dua-puluh

67 4 10
                                    

Haih, janganlah pandang-pandang orang awak yang di sana tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haih, janganlah pandang-pandang orang awak yang di sana tu. Ada hutang eh?

Efyana senyum kambing bila cashier lelaki di seberang sana asyik pandang-pandang dan tersenyum ke arahnya.

Wink!

Amboi, dia kernyit mata pula. Gatal mak ai!

Efyana menggeleng kepalanya. Kemudian dia terus sahaja membayar barangan yang dibelinya. Efias pula sudah di luar. Nak simpan troli katanya.

Usai itu, dia melangkah keluar. Susuk Efias langsung dicari. Tak sampai beberapa minit, jumpa juga lelaki tu.

"Dah?" soal Efias dengan tangan yang penuh dengan barang-barang.

Efyana angguk.

"Dah..." jawab Efyana.

Mereka kemudiannya berlalu ke kereta. Tak terus sampai. Jalan nak ke parking kereta ni  ambil masa sikit. Jauh, terpaksa bersenam kejap.

Sambil berjalan, mereka mengisi masa itu dengan berbual.

"Encik Fias..." seru Efyana.

"Hm?"

"Awak nak tahu, tak? Tadi ada sorang laki tu asyik pandang-pandang saya. Pastu dia senyum." cerita Efyana.

"Eh? Ye ke? Kenapa tak bagitahu saya awal-awal?" Efias dengan riak terkejutnya bertanya Efyana.

"Awakkan keluar awal tadi. Manalah sempat nak cerita."

Efyana gelak kecil.

Efias pula dengan muka berfikirnya.

"Ya tak ya juga. Haaa... lepastu apa jadi?" soal Efias, ingin tahu.

Efyana ketap bibir.

"Dia kernyit mata kat saya"

Sejenak, Efias gigit pipi dalamnya. Memang dah tabiatnya bila dia rasa cemburu.

"Jangan buatnya dia suka awak pula? Hensem ke?" soal Efias lagi. Bukan apa, rasa tak puas hati pula dia tiba-tiba.

Efyana ketap bibir menahan tawa. Seronoklah tengok Efias jeles. Bagus untuk diusik lagi. Haha!

"Entahlah. Tapi saya rasa dia memang hensem. Kalau ya pun, tak boleh nak buat apalah"

"Sebab?"

Dada Efias berdebar tiba-tiba. Jangan cakap Efyana dah jatuh cinta dengan lelaki tu pula? Haih...Apalah aku fikir ni. Apahal pula dia nak rasa insecure ni. Parah parah!

"Ada orang tu dah cop saya ni favourite Efyana dia."

Mendengar itu, Efias ketawa. Ketawa lega.

"Kalau gitu baguslah. Lega hati saya ni dengar, Cik Yana sayang..."

"Sayang?" Efyana mati langkah. Mulutnya terbungkam, terkejut.

Efias senyum tengok reaksi Efyana.

"Eh, saya. Hai, terlajak huruf pula. Semangat betul mulut saya ni bercakap sampai terlebih dua huruf pula kat belakang. Sorry, maafkan saya Cik Yana sayang...Eh salah lagi. Cik Yana saya..."

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now