Bab 14- Pertemuan Semula

46 9 2
                                    

"EH?" Elfira Awliya terkejut melihat Cikgu Ayu masih duduk di tempat menunggu di luar bilik ward Elaika Airis.

"Cikgu belum balik lagi?" Tanya Elfira Awliya.

Cikgu Ayu bangkit dari duduknya.

"Saya tunggu puan keluar dulu sebelum nak balik." Katanya.

"Oh, begitu. Ada benda ke cikgu nak beritahu saya? Oh iya, cikgu nak beritahu saya sebab apa Airis bergaduh dengan kawan dia kat sekolah kan?" Tebak Elfira Awliya.

"Sebab tu, ada juga. Tapi ada sebab lain yang saya kena beritahu pada.."

"Fira!"

Laungan seseorang membuatkan Cikgu Ayu tidak meneruskan katanya.

"Abang Em?"

Emil Syauqi menghampiri Elfira Awliya.

"Macam mana dengan keadaan Airis?" Tanya Emil Syauqi dengan bimbang.

"ALHAMDULLILAH. Dia sekarang sudah stabil. Doktor kata dia cuma perlukan rehat yang cukup." Beritahu Elfira Awliya.

"ALHAMDULLILAH." Emil Syauqi menarik nafas lega.

"Abang nak masuk jumpa Airis."

"Masuklah. Tapi abang jangan bising sangat tau. Sebab Airis masih belum sedarkan diri. Doktor rehatkan dia dengan ubat tidur."

Emil Syauqi angguk mengerti.

"Sebelum tu, Fira nak kenalkan. Ini adalah Cikgu Ayu. Cikgu yang mengajar kat sekolah Airis. Dia yang bawa Airis ke hospital ini." Kata Elfira Awliya.

"Cikgu yang selalu disebut oleh Airis?"

Cikgu Ayu tersengih. Tak tahu pula dia bahawa dirinya selalu disebut di hadapan keluarga anak muridnya itu.

Elfira Awliya angguk kepala.

"Kenapa cikgu bawa Airis ke hospital ini?" Emil Syauqi tiba-tiba mengajukan soalan sebegitu kepada Cikgu Ayu.

"Se..ssaa..." Cikgu Ayu menjadi gelabah.

"Abang Em. Kenapa tanya Cikgu Ayu macam tu?" Elfira Awliya kebingungan.

"Saya bawa Airis ke sini sebab hospital ini yang paling dekat dengan sekolah. Tak boleh ke.., encik?" Tanya Cikgu Ayu berhati-hati.

"Dia pesakit jantung. Ini adalah hospital swasta. Apa-apapun, dia kena pergi ke hospital kerajaan penuh. Selama ini, dia dirawat di sana!" Tegas Emil Syauqi.

"Rasanya tak ada beza pun, encik. Kedua-duanya mempunyai perkhidmatan kesihatan. Hospital kerajaan mahupun swasta, dua-dua menjalankan perkhidmatan yang sama. Bezanya, kos perubatan dan cara layanan." Cikgu Ayu mula berasa tidak puas hati pada Emil Syauqi.

Ketika Emil Syauqi mahu menjawab balik, Elfira Awliya lantas menghentikan tindakkannya.

"Sudahlah tu. Abang Em nak berdebat pasal pekara yang tak penting pula. Betul apa yang Cikgu Ayu katakan. Tak kisahlah hospital apapun, asalkan boleh melakukan rawatan ke atas Airis itu lebih dari cukup." Kata Elfira Awliya.

"Fira tak fahamlah, kenapa Abang Em kena sensitif dengan Hospital Ar-Ridhuan Suri ini? Dulu pun abang tak suka bila Fira nak hantar Airis dirawat di sini." Elfira Awliya mula berasa hairan.

Emil Syauqi mengeluh.

"Abang nak masuk jumpa Airis. Nanti kita bincang lagi pasal ini. Pendek kata, abang nak pindahkan Airis dari hospital ini!" Putus Emil Syauqi. Dia lalu meninggalkan Elfira Awliya dan Cikgu Ayu dalam keadaan terpinga-pinga.

"Maafkan abang saya tu, cikgu. Kadang-kadang pun saya tak faham dengan sikap dia tu. Dia berasa sensitif pada sesuatu pekara yang kadang-kadang saya rasa tak masuk akal." Kata Elfira Awliya dengan wajah serba salah.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now