"Thanks, Rose" gadis itu melepaskan pelukannya dari Rose
"Welcome" balas Rose ringkas bersama senyuman kecil
"Tapi aku minta maaf...Sebab aku, kau tak boleh ikut reunion member highschool kau" pinta Celine, terbit rasa kesian kepada kawannya yang sanggup batalkan rancangan pada detik akhir semata - mata mahu menolongnya
"Alah benda kecil je.Jangan risaulah nanti aku terangkan dekat diorang sebab apa aku cancel last minute.Diorang sangat memahami"
Rose bukan sengaja membatalkan rancangan pada malam itu.Dia dalam perjalanan menuju ke airport sebelum mendapat panggilan daripada Celine yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
Tanpa fikir panjang gadis itu terus menuju ke hospital dimana Celine ditempatkan
Celine adalah housemate merangkap kawan sekerjanya yang bekerja di kedai bunga.Gadis itu tidak mempunyai kawan rapat selain daripada Rose malah kedua ibu bapa gadis itu telah tiada sejak dua tahun yang lalu
Mahu tidak mahu Rose terpaksa membatalkan rancangan untuk melihat keadaan Celine.Gadis itu sudah banyak berjasa padanya semasa dia mula - mula bekerja jadi dia ingin balas jasa gadis itu
Dalam diam Rose tersenyum senang melihat Celine dihadapannya.Gadis itu cedera ringan yang teruk hanya keretanya sahaja
"Tapi still aku rasa bersalah"
"Tak payah rasa bersalah lah.Sekarang ni kita kena fikir siapa yang langgar lari kau.Ini kes jenayah tau" potong Rose, dia malas ingin mendengar keluhan bersalah daripada Celine
Dia sendiri yang membuat keputusan untuk batalkan rancangan bukannya Celine yang memaksanya untuk lakukan itu
"Malam tu gelap, aku memang tak nampak langsung siapa yang langgar aku"
"Kereta? tak akan tak nampak kereta dia?" soal Rose tidak puas hati
Rose menggeleng sebagai jawapan.Tempat kemalangan tersebut bukan sahaja gelap malah cctv juga tiada apatah lagi kereta lain yang lalu lalang
Kawasan tersebut merupakan jalan lama yang jarang dilalui oleh orang awam
Rose memicit dahinya.Pihak polis juga sukar mencari pelaku tersebut dek kerana jalan yang dilalui oleh Celine
"Kenapa kau berani guna jalan lama tu?" tanya Rose, kesal
Celine tersengih, "Nak elak jammed"
Tertepuk dahi Rose.Hanya kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas sanggup kawannya lalui jalan sepi seperti itu
"Bijak lah kau.Lain kali lalu lagi sampai terserempak dengan pembunuh wafel"
"Wei!" Celine menampar lengan Rose
Ada ke doakan kawannya bertemu dengan pembunuh?!
"Betul lah! dah tahu bawa kereta sorang - sorang masih berani lalu tempat macam tu.Biar jammed asalkan ramai orang kalau jadi apa - apa tak adalah bahaya sangat" bebel Rose tanpa henti
"Dekat situ.Stop dekat situ" potong Celine lalu menunjuk ke arah satu bangunan tidak jauh dari mereka
Rose menjeling wajah Celine yang tidak bersalah itu.Ringan saje tangan dia untuk menampar gadis tersebut.Orang bebel untuk keselamatan dia tapi kawannya itu memekakkan telinga
Kereta Rose berhenti dihadapan sebuah bangunan putih berkaca.Itu adalah pertama kali dia ke situ
"Betul ke client kau nak jumpa dekat sini?"
"Betul lah, aku tak buta lagi nak baca alamat dia" kata Celine dengan nada sarkastik
"Ye laa.Kalau dah siap call aku.Nanti aku datang pick up"
YOU ARE READING
Holiday gone wrong
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bert...