11

91 5 0
                                    

Hannah menyelak hujung langsir untuk melihat keluar.Matanya meliar memerhati setiap pelusuk rumahnya

Nafas lega dilepaskan tatkala anak matanya tidak menangkap figura seseorang di luar rumah

Selepas mendapat mesej dari rakan - rakannya, dia segera mematikan segala lampu yang ada dirumahnya agar terlihat seperti tiada orang di dalam rumah

"Kenapa time macam ni pula nak ada perompak?" keluh Hannah apabila teringat kembali mesej dari Amelia

Dia berjalan mendekati sofa yang berada di ruang tamu.Gadis itu melabuhkan punggungnya.Keadaan rumahnya pada waktu itu agak malap hanya lampu dapur yang dibuka

Hannah menilik ruangan mesej.Dia menanti mesej dari Amelia tetapi tiada satu pun mesej dari gadis itu

"Aduh! dia ok ke? apa yang berlaku ni" gadis itu meraup wajahnya beberapa kali

Otaknya masih tidak dapat mencerna situasi yang berlaku sekarang.Apa yang terjadi terlalu pantas baginya

"Mustahil perompak..Kenapa timing dia tepat pada waktu yang sama dengan kes Ayniera?"

Hannah bersandar pada sofa.Matanya ditutup.Perasaan mengantuk mula menguasai dirinya walaupun dia tahu pada saat itu tidur adalah perkara terakhir akan dilakukan olehnya

Tanpa sedar kesedaran gadis itu mulai menghilang secara perlahan - lahan.Dalam kegelapan malam terlihat satu figura sedang menyelinap masuk ke dalam laman rumah Hannah

Krek, krekk

Keadaan yang sunyi sepi membuatkan bunyi itu bergema kuat.Hannah yang terlelap serta - merta terjaga.Mata Hannah terpaku pada pintu

Tidak mungkin dia salah dengar, kan?

Sekali lagi bunyi itu kedengaran.Tangan Hannah pantas mencapai telefonnya yang berada di atas sofa.Dia menggengam telefonnya sambil mengintai ke luar rumah dari jauh

Mata Hannah meliar memerhati sekeliling.Hati Hannah berdegup kencang apabila setiap kali matanya beralih ke sudut yang berlainan

Adakah pembunuh wafel itu telah sampai ke tempatnya?

Ting tong!

"Huaaa!" jerit Hannah lantang

Bunyi loceng rumah yang ditekan secara tiba - tiba membuatkan Hannah terperanjat besar.Gadis itu mengurut dadanya beberapa kali

"Shit.." membulat mata Hannah selepas menyedari jeritannya itu

Pasti seseorang yang berada diluar rumahnya telah mengetahui kehadiran dia di dalam rumah

Message box dibuka.Chat itu dipenuhi dengan kegelisahan kawan mereka terhadap kehilangan Amelia

Me
Korang angkat call

Pada saat itu otak Hannah tidak dapat memikirkan perkara lain selain membuat panggilan dengan kawannya.Jika dia juga turut menghilang, at least kawannya yang lain tahu tentang itu

Panggilan tersambung.Bertalu - talu soalan daripada Ayniera dan Iva.Suara mereka kedengaran sedang gelisah dengan keselamatan dirinya

"Aku tak tahu nak buat apa.Aku takut nak call polis.Ada seseorang dekat luar rumah aku sekarang ni.Dia baru je bunyikan loceng rumah aku" terang Hannah dalam keadaan berbisik

Walaupun rumahnya gelap gelita tetapi dia masih dapat melihat keadaan luar yang diterangi oleh lampu kuning jalan

Sememangnya dia langsung tidak melihat sosok tubuh manusia diluar rumahnya tapi dia yakin bahawa ada orang telah menekan loceng rumahnya

Holiday gone wrong Where stories live. Discover now