Bab 17- Cemburu Buta

61 6 0
                                    

AIDAN Adhwa baru sahaja menunaikan solat isyak. Dia hembus nafas panjang. Perbualannya dengan Emil Syauqi di depan tasik tadi menerjah ingatannya semula.

"PEROGOL itu sudah ditemui?" Tanya Aidan Adhwa.

Emil Syauqi geleng kepala.

Aidan Adhwa mengeluh kecewa.

"Kau orang tak cuba cari betul-betul ke?"

"Macam mana nak cari, Dan. Fira sendiri belum bersedia untuk semua itu. Kami tak boleh buat apa-apa selagi mangsa tidak bertindak dulu." Kata Emil Syauqi.

"Aku tak nak paksa Fira. Atas faktor kesihatan emosi dia, aku terpaksa diamkan semua ni. Kalau kau nak tahu, sebelum ini Fira menghidap Postpartum Depression."

Aidan Adhwa terkejut lagi mendengar apa yang diberitahu oleh Emil Syauqi itu.

"Penyakit dia semakin teruk selepas melahirkan Airis. Sebelum dia beranak, dia pernah cuba untuk membunuh diri. Nasib baik pada ketika itu Thea ada untuk halang dia." Sambung Emil Syauqi lagi.

Beberapa kali Aidan Adhwa beristighfar setelah mendengar apa yang diberitahu Emil Syauqi kepadanya tentang Elfira Awliya.

"Kerana itu kami terpaksa menjauhkan Elfira dari Airis. Thea bawa Fira ke luar negara untuk belajar di sana sambil merawat emosi dia. Manakala Airis ditinggalkan di sini untuk dijaga oleh kakak dan abang ipar aku. Kebetulan waktu itu kakak aku baru sahaja melahirkan Aiman. Kakak akulah yang menjadi ibu susuan Airis masa tu." Cerita Emil Syauqi.

"Aidan. Sebelum ni, Fira sangat benci pada Airis. Kerana apabila dia melihat wajah Airis, dia akan teringat peristiwa hitam pada malam itu. Ambil masa yang agak lama untuk dia menjadi ibu yang baik kepada Airis. Kematian Atheara yang membuatkan Fira berubah. Dia mula menghargai pemberian ALLAH itu kepadanya." Bicara Emil Syauqi sebak mengenang pekara yang berlaku.

Aidan Adhwa turut mengalirkan air matanya. Cerita Emil Syauqi sungguh menyentap perasaannya. Sebegitu besar dugaan yang dihadapi oleh dua-beranak itu angkara manusia yang durjana!

"Aku bukan nak buka aib Elfira pada kau. Sebab kau sudah mengaku bahawa kau sukakan dia, maka kau kena tahu tentang Elfira Awliya dan anaknya. Selepas ini terpulang pada kau untuk terus mencintai dia atau melupakan sahaja perasaan kau itu." Ujar Emil Syauqi.

"Em, sepanjang aku belajar dan berkerja menjadi sukarelawan di negara orang. Banyak kisah-kisah hidup orang yang aku telah dengar dan lihat. Tetapi, ALHAMDULLILAH. Aku tidak pernah mengadili mereka. Itu bukan hak aku untuk mengadili kesalahan orang lain." Kata Aidan Adhwa.

Emil Syauqi angguk kepala perlahan. Dia mengerti sahabatnya itu tidak pernah bersangka buruk pada orang sedari dulu lagi.

"Apabila aku dengar kisah Fira ni, aku jadi semakin mencintai dia. Tiba-tiba aku rasa ingin melindungi mereka berdua." Kata Aidan Adhwa ikhlas dari hati.

Emil Syauqi menepuk bahu Aidan Adhwa perlahan.

"Aku harap kau adalah cinta sejati Elfira. Aku mahu kau yang menjaga Fira dan Airis. Tapi sebelum itu, aku mahu beritahu pada kau dulu. Hati Elfira Awliya tak mudah untuk kau tawan. Kadangkala Fira tu nampak aje lembut, tapi hakikatnya dia seorang yang agak keras kepala. Barangkali keadaan yang membuatkan dia menjadi seorang yang berhati-hati untuk membuka hati kepada sesiapa." Kata Emil Syauqi.

"Jika Elfira Awliya adalah api, aku akan jadi air. Jika dia kegelapan, aku akan jadi cahaya. Jika cinta aku adalah benar, aku yakin aku boleh takhluki hati dia suatu hari nanti. Kau tolong doakan aku?" Kata Aidan Adhwa sambil tersenyum.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now