"Hm? kau ada cakap apa - apa ke?" tanya Rose dengan wajah polosnya
Ayniera menggeleng dengan laju.Matanya turun pada dua bouquet bunga yang bersaiz sedarhana dalam dakapan Rose
"Erkk..Banyaknya bunga kau beli"
"Eh taklah.Akukan kerja dekat kedai bunga.Ni bunga client aku.Dia minta hantar dekat sini tapi tulah lambat pula orangnya nak sampai" jelas Rose sambil tersenyum lebar
"Ouh ye lupa pula kau ni florist girl" Ayniera terangguk - angguk
Dia memerah otaknya untuk mencari cara agar dapat pergi dari situ.Tamatlah riwayatnya jika berlamaan bersama Rose
Cukuplah Salwa terlibat secara tidak sengaja janganlah sampai Rose juga turut terlibat sama.Naya!
Karang tidak pasal nyawanya melayang dan juga Rose terpalit sama dalam masalah mereka
"Hmm...Rose aku-"
"Aku tahu kau masih marahkan aku!" Rose medekatkan dirinya pada Ayniera dengan mata berkaca - kaca
Ayniera terdorong sedikit dek bouquet yang ditolak Rose kepadanya.Ayniera menepis bouquet tersebut untuk membuka ruang ditengah
"Aku tak marah kaulah!"
"Nada suara kau pun aku dah tahu.Kau masih marahkan aku kan? sebab cancel last minute masa tu"
Serta - merta raut wajah Ayniera berubah.Dia membuat muka pada Rose
Budak ni tak reti bahasa ke?
"Ini yang aku baran ni" gumamnya, Ayniera merenung tepat ke dalam anak mata Rose, "Memang marah tapi sekarang tak marah dah.Benda dah berlalu lah" katanya cuba memberi kepercayaan pada Rose
"Serius?" ujarnya perlahan dan sayu
Ayniera pantas mengangguk dengan yakin.Entah kenapa muncul rasa sebak pada hati kecil Rose.Dia sebek sebelum satu titik air matanya jatuh dari takungan
Dahi Ayniera berkerut melihat sikap kawannya itu.Buang tabiat ke?
"Huuuuu...Aku fikir korang masih marah sebab korang silent treatment aku"
"Silent treatment kau?" semakim berkedut wajah Ayniera
Salah faham yang luar biasa.Siapa nak bagi dia silent treatment.Dia tak tahu mereka tanpa henti dikejar ajal.Sibuk jadi pelarian tanpa sempat nak kisah tentang dirinya
"Kau salah faham ni" kendur suara Ayniera bertutur tatkala tangisan Rose semakin menjadi - jadi
"Kalau bukan silent treatment, apa? kenapa aku mesej kau dengan yang lain, tak ada satu pun yang balas.Aku call pun tak angkat" katanya tersedu - sedan
Ayniera menggaru kepalanya yang tidak gatal.Dia buntu untuk hentikan drama yang tengah berlansung
"Err..Hm.." secara tidak sengaja Ayniera terpandang sosok tubuh seseorang yang sedang memerhatinya dari jauh
"Ha masak!"
"Ha? masak? kau lapar ke, Aynie?" tanya Rose kemudian dia mengesat air matanya menggunakan bahu
"Hah? oh ye.Huuu laparnya dari semalam aku tak makan.Pedih perut aku ni.Kalau aku tak pergi makan sekarang, aku boleh mati.Aku ada gastrik tahap kronik" Ayniera mengerang kesakitan sambil memegang perutnya
"Huhh? ha macam mana ni? jom - jom kita pergi makan tapi dekat sini tak ada steambot.Kau kena makan masakan orang" Rose menarik baju Ayniera menggunakan hujung jarinya
"Ehhh, kau kan tengah tunggu orang.Tak apalah kau teruskan kerja kau biar aku pergi makan sorang" Ayniera menarik kembali bajunya
"Ala tak apalah nanti orang tu dah sampai aku datang sini balik, tak pun suruh orang tu datang tempat kita nak makan nanti" baju Ayniera ditarik semula
YOU ARE READING
Holiday gone wrong
Mistero / ThrillerMengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bert...