Suasana sunyi menyelubungi mereka.Masing - masing sibuk melayan perasaan sendiri tanpa mereka sedar jarum jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari
Ayniera dan Amelia sedari tadi tidak henti menatap skrin telefon dengan wajah bosan manakala Salwa hanya memerhati mereka semua satu persatu dengan pandangan kosong
"Mana Iva?" tanya Hannah setelah perasan ketiadaan gadis itu
Amelia menjongket bahu manakala Ayniera menjuih bibir ke bilik dimana Iva berada.Hannah mengangguk faham
"Tak akanlah kita nak duduk dalam hotel seharian tanpa buat apa - apa" celah Salwa tidak puas hati
Kalau nak terperap dalam hotel lebih baik duduk rumah.Sama saja macam tidak pergi holiday
"Kitaorang dah bosan ni" tambah Amelia diikuti anggukan dari Ayniera
Hannah tersenyum kelat.Dia juga sedang dilanda kebosanan.Tapi nak buat macam mana.Takkanlah nak tinggal Iva sorang - sorang disitu
"Nak kena pujuk tuan puteri dulu" balasnya dengan malas
Mereka membuat muka serentak.Hannah mengetuk pintu bilik Iva sebelum membukanya perlahan - lahan
"Iva?" panggil Hannah matanya tertancap pada kelibat yang berselubung di dalam selimut
Dia mengeluh perlahan seraya duduk disamping Iva.Selimut yang membaluti badan Iva ditarik perlahan
"Sudah - sudahlah tu.Tak ada apa pun yang nak dirisaukan" katanya dengan malas
"Tak ada apa - apa? terang - terang dia tengah tunggu kita munculkan diri.Kita akan mati Anna" bisik Iva sambil memeluk kakinya
"Kita belum pasti ugutan tu ditujukan pada kita, boleh jadi musuh dia atau polis? I'm sure you will be fine, we all will be fine.You trust me don't you?"
Iva menatap wajah Hannah dalam - dalam.Kedua tangannya diremas kasar bagi menghilangkan perasaan risau.Ikutkan hatinya ingin saja balik tapi tiket penerbangan sudah dibeli tak akan nak bazirkan duit untuk beli tiket lagi
"I'm scared...Macam mana kalau kita jadi macam perempuan malam tu? "
Hannah menggeleng perlahan, "Cuba kau fikir logik kenapa dia susah payah nak bunuh kita? bukannya kita nampak identiti sebenar dia.Kalau malam tu kita report belum tentu polis dapat tangkap pembunuh tu.Sampai sekarang identiti sebenar pembunuh tu masih elok tersorok disebalik paper bag atau apa - apa jelah yang dia pakai"
Iva termenung seketika.Dia mengalihkan pandangan keluar tingkap
"Kau rasa Hannah berjaya tak pujuk dia" tanya Amelia yang duduk bersebelahan Ayniera
"Entah, macam ya macam tak" balas Ayniera acuh tak acuh
Amelia menjulingkan matanya.Ayniera langsung tidak membantunya malah gadis itu langsung tidak terusik dengan apa yang berlaku di sekelilingnya
Salwa duduk bertentangan mereka.Wajah ketat dipasang.Gadis itu memerhati kedua - dua kawannya silih berganti.Menanti penjelasan dari kawannya
Amelia menyiku lengan Ayniera apabila perasan renungan tajam dari Salwa
"Apa?" terpacul soalan bodoh dari mulut Ayniera
Salwa mengeluh kasar manakala Amelia pula sudah tergeleng kecil.Sungguh terserlah kepolosan palsu Ayniera
"Aku tahu, korang ada sorok something dari aku kan? now tell me everything"
"Tak ada apalah" nafi Amelia
"Kalau tak ada apa kenapa Iva tu gelabah semacam?"
Amelia menjeling Ayniera.Meminta gadis itu untuk menolongnya lari dari perangkap Salwa
YOU ARE READING
Holiday gone wrong
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bert...