Bab 33- Bahasa Cinta

53 12 2
                                    

MESYUARAT di antara wakil Yayasan Ar-Ridhuan Suri dan Green Earth Landscape Sdn Bhd berjalan dengan lancar. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. Usai bersalaman sesama sendiri, mereka semua lalu bersurai.

Aidan Adhwa dan Ramzi mewakili Yayasan Ar-Ridhuan Suri datang bermesyuarat di Syarikat Green Earth Landscape Sdn Bhd.

"Tak sangka, Yayasan Ar-Ridhuan Suri masih mahu meneruskan kerjasama bersama Green Earth Landscape Sdn Bhd." Kata Elfira Awliya sinis sebaik saja Ramzi dan Akma keluar dari bilik mesyuarat. Hanya tinggal dia bersama dengan Aidan Adhwa di bilik itu.

"Pada mulanya, nenda memang ada niat nak batalkan projek ini. Tapi saya adalah pengerusi yayasan sekarang ni. Segala pengurusan yayasan saya yang menentukan. Saya tak suka nak campur-adukkan urusan peribadi dengan kerja. Lagipun nenda pasti takkan tergamak nak merugikan duit yayasan. Wang yayasan sebahagian daripada wang sumbang orang juga kan?" Cerita Aidan Adhwa.

Elfira Awliya angguk kepala. Ternyata ugutannya terhadap Puan Sri Suriati tempoh hari berkesan juga. Elfira Awliya sembunyi senyum.

"Awak sudah fikirkan?" Tanya Aidan Adhwa tiba-tiba.

"Hmm? Fikirkan apa?" Elfira Awliya sudah tayang wajah bingung.

"Lamaran saya tempoh hari?"

Elfira Awliya melopong terkejut.

"Ini tempat kerja. Kata profesional!" Getus Elfira Awliya lalu memeluk fail kerjanya. Dia menapak meninggalkan bilik mesyuarat.

Aidan Adhwa mengekori langkah Elfira Awliya.

"Meeting dah habis, jadi tak salah mengular sekejap untuk bermain cinta kan?" Selamba Aidan Adhwa berkata. Dia sudah tersenyum manis memandang figura Elfira Awliya dari belakang.

"Sempat nak jadi ulat bulu!" Gerutu Elfira Awliya perlahan.

"Saya tiada masa nak mengular untuk bermain cinta." Tegas Elfira Awliya.

"Fira, sekejaplah." Panggil Aidan Adhwa lembut.

Aidan Adhwa sudah tidak memanggilnya cara formal lagi. Geram Elfira Awliya mendengarnya.

"Elfira."

Elfira Awliya malas mahu melayan.

"Elfira." Seru Aidan Adhwa. Dia sudah tersenyum.

"Elfira."

Elfira Awliya tidak mahu menoleh.

"Elfira." Aidan Adhwa masih tidak berputus asa memanggil.

"Elfira."

"Elfira."

Elfira Awliya berhenti. Dia berpaling laju.

"Apa?!" Soalnya geram.

"Saranghye." Ucap Aidan Adhwa sambil tunjuk tangan 'mini love' kepadanya.

Elfira Awliya tergamam. Dia berpaling lalu meneruskan langkahnya lebih laju.

"Fira tak suka?"

"Iya!"

"Itu luahan versi korea. Nak versi lain tak?"

"Tak payah!"

"Jepun. Ashiteru."

"Tagalog. Mahal na mahal kita."

"Mandarin. Wo ai ni."

"Ik hou van je."

Elfira Awliya menghenti langkahnya lalu berpaling semula kepada Aidan Adhwa.

"Apa maksud tu?" Soalnya hairan.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now