lapan

85 9 9
                                    

"This is Magnum, Encik Fias

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"This is Magnum, Encik Fias."

Dari dalam kedai sampai keluar, mulut Efyana tak sudah-sudah berhenti bercakap. Dia masih tidak percaya dan tidak pernah sekalipun terlintas dalam otaknya bahawa hari ni tekaknya bakal menerima rasa Magnum Chocolate mahal ni. Tidak!

"Ya, Cik Yana. Saya tahu. Dan sekarang ambil ni"

Efias mengeluarkan minuman mereka dari plastik. Diambilnya tin Nescafe berwarna ungu itu lalu diletakkan di tepi.

Eh?

"Kenapa letak sana, Encik Fias?" soal Efyana pelik. Air dia, kenapa Efias pula yang ambil?

"Nah...Kita tukar"

Susu coklat diserahkan. Buatkan Efyana kelip-kelip mata pandang Efias.

"Seriuslah, Encik Fias???"

Bila Efias angguk, Efyana terus tekup mulut sendiri. Tolong, dia terharu sangat ni.

"Awak ni dah jatuh suka kat saya ke? Kenapa baik sangat ni?" Selamba anak Efyana bertanya.

Tapi Efias sekadar senyum. Tidak terkejut langsung dengan soalan selamba wanita disampingnya itu.

"Saya nampak mata awak macam dah masuk habuk waktu saya kata nak susu coklat tu tadi"

Efyana tersedak bila dengar kata-kata Efias itu.

Ya Tuhan...Encik Fias nampak aku menangis ke tadi?

"Awak memang suka coklat ke, Cik Yana?"

Melihat Efyana yang sibuk melahap aiskrim Magnum dengan nikmat itu buatkan Efias berfikir. Dia ni mesti suka betul dengan coklat.

"Ding dong! Tepat sekali, Encik Fias" kata Efyana sembari memetik jari.

"Tak kencing manis ke asyik makan coklat ni, Cik Yana?" soal Efias pula sambil menyilang tangan ke dada.

Hilang sudah dahaga tekaknya tadi. Pertemuan kali kedua antara dia dengan perempuan ini betul-betul memberikan keajaiban.

Efyana menoleh ke kanan. Pandang wajah tampan Efias tu semula. Kemudian dia koyak senyuman lebar.

"Kencing manis? Naaa... Awak layan saya macam ni pun dah buat saya diabetes tahu?" Efyana menggeleng.

"Layan? Layan macam mana tu?" Efias bingung. Ditatapnya Efyana dengan sebelah kening terangkat.

"Yalah...Cara awak layan saya sekarang ni macam saya ni buah hati awak. Manis sangat. Boleh kudung saya lepas ni sebab kena potong kaki." kata Efyana sembari menggeleng kepala beberapa kali.

Kata-kata loyar buruk Efyana itu membuatkan Efias ledakkan ketawa. Tercuit pula hatinya tatkala ini. Lagi-lagi bila Efyana buat muka serius waktu bercakap tadi.

"Kenapa gelak?"

Efias geleng.

"Saja. Kelakar tengok awak"

[𝐇] 𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐈𝐓𝐔 Where stories live. Discover now