Prolog

176 6 2
                                    

Mereka saling berbalas tatapan.Terlihat jelas kemarahan diwajah gadis yang dipanggil Midnight.Dia mengetap gigi sambil cuba bertenang

"Kenapa tugas aku digantung?" terselit nada marah di ayatnya

Gadis itu bengang apabila mengetahui tugasnya sebagai ketua digantung apatah lagi bila lelaki dihadapannya turut memberi hukuman kepada dirinya

"Perlu ke aku jelaskan satu persatu kesalahan kau?" tanya lelaki itu dengan tenang, matanya redup menatap wajah marah anak buahnya

"Itu bukan salah aku.Kenapa aku yang perlu tanggung kesalahan orang lain? tak adil!"

Lelaki itu senyum senget.Dia menongkat kepalanya pada muka meja.Mata lelaki  itu tidak lepas dari merenung ke dalam anak mata Midnight

"Itulah jawapan kepada pertanyaan kau"

Midnight memandang lelaki tersebut dengan bingung.Otaknya masih tidak dapat menangkap maksud dari kata - kata jejaka itu

"Kau ketua kepada dia.Kesalahan anak buah ditanggung oleh ketua.Itu adalah tanggungjawab ketua.Kau sebagai ketua sepatutnya dapat mengawal mereka dengan baik tapi tidak"

"Sekarang apa yang terjadi adalah dari kelemahan kau sebagai ketua"

Midnight mendiamkan diri.Sedikit sebanyak hatinya terasa sakit kerana kata - kata dari lelaki itu

Dia mengaku dia masih banyak kelemahan dalam menjadi ketua bagi kumpulan mereka

Midnight bersandar pada kerusi.Matanya yang turun menatap lantai kini beralih pada lelaki yang masih tenang ditempatnya

"Ok aku mengaku kesalahan aku.Aku terima hukuman yang kau bagi tapi apa hukumannya?"

"Hukumannya? selama satu bulan kau dan kumpulan kau dicutikan tanpa misi.Selama korang bercuti aku nak kau belajar dari kesilapan kau"

Midnight tidak terkejut mendengar hukuman yang dikenakan.Memang patut hukuman itu dijatuhkan sebagai pengajaran buat anak buahnya

"Ada bantahan?"

Gadis itu menggeleng kecil.Kalau dia bantah semakin bertambah jangka masa hukuman tersebut.Macamlah dia tidak tahu perangai lelaki itu.Dia sudah khatam

"Misi yang aku tengah handle macam mana?" tanyanya

"Misi tu aku akan serahkan pada anak buah aku dan kecuaian yang anak buah kau buat aku dah selesaikan"

Midnight melepaskan nafas lega.Mahu tidak lega apabila identitinya masih boleh diselamatkan.Kalau tidak sudah pasti dia akan dibuang kerja

"Ingat selama sebulan korang tak boleh buat apa - apa misi"

"Ya ya aku faham" balas Midnight meleret

Gadis itu bangun dari duduk.Lebih baik dia keluar dari berlama disitu.Buat sakit hati je

"Happy holiday"

Midnight menjulingkan matanya ke atas.Pintu bilik ditutup rapat.Sebal rasa hatinya apabila dia turut tidak dapat menjalankan misi

Hidup tanpa misi? boleh gila!

Langkah Midnight mati setelah melihat kelibat Luna yang bersandar pada dinding sambil memusingkan belatinya

Wajah gadis itu masam semasam cuka apabila bertatapan mata dengan Midnight.Midnight mengeluh kecil, dia tahu kawannya itu sudah dengar apa yang berlaku diantaranya dan lelaki tadi

"Kau jangan bagitahu diorang"

Terbuntang mata Luna mendengar larangan Midnight, "Kau nak rahsiakan semua ni dari diorang? kalau aku tak curi dengar tadi, kau pun nak rahsiakan benda ni dari aku?"

"Bukan, aku tak nak diorang tahu perkara sebenar je.Karang tak pasal mati pula budak tu"

"Jangan cakap orang yang gagalkan misi kau tu adalah Psiko?" Luna berdecit setelah melihat senyuman daripada Midnight

"Tak guna punya budak.Tengok sekarang kita dah menganggur.Sebulan pula tu"

"Tapi bagus juga tugas aku kena gantung.Bolehlah kita selesaikan tugas kita yang tertangguh tu"

Luna mengangguk.Selama ini jadual mereka sangat padat dengan misi sehinggakan tidak sempat untuk mengurus masalah sendiri

"Ok juga kita kan dah lama tak cuti.Asyik busy je and now boleh berehat"

Kedua gadis itu melangkah masuk ke dalam satu ruangan.Disitu terdapat beberapa orang yang sibuk dengan hal masing - masing

Kemunculan Midnight menarik perhatian mereka.Semua mata tertumpu pada gadis itu

"Aku nak bagitahu satu berita baik untuk korang semua"

"Berita baik?" mereka saling berpandangan diantara satu sama lain

Midnight tersenyum nipis setelah melihat reaksi anak buahnya yang tidak sabar

"Kita semua diberi cuti selama sebulan tanpa misi!"

"Cuti?!" pekik mereka dengan riak wajah tidak percaya

"Wait, seriously? Hq dah gila ke? tiba - tiba je bagi cuti dekat kita tanpa misi pula tu"

"Ini reward untuk kita. Selama beberapa bulan ni kan kita buat misi non stop.Semua misi berjaya diselesaikan tanpa masalah.Penat tak? penat kan sebab tu diorang bagi kita cuti" jelas Midnight

Mereka mengangguk serentak sebelum salah seorang dari mereka mengangkat tangan

"Tapi kan, Mid.Misi kita yang sekarang ni macam mana?"

"Jangan risau Star.Hq dah ambil alih.Diorang akan settlekan selebihnya"

Luna berpandangan dengan Midnight.Dia tahu Midnight perlu menjaga rahsia tersebut kalau tidak bakal terjadinya perang dunia ketiga

Dalam diam dia memberi jelingan maut pada Psiko.Jejaka itu memang betul - betul cari maut.Dia seorang saja yang susah dengar kata, degil!

"So korang nak pergi bercuti ke mana?"

"Tak pasti lagi, tak terfikir dapat cuti pun.Tapi confirm kan kitaorang semua diberikan cuti?"

"Confirm lah, tak akan aku nak tipu pula" tegas Midnight

"Baguslah kalau Hq bagi cuti sebab usaha kita tapi kalau Hq bagi cuti sebab ada someone yang buat masalah.Itu namanya bala" sindir Nova sambil menjeling Psiko di sampingnya

"Eh, eh sedap pula sindir aku"

Nova menjelirkan lidahnya.Bukan tidak pernah tapi sudah banyak kali kumpulan mereka menerima hukuman kerana kedegilan Psiko

Semua mata tertumpu pada Psiko.Musykil

"What?!" tanya Psiko tidak puas hati

Midnight melepaskan nafas berat.Dia perlu menghentikan mereka sebelum perang ketiga terjadi

"Anyway guys, happy holiday.Aku dan Luna tak akan join korang untuk minggu pertama dan kedua.Kitaorang ada personal problem"

Tanpa menunggu balasan dari mereka, Midnight berlalu pergi diikuti dengan Luna dari belakang

Holiday gone wrong Where stories live. Discover now