14

35 1 0
                                    

"Mungkin pembunuh tu maksudkan kau?" teka Iva

"Aku? tapi kenapa dia cakap jangan sorokkan dia lagi? tak link pun" Salwa memerhati mereka silih berganti

Dia langsung tidak berpuas hati dengan spekulasi tersebut.Bila difikirkan, apa yang terjadi lebih rumit dari sangkaan mereka

Ayniera mengeluarkan sehelai kertas manila yang berukuran sebesar kertas A4

Dia mencoret sesuatu sebelum memberi isyarat kepada kawan - kawannya

"Dalam kes kita, kemungkinan ada dua manusia yang berbeza.Si dia dan pembunuh wafel" lalu dia berpeluk tubuh

"Boleh jadi" sahut Hannah

"Jadi, Amel kena serkup dengan siapa?" soal Iva

Ayniera menulis beberapa spekulasi yang boleh dijadikan panduan mereka

1. Dia kemungkinan ada dendam peribadi.Jadi untuk mudahkan kerja, si dia menyamar jadi pembunuh wafel
---> Andaian, pembunuh wafel tiada kena mengena

2. Pembunuh wafel yang serkup Millie
---> Andaian mengenai si dia tak wujud

3. Pembunuh wafel memang tengah terror kita tapi ada orang lain ambil kesempatan

4. Salah seorang dari kita terlibat dengan salah satu pihak sama ada:
- Pembunuh wafel
- Si dia

sebagai mata - mata

"Woi!" teriak mereka bertiga selepas melihat andaian keempat

"Apa? ni kan spekulasi je.Aku selalu tengok documentary.Setiap kes, dalang dia pasti orang yang terdekat" protes Ayniera

Salwa memicit dahinya.Pening memikirkan semua itu.Boleh jadi dan tidak dapat dinafikan

"Tak apa listkan je semua andaian korang.Lagipun tak semua tu akan jadi betul" kata Salwa

Ayniera meletakkan kertas tersebut ditengah - tengah meja bersama sebuah marker pen hitam

"Oh satu lagi" Hannah mengambil kertas dan pen marker itu

5. Pembunuh wafel bukan solo killer tapi group.Mungkin ada yang berurusan dengan pembunuh wafel dan dia marah [sebab tidak diketahui]

"Macam ah long" ujarnya seraya meletakkan kembali ditengah meja

"Korang ingat tak mesej terakhir Amelia sebelum dia menghilang?"

Amelia
Weh korang, line tak ada! macam mana aku nak call polis
Oh no...Dia ada depan aku...
Wehhsjosmsdn

"Nak tak nak kita kena libatkan polis" tambah Salwa

Muktamad.

Mereka bertiga tidak menjawab.Buat laporan? selepas apa yang terjadi pada mereka, mustahil keadaan Amelia akan baik - baik saja.Mereka tidak teragak - agak untuk cederakan dia

"Sebenarnya Millie ada mesej aku selepas tu" semua mata tertumpu pada Ayniera

"Apa?"

"Dia mesej aku ni" private message ditunjuk kepada mereka bertiga

Amelia
Telefon akumdfi8hjo l

"Wow, sangat faham" sindir Iva

Salwa menghela nafas.Pasti Amelia menaip mesej itu dalam keadaan tergesa - gesa.Ya, tergesa - gesa dikejar oleh manusia misteri tersebut

"Apa yang Amel cuba sampaikan sebenarnya?" soal Hannah

"Aku tak pasti tapi mungkin ada sesuatu dalam telefon Millie" balas Ayniera

Holiday gone wrong Where stories live. Discover now