dan sekali lagi, perutnya berbunyi. Kali ni lebih kuatlah pula.

"Haih, potong scene betul lah kau ni perut." Efyana membebel. Macam lah perutnya tu ada telinga hendak mendengar.

Sudahnya Efyana bangun dan lantas melingas mencari bangunan atau kedai-kedai yang ada menjual makanan dan minuman.

Sekarang ni jangan nak kata dia lapar sahaja, malah kerongkongnya pun mengada minta dihilangkan dahaga. Maklumlah, matahari tersenyum, hari pun panas.

Efyana mengatur langkah sebaik sahaja ternampak sebuah Market yang tidak jauh beberapa meter dari tempat dia berada.

Boleh tahan besar kedainya. Padahal dia cuma nak beli makanan ringan dan air pemanis. Itu sahaja. Bukannya nak beli barang dapur.

Hurmm...

Biarlah, yang penting perut mesti diisi. Efyana menepis segalanya dan terus berlalu masuk ke dalam kedai.

Dari bahagian barangan kering seperti sabun dan mandian, berlalu kepada bahagian keperluan dapur dan sebagainya, Eyana lintasi tanpa berpaling.

Macam yang dia kata tadi, tujuannya cuma nak membeli makanan dan minuman.

Efyana berhenti di bahagian produk beku. Tempat di mana jualnya minuman sejuk di dalam peti sejuk tanpa kaca. Bermacam jenis minuman yang ada. Tapi semuanya langsung tidak menarik liur Eyana untuk membelinya. Sebab tak ada coklat.

Tidak! Itu mustahil.

Mustahil kedai besar macam ni minuman perisa coklat pun tak ada.

Tak boleh jadi. Aku kena cari juga ni sampai jumpa. Desis hati kecilnya.

Gigih betul Efyana mencari. Dari hujung penjuru peti hingga ke penjuru satu lagi, berbolak-balik dia memerhati. Serius sangat. Sampai orang yang berada disekelilingnya pun hanya mampu memandang pelik dan tak jadi nak menegur.

"Haaa jumpa!" jerit Efyana.

Bibirnya mengulum senyum lebar. Haih... betul lah apa orang cakap tu, usaha tanggal kejayaan.

Akhirnya jumpa juga dia air perisa coklat kegemarannya.

Dia menghampiri peti tersebut. Hendak mencapai susu coklat yang puas dia cari tadi. Baru sahaja Efyana mahu menghulur tangan dan mengambil minuman tersebut, terasa sasarannya lari.

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now