'Hati - hati bila korang dah sampai.Kemungkinan ada penceroboh yang datang sebelum korang'
'Kalau ada, apa kitaorang perlu buat? '
'Pengsankan, malam ni kita semua akan berkumpul dekat sana'
Percakapan diantaranya dan Midnight masih terngiang - ngiang.Nebula menatap rumah itu dari setiap inci.Tiada jejak - jejak telah diceroboh oleh seseorang
"Kita datang awal sangat ni" ujar Quasar sambil melihat beberapa bingkai gambar yang tergantung
"Baguslah, boleh get ready kalau tiba - tiba ada orang masuk" balas Black yang duduk pada sofa diruang tamu
"Kau rasa siapa intruder tu?" soal Nebula
"Midnight kata seseorang yang kita kenal...Tunggu jelah" Quasar mengambil tempat bersebelahan Black
Nebula turut melabuhkan punggungnya sebelum meletakkan satu keping gambar pada meja kecil
"Ingat, Midnight kata diorang ni pun akan datang.Jangan berlawan terlalu serius.Kalau diorang ni cedera, mati kita semua" pesan Nebula
"Uihh, cantik juga diorang ni" Quasar mengambil gambar tersebut dari meja
"Mana?" gambar itu berubah tangan
Nebula mengeluh perlahan.Nasiblah Psiko tidak turut serta, kalau tidak hancur misi mereka.Dia tergeleng perlahan
"Boleh tahan.Neb, boleh ni untuk kau.Nanti aku suruh Midnight kenalkan" Black menyiku lengan Nebula
Jejaka itu membuat muka tanda tidak suka.Dia bangun dari duduk.Langkahnya dibuka pergi ke dapur
"Eh Neb, tak suka ke? cantik ni.Kau kan single!" pekik Quasar sengaja menaikkan kemarahan Nebula
Dari jauh Nebula mengangkat jari tengahnya.Melihat itu, Black dan Quasar serentak melepaskan tawa mereka
"Siot betul diorang ni" bisik Nebula seraya mengintai keluar melalui tingkap dapur
Secara tidak sengaja matanya menangkap 4 sosok tubuh sedang menyelinap masuk dari pagar belakang rumah
"Tutup lampu! sorok - sorok" bisik Nebula sambil berlari anak ke arah Black dan Quasar
"Gadis - gadis dah sampai ke?"
"Gadis kepala bapak kau.Maknyah adalah"
Black dan Quasar faham dengan maksud Nebula.Mereka berlari untuk menutup suis kipas dan lampu
Ketiga mereka, masing - masing menyorok ditempat yang telah dibincangkan sebelumnya
Betul kata Midnight ada penceroboh yang akan pecah masuk ke situ.Mereka lengkap bertutup hanya terlihat mata sahaja
"Neb?" panggil Black
Nebula tidak menjawab sebaliknya memberi isyarat tangan.Isyarat itu menandakan bahawa mereka tidak perlu bertindak lagi.Black mengangguk faham
Keempat penceroboh tadi berpecah menjadi dua kumpulan.Dimana dua orang naik ke tingkat atas dan selebihnya meneroka disitu
"Apa yang diorang cari?" bisik Nebula pada dirinya sendiri
Bahunya ditepuk oleh Black, "Kau rasa Quasar boleh ke handle dua orang sekali gus?"
Nebula terdiam sejenak.Hampir dia terlupa mengenai kawannya itu.Quasar pakar dalam menembak dari jarak jauh
Berlawan dengan dua orang dalam satu masa mungkin agak susah baginya memandangkan lawan mereka bukan calang - calang
"Black, pergi tengokkan Quasar.Biar aku seorang settle dekat sini" arah Nebula
YOU ARE READING
Holiday gone wrong
Mystery / ThrillerMengisahkan tentang 6 sekawan yang merancang untuk melancong bersama selepas beberapa tahun tidak bertemu Tapi percutian mereka berubah menjadi tragedi.Fikir mereka percutian itu bakal berjalan lancar, namun semuanya melesit sama sekali apabila bert...