Mereka berempat lengkap berkaca mata hitam.Pakaian masih sama cumanya terlihat lebih sopan dari sebelum ini
"Urm..Kita nak masuk ke?" tanya Hannah perlahan
Mata gadis itu tidak lepas dari merenung kerumunan ditengah tapak perkuburan.Tempat dimana kedua ibu bapa kawannya ditanam tidak begitu jauh, mereka hanya perlu melalui beberapa kubur lain untuk sampai ke sana
Tiada sesiapa yang menjawab pertanyaan Hannah.Masing - masing ralit melayan perasaan sendiri
Ayniera mengambil tempat duduk di kawasan menunggu.Hampir 3 minit mereka berdiri diluar perkarangan kubur tersebut
Masing - masing masih teragak untuk masuk ke dalam.Hati mereka dilanda gundah - gelana
"Jom kita masuk" Salwa membuka langkah ke dalam kawasan perkuburan tetapi sempat ditahan oleh Hannah dan Iva
"Aku tak sedap hatilah.Baik kita duduk sedikit jauh dari keluarga Amelia yang lain" tutur Iva takut - takut
"Haihh..Ini terlalu jauh.Diorang nun disana" Salwa menjuih mulut ke arah kerumunan dipusara keluarga Amelia
"Korang" panggil Ayniera seraya membuat isyarat untuk fokus terhadap sekeliling mereka
Serta - merta ketiga gadis itu memerhati sekitar kawasan tersebut.Tiada sesiapa berdekatan tetapi ada yang memerhati
Siapa dan dimana?
Mereka juga tidak dapat memastikan.Perasaan diperhati oleh seseorang semakin kuat sehinggakan membuat Salwa berasa cemas seketika
Tanpa memikir panjang dia melangkah masuk ke dalam pagar itu.Pasti manusia yang memerhati mereka tidak berani memunculkan dirinya di dalam perkarangan kubur
"Assalamualaikum, ya ahli kubur" ucap mereka perlahan
Mereka melangkah dengan berhati - hati menuju ke arah kerumunan ramai yang kini mulai beransur pulang
Keempat gadis itu bergerak melawan arus.Beberapa orang yang berselisih dengan mereka merupakan orang yang tidak mereka kenali
Ada yang tua, ada yang muda dan ada yang sebaya mereka.Pasti jiran - jiran dan sanak - saudara jauh Amelia, yang pastinya mereka tidak kenal
"Tu nenek Amelia" bisik Ayniera cukup kuat untuk didengari oleh mereka sahaja
"Aku hampir tak kenal nenek Amel.Dah lama tak jumpa" Salwa memerhati tindak - tanduk nenek Amelia yang sedang menyiram air bunga pada dua kubur yang masih merah
Wajah wanita tua itu terlihat sembab.Matanya bengkak dan merah.Pasti dia tidak menyangka akan kehilangan anak sekali gus menantu pada hari yang sama apatah lagi kejadian berlaku beberapa jam selepas kedua mereka pulang dari rumah wanita tua itu
"Aku kesiankan nenek dia" gumam Hannah
Melihat wajah tua itu membuatkan dia teringat neneknya yang sudah lama tidak dijenguk
"Hah kau, pergi sapa" Salwa menolak Iva mendahuluinya
"Ehh?" terbeliak mata gadis itu melihat Salwa
"Tak baik membantah, Iva.Kitakan dekat kubur.Kau nak kena azab ke" sampuk Ayniera pula lalu menggeleng perlahan
"Apa ni.." tutur Iva sedikit kesal
Hannah hanya mengangguk setuju dengan kata - kata kawannya.Dia merenung ke arah Iva, menyuruhnya untuk segera sapa nenek Amelia
Iva melepaskan nafas berat.Perlahan - lahan gadis itu mendekati tubuh tua tersebut.Apabila mata mereka bertembung, Iva melemparkan senyuman hambar kepadanya
YOU ARE READING
Holiday gone wrong
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bert...