Bab 52- Selendang Syurga

31 5 0
                                    

ELAIKA Airis termenung jauh. Faizul yang perasan lalu menghampiri Airis.

"Jauhnya Airis mengelamun. Fikiran itu sudah melayang sampai mana?" Seloroh Faizul lalu duduk di hadapan Elaika Airis.

Elaika Airis hanya sekadar senyum.

"Rindukan mama dan papa ke?" Faizul menduga.

Elaika Airis angguk kepala.

"Bila mama dan papa akan balik?"

"Lusa."

"Oh, tak lama lagilah tu."

Elaika Airis mengangguk lagi.

"Mama dan papa tak hubungi Airis ke?"

"Ada.. Tapi..."

"Tapi Airis masih rindu mereka kan?" Potong Faizul lalu ketawa.

Elaika Airis turut tergelak.

Fayyad sudah datang menghampiri mereka berdua.

"Lamanya Ayad pergi bilik air?"

"Ayad sakit perut." Fayyad tersengih.

"Perut Ayad masih sakit lagi?" Faizul berasa risau pula.

"Tak ada lagi dah." Jawab Fayyad ceria.

Mereka sama-sama tergelak.

"Hello.."

Sapaan seseorang menyentakkan mereka bertiga.

"Rafeez? Kau buat apa kat sini?" Tanya Faizul bingung.

"Aku nak bercakap dengan kau."

Faizul melepaskan keluhan. Dia tahu pasti Rafeezal mahu bercakap perkara yang sama dengannya. Entah apakah game licik kali ini dari Rafeezal?

"KAU nak apa lagi?!" Sedikit keras nada suara Faizul bertanya. Dia sudah bersilang tangan ke dada sambil mata memandang Rafeezal dengan tajam. Mahu menjemput Rafeezal duduk dalam restoran, dia berasa berat hati. Jadi dia membawa Rafeezal di satu sudut kosong jauh di luar restorannya.

"Aku masih ingat hari tu aku ada beri kad nama aku pada kau kan? Kenapa kau tak call aku sampai sekarang?" Tanya Rafeezal.

"Untuk apa? Claim kalung itu dari kau?" Faizul sudah berdecit sinis.

"Tak apalah. Aku ikhlas kalung itu pada kau. Kau ada apa-apa lagi nak cakap? Aku perlu masuk sambung kerja ni. Kau tengoklah makin ramai pula customers datang." Faizul mahu mengatur langkah meninggalkan Rafeezal.

Namun Rafeezal pantas menghalang pergerakan Faizul.

"Kau sengaja mengelak dari aku?" Duga Rafeezal. Dia tertawa sinis.

"Betullah sangkaan aku. Kau ada sembunyikan perkara besar yang jadi pada malam itu.. Kau memang beli dadah. Dan kau takkan ambil dadah itu. Jadi sudah tentu dadah itu untuk orang lain. Dadah itu untuk siapa?!" Keras nada suara Rafeezal bertanya.

"Kau sedang tunjuk profesion kau sebagai peguam dengan aku sekarang ni ke apa?" Soal Faizul semula tanpa gentar memandang wajah bengis Rafeezal.

"Aku hanya nak tahu kebenarannya! Dadah itu untuk siapa?!"

"Pentingkah untuk kau tahu?!"

"Penting! Kerana perbuatan kau dan Riya pada malam itu telah hancurkan hidup banyak orang, kau tahu tak?!" Bentak Rafeezal lalu merenggut kolar baju Faizul.

Faizul sedikit terkejut dengan perbuatan kasar Rafeezal tiba-tiba itu.

"Aku tak tahu apa-apa pasal kejadian malam itu!" Faizul cuba menepis tangan Rafeezal.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now