"Iva!" panggil Hannah lalu berlari anak mendapatkan kawannya yang bersandar lemah pada kerusi
Salwa dan Ayniera turut mendekati Iva.Keadaan Iva boleh dikatakan teruk dari apa yang dijangka oleh mereka
"Macam mana kau sekarang?" tanya Salwa sambil melihat Iva sedang berpelukan dengan Hannah
Gadis itu mengeleng perlahan dan serta - merta dia menangis.Esakkan dari Iva menarik beberapa mata
Hannah menenangkan Iva.Dia mengusap belakang Iva beberapa kali sambil membisikkan sesuatu pada telinga gadis itu
"Maaf cik, boleh saya tahu cik semua siapa?" tanya misi kemudian memandang mereka satu per satu
"Oh, kitaorang member dia" jawab Ayniera
Misi itu mengangguk kecil, "Misi, teruk ke kecederaan kawan kitaorang?"
"Kawan awak beruntung sebab tempat tikaman tidak mengenai organ dalaman.Cumanya dia hilang banyak darah.Jangan risau kami dah transfer darah.Cumanya kawan awak refused untuk dihantar ke hospital"
"Tak apa, dia memang macam ni.Boleh saya tahu boleh ke saya bawa kawan saya balik? atau masih kena juga pergi hospital?" tanya Salwa
"Boleh bawa balik.Kami juga ada bagi ubat tahan sakit, ubat untuk keringkan luka dan bersihkan luka juga kain kasa untuk balut luka"
"Terima kasih misi"
"Sama - sama.Kawan awak perlu rehat yang cukup dan kalau boleh jangan terlalu aktif.Takut nanti jahitan terbuka semula" pesan misi itu sebelum pergi
"Kita kena pergi dari sini.Aku tak rasa selamat" ujar Hannah
"Jom, nak ajak bincang pun susah.Takut ada yang pasang telinga"
Mereka berempat memasuki kereta.Enjin dihidupkan, aircond dipasang dan pintu dikunci.Langit yang tadi berwarna jingga sudah bertukar warna kepada hitam
Salwa duduk ditempat pemandu disampingnya terdapat Ayniera manakala Iva duduk diseat belakang bersama Hannah
Dia masih melentokkan kepala pada bahu Hannah.Tangannya pula melingkar memeluk tubuh Hannah.Wajah gadis itu muram.Pandangannya kosong
"Apa yang berlaku Iva? sampai teruk kau kena" soal Salwa seraya menjatuhkan tempat duduknya agar dapat melihat wajah Iva dengan jelas
"Kita semua kena serang dalam masa yang sama" Ayniera turut menjatuhkan tempat duduknya
Mereka menatap Iva meminta penjelasan.Gadis itu masih berdiam diri.Tiada gaya dia ingin membuka mulut tentang apa yang berlaku
"Iva kau kena cerita dekat kitaorang supaya kitaorang faham.Jangan pendam"
"Macam mana kau boleh kena serkup masuk van?" celah Salwa
"Kau ambik gula - gula ehh?" tambah Ayniera
Lengannya disiku kasar oleh Salwa.Salwa memberi jelingan maut pada gadis itu.Orang tengah serius dia boleh buat lawak pula.Ayniera menayang wajah tidak bersalah
"Ak-aku.."
"Aku dah tak tahan! boleh tak kita serahkan semua benda ni dekat polis?! aku penat, aku sakit, aku menderita kau faham tak!" teriak Iva bagai dirasuk
Dia menangis teresak - esak sehingga kehilangan oksigen.Air matanya dikesat beberapa kali tetapi semakin lebat air matanya mengalir
"Diorang semua tu nak bunuh kita.Diorang tak ada niat pun nak lepaskan kita.Dia nak kita ni mati disiksa!" sambung Iva lagi
Mereka bertiga menelan ludah dengan payah.Mereka tahu fakta itu..
"Iva.."
"Apa?! cukuplah korang tengok aku hujung - hujung nyawa.Apa yang korang nak lagi!"
YOU ARE READING
Holiday gone wrong
Misteri / ThrillerMengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bert...