9

92 6 6
                                    

Ayniera mengalihkan pandangannya ke luar kedai

Langit malam menjadi santapan matanya.Setiap memori semasa bercuti di Langkawi kembali bermain dilayar minda

Walaupun sudah beberapa hari berlalu tetapi ingatan mengenai kejadian tersebut masih segar

Sejak balik dari Langkawi dia langsung tidak memberitahu sesiapa termasuk keluarganya mengenai terroris dan juga pertemuan mereka dengan pembunuh bersiri

Apalah reaksi keluarganya jika dia menceritakan segala yang terjadi pada mereka

Ayniera bersandar pada kaunter sambil melihat ke arah telifonnya yang dikeluarkan dari poket

Cakap mengenai telefon, dia baru teringat tentang Rose.Selepas Rose left dari grup sehingga sekarang tiada khabar dari gadis itu

Lama betul dia terasa dengan mereka sampai tak nak masuk grup balik

Apalah yang Rose tengah buat sekarang?

Jam di tangan dikerling sepintas.Sepatutnya sekarang dia sudah berada dirumah dan melakukan rutin malam tapi pada malam itu dia terpaksa untuk kerja lebih masa

Menyusahkan tapi tidak mengapa janji duit masyuk!

"Cepatlah sikit masa berlalu.Sudahlah sorang - sorang ni" nafas berat dilepaskan

Takut kena rompak? tak sangat, yang lebih menakutkan adalah hantu.Salah baca surah tak nak menghilang pula.Nak tumbuk karang tembus

Lagi menakutkan kalau hantu tu pula yang betulkan bacaan dia, naya!

Ayniera ingin kembali ke store belakang tapi belum sempat dia melangkah seseorang telah menerpa masuk dari luar

"Selamat datang" ucap Ayniera sambil kembali berdiri di kaunter

Gadis itu membetulkan postur tubuhnya.Anak mata gadis itu mengikuti setiap langkah pelanggan yang baru memasuki kedai

Kali ini pelanggannya ialah seorang jejaka yang memakai pakaian serba hitam bersama jaket kulit.Wajah jejaka itu terlindung oleh mask hitam yang dipakai

Lihat dari luaran pun boleh nampak jelas yang lelaki itu mempunyai tubuh sasa.Pergh mantap, type dia ni

Kalut saja jejaka tersebut mencapai barang mungkin takut kedai serbaneka ini tutup

Jangan risau selagi dia boleh bersabar selagi tu dia tak akan tutup kedai sebelum waktunya

Ayniera sabar menanti jejaka tadi untuk datang bersama barangnya

"Bagi rokok dunhell satu tapi tak nak yang ada gambar paru - paru" pinta lelaki tersebut selepas meletakkan beberapa barang di atas kaunter

Itu adalah permintaan yang normal bagi Ayniera.Nak rokok tapi tak nak gambar yang itu yang ini

Kalau tak ambil rokok yang ada gambar paru - paru nanti hisap rokok paru - paru tak rosak? macam tu?

Entahlah dia pun tak tahu.Pelik - pelik je manusia ni

Ayniera mencari rokok yang diminta oleh lelaki berjaket kulit tersebut.Setelah mencapai sekotak, dia berpaling pada kaunter semula

Pada masa yang sama jejaka tadi melompat ke dalam tempat Ayniera berada dan mendarat betul - betul dihadapan Ayniera bersama sebilah pisau yang tajam berkilau

Pisau itu dituju ke batang leher Ayniera.Gadis itu cuba menjauhi tetapi badannya ditahan oleh tempat rokok disusun

"Shh, jangan jerit kalau kau tak nak mati" suara serak basah jejaka itu menyapa corong telinga Ayniera

Holiday gone wrong Where stories live. Discover now