lima-belas

67 7 6
                                    

Efias pandang Affan bila dia berkali-kali disiku oleh lelaki itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Efias pandang Affan bila dia berkali-kali disiku oleh lelaki itu. Nasib tak jatuh cawan kaca yang ada di tangan dia sekarang. Kalau tidak, gaji budak tu dulu dia potong.

"Kau ni kenapa, Fan?"

Dia kembali mengelap cawan yang sedikit basah bahana asyik di siku oleh Affan itu.

"Siapa perempuan tu, bang?"

Affan menjuihkan bibir di suatu sudut ruang yang tersorok.

Sempat Efias angkat pandangan ke arah yang dimaksudkan oleh Affan. Wanita manis bertudung litup, siapa lagi kalau bukan Cik Yana.

Efias berdehem panjang sebelum kembali mengelap cawan.

"Kekasih hati ke, bang?" Affan sengih nakal.

"Jangan sibuk hal orang, Fan" tegur Efias. Geleng.

"Eh mesti! Manalah tahu perempuan tu bakal isteri abang. Nanti kahwin jangan lupa ajak saya" Disenggolnya lagi siku Efias.

Haa sudah. Sengal budak ni!

"Tak adalah, Fan. Kita orang cuma kawan." Lagi dia mahu menafikan.

Mendengar itu, Affan berdecak. Bibirnya dicebik kesal.

"Kawan aje? Kahwin?"

"Eh budak ni..."

Efias dah penat melayan Affan.

"Jangan nak busybody dulu. Dah, pergi ambil oder sana..."

Dia tolak Affan keluar bila ada beberapa orang pelanggan baru masuk.

Sebaik sahaja Affan menjauh, dia kembali  menghela nafas lega. Sekali lagi matanya melirik ke arah wanita cantik yang berjaya membuatkan hatinya terpaut dua menjak ini.

Usai itu, dengan penuh gaya, dia kembali mengorak langkah menuju ke tempat Efyana duduk. Senyum di ukir sebelum kaki mula bekerja.

Namun baru setelah jalan, langkah kakinya mati. Pandangan matanya kini beralih pada susuk lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapan seorang Efyana.

Macam kenal...

Dahi Efias dah berkerut. Langkah kakinya sengaja di perlahankan agar dapat melihat mereka lebih jelas.

Sekonyong-konyongnya...

"Bang Fias!"

Nasib cawan yang dia pegang sedia dipegang kuat, kalau tidak memang hancur berkecailah serpihan kaca-kaca lut sinar ini ke lantai restoran.

"Hesy kau ni!"

Affan sengih kambing.

"Sorry, bang..."

"Haaa, kau kenapa tiba-tiba menyergah ni?" soal Efias terus.

Mulutnya bergerak sedangkan matanya, terus memerhati lelaki yang bersama Efyana itu senyap-senyap. Bukan apa, risau pula dia. Buatnya lelaki tu nak buat Efyana menangis lagi. Kan haru tu.

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now