4

91 6 1
                                    

Mereka berkumpul pada sebuah restoran.Kelima gadis itu duduk dimeja yang sama setelah selesai memesan makanan

"So macam mana, best tak?" tanya Hannah selaku orang yang mengatur aktiviti mereka pada hari itu

Mereka hanya mengangguk kecil.Masih penat, mana taknya dari pagi tadi mereka tidak berhenti ke sana sini.Jadual mereka terlalu padat

"Boleh tahan penat walaupun last minute, kan?" Salwa mengenyitkan mata pada Ayniera

Ayniera tersengih mendengar sindiran dari Salwa.Itu baru sikit kena perli belum lagi dia muntahkan segala kemahiran sindirannya

Ivaa serta - merta menarik muncung.Salah dia juga tidak mengatur segala aktiviti mereka sebelum tiba ke situ

Hannah menjeling wajah masam Iva.Kalau dia tidak bertindak, pasti sekarang ini mereka sedang terperap di dalam bilik hotel

"Ya wei, walaupun last minute plan tapi oklah daripada tak ada langsung aktiviti kita hari ni" kata Amelia dengan nada sarkastik

Mereka serentak menjeling ke arah Iva yang sedang mengeluh.Memang mereka sengaja menekankan ayat 'last minute' tersebut supaya gadis itu semakin serba salah

"Ok look, I'm sorry.Aku fikir first day kita dekat sini nak rest je dulu tak tahu pula korang energetic semacam" Iva mengangkat kedua tangannya

"Nak rest apa, dah confirm lah kitaorang excited, energetic.Holiday ni, dekat Langkawi lagi" Hannah mengaru kepalanya yang tidak gatal

Iva tidak tahu ke Langkawi juga merupakan pusat aktiviti outdoor selain daripada terkenal dengan aktiviti membeli-belah

"Rest kepala hotak kau.Kau tak pernah pergi holiday macam ni ke?" celah Ayniera

"Entahnya, sudah lah kita duduk sini tiga hari dua malam je" Salwa menggeleng

"Ok conversation dah tamat, jom makan" sampuk Iva membuatkan percakapan mereka mati serta - merta

Selepas menjamu selera mereka melangkah ke arah kedai cenderamata berdekatan.Suasana disitu agak padat dengan pengunjung lain

"Aku tak suka tempat crowded" Ayniera menyelit di antara pelanggan lain

"Nak buat macam mana musim cuti sekolah" balas Hannah bersahaja

"Wei jom pergi sana" tanpa aba - aba Amelia terus menarik lengan baju Ayniera bersamanya

"Tunggu!" panggil Salwa sambil mengikuti langkah kedua kawannya.Banyak kali juga tubuhnya terdorong akibat tolakan dari pelanggan lain

"Ish korang ni jangan main lari macam tu je" ujar Hannah lalu menarik nafas panjang

Sekelip mata sahaja semua kelibat kawannya hilang dari pandangan. Nasiblah dia sempat mengikuti jejak langkah Salwa

"Sorry" balas Amelia tanpa rasa bersalah manakala Ayniera hanya mengangkat bahu

Disitu terlihat cenderamata yang agak unik dan cantik bagi Amelia.Gadis itu terus menelek setiap cenderamata yang dijual tanpa mengendahkan kawannya

"Kau tengok apa?" tanya Iva kepada Salwa yang ralit melihat ke satu arah

"Tu" gadis itu menjuih bibir pada skrin televisyen yang tergantung dihujung sudut kedai

"Best pula drama tu" tambah Salwa

"Kau layan drama tv3?" tanya Iva sedikit terperanjat, setahunya Salwa tidak menyukai drama - drama yang ditayangkan pada televisyen

"Tengah layan lah ni" balas Salwa dengan matanya yang masih melekat pada skrin televisyen

Holiday gone wrong Where stories live. Discover now