Bab 26- Kebenaran Semakin Hampir

52 8 0
                                    

"BIE! Nak pergi mana tu?!" Pekikan Ria Zahra itu menyentakkan Aidan Adhwa yang berada di gazebo. Dia baru sahaja sampai lalu beristirihat di situ.

Elias Zikry tidak memperdulikan isterinya.

Riya Zahra masih mengekori langkah suaminya.

"Siapa Ayu Natrah pada you?! Macam mana dia boleh kenal you?!" Bentak Riya Zahra. Cemburu bunyinya.

Kak Roke dan Yanny turut keluar ketika mendengar pekikan Riya Zahra.

"Kenapa itu, kak? Masa turun tadi, elok saja mereka berdua. Sekarang balik mau marah-marah." Kata Yanny dengan nada perlahan.

"Shhh.. Jangan sibuk." Tegur Kak Roke.

"Nasib baik puan sri tiada kat rumah ni. Kalau tak, makin haru." Bisik Kak Roke.

"Sudah Yanny, kita jangan curi dengar lagi. Kalau kena tangkap, mahu kita berdua pula kena amuk dengan Riya. Bukannya kamu tak tahu perangai dia tu." Kata Kak Roke.

Yanny angguk kepala.

Aidan Adhwa berasa ingin tahu pula. Dia lalu menapak lebih dekat untuk pasang telinga.

"Beberapa kali I cakap bahawa dia adalah kenalan I kat kampung!"

"Kenapa you tak beritahu yang asal you dari kampung diorang?!" Riya Zahra memukul dada suaminya geram.

"Penting ke untuk you tahu? Lagipun I manalah tahu bahawa you kenal Natrah!"

"Apalagi pasal you yang I tak tahu? Sekarang I nak you ceritakan pada I semuanya!" Jerit Riya Zahra macam orang gila.

"Cerita apalagi?! You nak I cerita apa?!" Bentak Elias Zikry. Rusuh wajahnya.

Sejujurnya, Aidan Adhwa terkejut melihat Elias Zikry boleh membentak begitu. Elias Zikry adalah orang yang jarang tunjuk baran. Tenang sahaja orangnya.

"You menyesal sebab kahwin dengan I ke?" Tanya Elias Zikry mula mengendur suara.

"You merepek apa ni?! You jangan cuba nak mengalih cerita salahkan I balik! Siapa pun akan pelik apabila tahu suami dia macam cuba sorokkan sesuatu!" Marah Riya Zahra.

Elias Zikry merengus panjang. Dia mengusap wajahnya yang kusut itu.

"Give me some time." Katanya lalu beredar keluar semula dari rumah.

"Bie, bie!" Panggil Riya Zahra marah.

Aidan Adhwa memerhatikan sahaja Elias Zikry meninggalkan rumah.

"Kenapa korang bergaduh?" Aidan Adhwa sekadar bertanya kerana prihatin.

Riya Zahra menoleh. Dia baru sedar Aidan Adhwa melihat pertengkaran yang berlaku.

"Tak payah nak sibuklah!" Balasnya benci.

Aidan Adhwa angkat kedua-dua bahunya.

"Okey." Responnya selamba lalu pergi dari situ.

Orang tak sudi, buat apa nak ambil tahu?

ELIAS Zikry memandu keretanya dengan kelajuan yang maksimum. Terbawa-bawa rasa hati yang sedang berkecamuk ketika ini.

Tiba-tiba dia ternampak seekor anak kucing yang baru melintas jalan. Cepat-cepat Elias Zikry menekan pedal brek dengan kaki.

"ASTAGFIRULLAHALZIM." Ucapnya penuh sesal. Dia menarik nafas lega.

Kenangan di pasaraya tadi menerjah semula di ingatannya.

"ABANG Yas ke?" Tanya Ayu Natrah terbeliak mata seakan tidak percaya.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now