Bab 10- Dilated Cardiomyopathy

61 10 0
                                    

AIDAN Adhwa mencari bilik pejabat Emil Syauqi mengikut apa yang diberitahu oleh sahabatnya itu kepadanya tadi.

Tidaklah sejauh dan sesusah mana yang Aidan Adhwa sangka. Tidak sampai tiga minit, dia sudah menemui bilik pejabat Doktor Emil Syauqi.

Aidan Adhwa membuka tombol pintu pejabat dengan perlahan. Matanya melilau melihat ruangan bilik pejabat Emil Syauqi.

Agak hebat juga taste sahabatnya itu. Bermula dari kereta Emil Syauqi dan rekaan klinik sahabatnya ini. Dari luar klinik sehinggalah ke dalam pejabatnya, semuanya membuat mata Aidan Adhwa terpana melihatnya.

"Ayah Em penipu!"

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM." Aidan Adhwa yang sedang meneroka melihat ruangan pejabat Emil Syauqi lantas tersentak tatkala satu suara menyergah keasyikkannya.

"Ayah Em mungkir janji!" Kata satu suara itu lagi.

Aidan Adhwa kebingungannya. Dia mencari suara itu datang dari arah mana.

'Takkanlah klinik ni berhantu pula?' Bisik hati Aidan Adhwa mula cuak. Dia menelan air liurnya.

"Ayah Em kenapa tak bercakap?"

Aidan Adhwa sudah dapat menangkap bunyi suara itu datang dari sebalik belakang tirai yang tertutup. Tirai itu adalah tempat Doktor Emil Syauqi untuk memeriksa keadaan pesakitnya.

"Suara macam seorang budak." Gumam Aidan Adhwa sendiri. Dia lalu menapak mendekati tirai yang tertutup itu.

"Ayah Em janji nak jemput Airis kat sekolah hari ini. Tetapi akhirnya, Aunty Dila yang jemput Airis dari sekolah. Ayah Em penipu!"

Rajuk sungguh bunyi suara itu. Pasti mukanya juga sudah muncung itik di belakang tirai yang tertutup itu. Aidan Adhwa sudah garis senyum sendiri membayangkan wajah budak kecil itu.

"Sorry?" Ucap Aidan Adhwa. Dia cuba meniru suara Emil Syauqi. Walaupun tidaklah dapat meniru sebanyak sembilan puluh sembilan peratus. Rasanya nak capai empat puluh peratus pun takkan sama!

Budak kecil itu terdiam sebentar. Aidan Adhwa jadi kebingungan pula.

"Boleh. Airis akan maafkan. Jika Ayah Em nak belanja Airis makan aiskrim, boleh?" Ceria soalannya itu.

"Boleh." Jawab Aidan Adhwa laju sambil tersenyum suka sendiri.

"Yeahhh!!" Budak kecil itu bersorak girang. Dia lalu menarik kain tirai itu dengan mengejut.

"Airis dapat makan ais.." Mata gadis kecil itu terbeliak apabila melihat ternyata bukan 'Ayah Em' nya yang berada dalam bilik pejabat.

Aidan Adhwa tergamam seketika melihat wajah polos budak kecil itu. Mempunyai mata yang bundar, berkulit putih melepak. Sehingga nampak pipi tembamnya yang kemerahan itu. Rambut yang bertocang dua itu menambahkan lagi kecomelan si anak kecil itu.

"O, oh.. Bukan Ayah Em rupanya." Gadis kecil itu pantas menekup mulutnya sendiri. Barangkali kerana dia sedar bahawa dia telah tersilap orang masa tunjuk rajuknya tadi.

Aidan Adhwa yang melihatnya sudah tersenyum lebar kerana suka melihat telatah comel si gadis kecil itu.

"Adik nak buat apa?" Tanya Aidan Adhwa apabila dia melihat gadis kecil itu terkial-kial mahu turun dari katil pesakit itu.

"Airis nak turun. Tapi tiba-tiba macam tak boleh turun pula. Tadi elok aje naik." Balas gadis kecil itu lebih kepada bercakap dengan diri sendiri gayanya.

Aidan Adhwa sudah tergelak melihat aksi gelabah gadis kecil itu. Terkejut sangat gamaknya. Itu yang jadi kalut semacam.

"Mari uncle tolong." Aidan Adhwa menghampiri gadis kecil itu. Dia lalu mengangkat tubuh gadis kecil itu ke bawah.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now