Bab 24- Chinese Evergreen

47 6 0
                                    

ELFIRA Awliya merengus geram melihat perangai selamba badak Aidan Adhwa kepadanya.

'Sudah tahu orang tak suka, masih juga nak teringin! Tak faham aku macam mana nak sekolah kan mamat ni lagi?' Rengus hati Elfira Awliya.

"Sampai bila Encik Aidan nak berada di sini? Saya sudah terangkan segala-galanya pada Encik Aidan kan? Biarkan kami yang uruskan projek ini dari A sampai Z. Jadi Encik Aidan tak perlu nak turun padang hari-hari." Ujar Elfira Awliya dengan wajah yang masih tenang. Bibirnya menggaris senyum manis sedaya mampu. Naik rimas pula dia terpaksa menghadap wajah klien nya itu setiap hari!

"Tak salah kan? Lagipun saya sebagai pengerusi Yayasan Ar-Ridhuan Suri kenalah bertanggungjawab penuh pada projek ini. Kalau apa-apa berlaku, apa saya nak jawab pada nenda saya? Projek ini pun amanah saya kan?" Aidan Adhwa memberi alasan.

Elfira Awliya tahan hati.

"Encik Aidan tak percayakan kami ke?"

"Eh, percaya. Kerana itulah kami memilih Green Earth Landscape Sdn Bhd untuk menggalas tender ini." Balas Aidan Adhwa sambil menayang muka tidak malunya. Sakit hati Elfira Awliya melihatnya!

Elfira Awliya merengus sahaja. Matanya sudah menjegil tajam ke arah Aidan Adhwa.

Namun Aidan Adhwa buat selamba. Dia terus menapak pergi kepada pekerja lain di situ. Meninggalkan Elfira Awliya yang masih membatu sambil menahan gumpalan rasa kesal terhadap dirinya.

NURASHIKIN melawat rumah lama Elfira Awliya sekeluarga. Meskipun sudah lapan tahun rumah itu tidak dihuni tetap, namun kawasan rumah itu tidak bersemak-samun. Pokok-pokok bunga tanaman Elfira Awliya dulu masih tertanam cantik di halaman rumah. Hanya beberapa bunga di pasu itu telah digantikan oleh Imam Harun gamaknya. Rajin Iman Harun menjaga kebersihan rumah lama keluarga Elfira Awliya.

Barangkali kerana Imam Harun menjadikan rumah itu sebagai homestay. Itu yang cukup rapi dijaganya. Kata Imam Harun, Along Yas pernah beritahu suruh dia sewakan rumah itu kepada sesiapa atau dibuat homestay aje. Duit hasil sewaan itu diberikan kepada Imam Harun sebagai upah dia telah menjalani amanah menjaga rumah keluarga mereka.

Nurashikin menapak perlahan ke bawah rumah. Dia melihat buaian tali masih lagi digantung di situ. Perlahan-lahan bibirnya menggaris senyum. Nurashikin menghampiri buaian itu lalu menyentuhnya. Hatinya diserang perasaan pilu. Kenangan lama bertandang semula.

"FIRA. Kali ini bunga apa kau tanam dalam pasu itu?" Tanya Nurashikin ingin tahu. Dia memerhatikan sahabatnya itu sambil duduk berayun di buaian tali itu.

"Chinese Evergreen." Beritahu Elfira Awliya sambil sibuk mencedok tanah pada pasu itu.

Nurashikin hanya angkat kedua-dua bahunya. Malas pula dia nak ambil tahu lebih tentang bunga yang mahu ditanam oleh Elfira Awliya.

"Kau nak letak pasu tu ke mana pula? Aku tengok area kau letakkan pasu-pasu bunga kau sudah penuh aje. Macam sudah tak cukup lagi tempat nak letak pasu bunga kau ini nanti."

"Mungkin aku letak dalam rumah kut."

"Hai.. Taman outdoor sudah penuh, kau nak buat taman indoor pula ke?"

"Chinese Evergreen ni boleh diletakkan di mana-mana saja. Ianya boleh membesar walaupun kurang cahaya tau. Tumbuhan ini juga suka udara yang lembap. Kalau bilik kering, sembur daun dengan air atau pasang pelembap udara aje." Terang Elfira Awliya perlahan.

Terangguk-angguk kepala Nurashikin cuba menghadam ilmu yang dikongsi oleh Elfira Awliya kepadanya.

Elfira Awliya baru saja selesai melakukan kerjanya itu. Dia lalu melurut gloves dari tangannya. Elfira Awliya merebahkan punggungnya duduk bersama dengan Nurashikin di buaian.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now