24

50 5 1
                                    

Ayniera meletakkan keretanya dengan cermat.Enjin dimatikan, kunci ditarik.Dia melangkah keluar, menuju ke pintu hotel

Belum sempat dia melepasi mesin layan diri, suara seseorang menyapa gegendang telinganya

"Dari mana?" sosok itu keluar dari sebalik tiang, "Aynie?" sambungnya

Ayniera terkejut dengan kemunculan tiba - tiba Salwa.Dia mengurut dadanya beberapa kali

"Nak mati ke? pagi - pagi buta dah buat jumpscare" marah Ayniera

Salwa hanya diam, dia tidak memberi sebarang reaksi.Gadis itu hanya menanti jawapan daripada kawannya.Bukan dia tidak perasan kehilangan Ayniera dari tengah malam semalam

Ayniera menarik muka masam, "Cari angin.Kenapa?"

"Lama betul" balas Salwa pendek, tapi penuh dengan perasaan curiga

Ayniera mengeluh kasar.Dia duduk dibangku kayu yang ada di situ.Sejak semalam, dia tidak dapat melelapkan mata dek kerana kejadian petang kemarin

"Entahlah....Otak aku bercelaru dengan apa yang terjadi.Kau tengok Iva sudahlah.Teruk dia kena..Betul ke ada diantara kita yang berkhianat? aku dah tak boleh fikir positif" nada suara Ayniera semakin lemah tatkala mempersoalkan perkara itu

Sukar baginya menerima kenyataan tersebut.Salwa mengambil tempat bersebelahan Ayniera

"Khianat? tapi apa motif dia nak buat macam tu dekat kita? masih banyak teka - teki yang belum terjawab" wajah Salwa tenang menikmati suasana langit yang masih gelap

"Aynie, mana kereta kau? bukan kau datang sini dengan kereta ke?" tanya Salwa selepas lama mereka berdiam

"Kau nak tengok kereta aku?" Ayniera bangun dari duduk

Dia memandang Salwa meminta kata putus.Salwa tidak menjawab sebaliknya dia turut bangkit dari kerusi kayu itu

"Aku sorok kereta aku sebab ni" kaki Ayniera berhenti dihadapan sebuah kereta yang terletak jauh dan agak tersorok dari kereta lain

"Ini kereta kau?" terkedu Salwa selepas melihat kereta kawannya yang berlubang - lubang

"Yea, meet my dearest car" Ayniera tergelak kecil

"Sejak bila kau suka aesthetic macam ni?"

Ayniera tergaru kepalanya yang tidak gatal.Aesthetic dia kata? lain macam esteteknya

"Kau...Bodoh ye" perli gadis itu

Salwa serta - merta berpaling pada Ayniera, memberi jelingan maut.Ayniera membalas dengan mengangkat kedua bahunya

"Seriuslah? waktu korang on the way ke sini, korang dah kena kejar dengan manusia tu!"

Salwa sememangnya tahu bahawa Iva menumpang kereta Ayniera dek kerana kereta gadis itu yang tiba - tiba meragam.Tapi tidak pula dia tahu ada kisah lain disebalik itu

Ayniera hanya membiarkan Salwa meneliti setiap genap keretanya.Kereta dia bukan sahaja berlubang - lubang malah semua tingkap kereta juga pecah!

Ini kalau hantar ke kedai besi buruk ni mahu laku keras

"Aku tak jangka akan seteruk ni.Kita kena cari siapa pengkhianat tu dan juga manusia yang cari masalah dengan pembunuh wafel" kata Salwa dengan nekad

"Nak mula dari mana? orang tu sah - sah ada di antara kita.Dalam situasi kita sekarang ni, tiada sesiapa boleh dipercayai" Ayniera bersandar pada keretanya

"Betul cakap kau.Jadi mulai sekarang kita kena perhatikan reaksi setiap orang.Let's find the imposter"

"Boleh aku nak cakap something?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Holiday gone wrong Where stories live. Discover now