"Ok semua dah ready ke? aku nak pick up korang ni" terdengar suara Iva dicorong speaker
Ayniera menilik jam di dinding.Suara kawan - kawannya yang sedang riuh di dalam talian diabaikan
Akhirnya, setelah sekian lama merancang baru kali ini rancangan mereka menjadi kenyataan
Sebelum ini rancangan mereka selalu dibatalkan dek kerana salah seorang dari mereka yang sibuk dengan kerja
Kini tidak lagi, hari dan tarikh telah ditetapkan.Mereka berenam akan pergi bercuti bersama!
Ayniera bersenandung kecil sambil menuruni anak tangga.Dia mencari sosok tubuh makcik dan pakciknya diruang tamu
"Turun dah anak dara ni.Kenapa tak turun tahun depan je" perli makciknya sambil mengemas ruang tamu
Ayniera tersengih malu.Dia mendekati makciknya sebelum penyapu yang ada ditangan wanita itu beralih tangan
"Makcik kejap lagi kawan orang sampai" beritahu gadis itu sambil menyambung aktiviti makciknya
"Korang nak pergi dah? barang dah kemas ke? duit? dah ada?" tanya makciknya bertubi - tubi
Ayniera ketawa kecil.Dia mengangguk beberapa kali.Barang keperluannya sudah dipastikan sehari sebelum mereka bergerak
"Semua dah siap.Tunggu kawan je"
"Baguslah tu.Mama dah tahu ke? nak pergi bercuti tu boleh tapi elok - elok sikit perangai bila datang tempat orang" pesan pakciknya yang datang dari dapur
"Baik pakcik.Mama dah tahu sebelum orang datang sini lagi"
Ayniera tersenyum simpul.Tangannya masih lagi menyapu lantai.Rancangan mereka sememangnya sudah diketahui oleh mama Ayniera
Mama Ayniera sendiri yang mencadangkan supaya gadis itu menetap dirumah pakcik dan makciknya.Alang - alang memudahkan kerja Iva untuk kutip dia bolehlah gadis itu menjenguk keadaan pakcik dan makciknya sekali
Ikut rancangan Iva, dia hanya mahu mereka menaiki satu kereta sahaja untuk pergi bercuti.Kerana itulah, gadis itu dengan berbuka hati ingin mengutip mereka di sempadan memandangkan mereka semua merantau di pelbagai negeri
"Dah - dah berhenti sapu.Nak sapu berapa kali lantai tu, bukan setakat habuk hilang karang sekali jubin tu hilang" penyapu ditangan Ayniera dirampas oleh makciknya
Ayniera menggaru kepalanya yang tidak gatal.Jubin boleh hilang ke kalau disapu beberapa kali?
"Aik tadi kata kawan dah nak sampai.Tak nak bawa barang turun ke? pergilah bersiap cepat" tegur pakciknya pula
"Eh? haahlah!" Ayniera menepuk dahinya
Hampir lupa pula tentang kawannya yang seorang itu.Sudahlah dia mengabaikan pertanyaan gadis itu malah dia terus meninggalkan telifon dengan talian yang masih bersambung
Tanpa membuang masa, gadis itu terus mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua dimana terletaknya bilik tetamu yang kini menjadi bilik sementaranya
Telifon yang berada dimeja solek dicapai.Panggilan sudah dimatikan 5 minit yang lalu.Mesej dari Iva dibuka
Iva
Aku on the way ke rumah kau.Get readyAyniera mengeluh kecil.Hampir gugur jantungnya selepas membaca mesej dari Iva
Bagaimana dia boleh ralit? padahal niat dihati hanya ingin memberitahu makciknya selepas itu naik ke bilik kembali untuk bersiap
Telifon diletakkan semula dengan pantas tuala dan baju baru dicapai sebelum kakinya melangkah ke dalam tandas.Dia perlu segera bersiap sebelum kawannya tiba
YOU ARE READING
Holiday gone wrong
Misterio / SuspensoMengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bert...