Bab 8- Air Dicincang Tidak Akan Putus

62 8 0
                                    

"FIRA. Ini saja baju yang aku ada. Aku harap kau selesa pakai." Kata Ayu Natrah sambil memghulurkan sehelai baju t-shirt dan sehelai seluar track-suit kepada Elfira Awliya.

Elfira Awliya yang sedang duduk di hujung katil Ayu Natrah menyambut sambil garis senyum.

"Natrah. Mana-mana pun pakaian aku tak kisah. Asalkan pakaian itu tidak menjolok mata." Balas Elfira Awliya.

Ayu Natrah duduk bersimpuh sebelah Elfira Awliya.

"Aku bukan apa, mana tahu kau tak selesa? Pakaian aku semuanya gaya ala-ala lelaki gitu." Ujar Ayu Natrah sambil tergelak sendiri.

"Kadang-kadang aku pun pakai t-shirt dan track-suit sama macam kau ni juga." Kata Elfira Awliya sambil membelek baju dan seluar yang diberi oleh Ayu Natrah itu kepadanya.

"Tapi kan, aku suka tengok kau pakai baju kurung. Nampak manis dan ayu." Komen Ayu Natrah tiba-tiba.

"Tiba-tiba kata macam tu pula?"

"Serius, Fira. Kau lagi cantik dan ayu bila pakai baju kurung. Lagipun aku tahulah kau memang suka pakai baju kurung. Aku suka tengok tau." Beritahu Ayu Natrah jujur.

"Haip.. Macam tak kena aje kau gelar aku ayu. Ayu tu nama kau." Elfira Awliya ada mood pula nak mengusik Ayu Natrah.

"Kau nak kata nama aku tak padan dengan luaran aku yang kasar nilah?" Ayu Natrah sudah buat muka. Geram!

"Eh, aku takde pun cakap ke situ. Jangan serkap jarang, Nat." Elfira Awliya sudah gelak kecil.

"Hmm.. Mana tahu kau sama macam Rafeez."

Wajah Elfira Awliya lalu berubah.

Ayu Natrah segera menekup mulutnya. Dia tak sedar bahawa nama itu tak boleh disebut di hadapan Elfira Awliya buat masa ini.

"Maaf, Fira. Aku.." Ayu Natrah rasa bersalah.

"Tak apa. Kau tak sengaja pun. Tapi Nat.." Elfira Awliya meraih tangan Ayu Natrah.

"Aku minta kau jangan bagi Rafeezal berjumpa dengan aku buat masa sekarang ni. Perbuatan dia pada aku tadi, sampai mati pun aku tak boleh lupakan! Aku benci dia, Nat!" Hujung kata Elfira Awliya itu kedengaran sebak.

"Iya, Fira. Aku faham. Kalau aku jadi kau pun, aku akan buat benda yang sama. Kau jangan risau. Aku akan selalu ada untuk kau." Janji Ayu Natrah sambil mengenggam tangan Elfira Awliya.

"Terima kasih, Natrah." Ucap Elfira Awliya.
Dia tahu Ayu Natrah ikhlas mengatakannya.

Tetapi Elfira Awliya tidak menyimpan harapan yang besar. Dia tidak mahu terluka lagi. Lagipun, dia tak tahu sampai bila dia akan bergantung harap pada Ayu Natrah sahaja? Sedangkan semua orang telah pulaukan dia. Kasihan Ayu Natrah jika terkena tempias kebencian orang terhadapnya.

"Oh iya, Fira. Tadi kau cakap Ikin telah buat kau. Dia buat apa pada kau sampai kau kecewa dengan dia?" Tanya Ayu Natrah ingin tahu.

Elfira Awliya tarik nafas. Kata-kata Nurashikin kepadanya terasa pahit untuk terus diingati.

"Kalau kau tak nak cerita pada aku dulu, tak apa Fira. Aku faham." Ayu Natrah mengerti melihat wajah berat Elfira Awliya itu.

"Kau salin baju pakaian dulu. Aku nak keluar basuh kaki, cuci muka dan gosok gigi." Kata Ayu Natrah.

"Baiklah." Balas Elfira Awliya lalu garis senyum kecil semula.

AYU Natrah keluar dari kamarnya. Dia terkejut melihat emaknya sudah berdiri di sebalik pintu kamarnya.

"Mak buat apa berdiri di sini? Terkejut orang, tau tak" Kata Ayu Natrah sambil mengurut dadanya sendiri.

"Mak nak bercakap dengan Nat." Serius muka Puan Seha itu. Nada suaranya tetap perlahan.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now