PROLOG- Sesalan

158 9 0
                                    

ELAIKA AIRIS.
Sebaris nama yang indah. Tetapi hidupnya tidak seindah namanya. Kewujudannya di dunia ini bukan dipinta. Sedari dalam kandungan lagi, dia sudah dicaci, dia sudah dibenci! Dia pernah hampir dibunuh, dibenci dan dibuang oleh ibu kandungnya sendiri.

Namun mata redup tak berdosa telah melembutkan hati si ibu. Dia disayangi oleh si ibu sepenuh hati. Dia bahagia. Meskipun kasih sayang yang dirasainya itu bakal sebentar sahaja. Tiba masanya nanti, dia akan pergi juga meninggalkan si ibu yang dicintainya itu.

Si ibu memandang sayu wajah bidadarinya kecilnya itu, Bidadarinya dalam kesakitan. Tiada lagi dalam senyuman di wajah bidadari kecilnya itu. Tiada lagi tawa yang sentiasa menghiburkan hati si ibu.

Apakah ini kerana dosa yang pernah dilakukan oleh dirinya kepada bidadari kecil itu? Dahulu, dia benci kewujudan bidadari kecilnya! Setiap hari dia berdoa semoga bidadari kecil itu pergi dari hidupnya!

Kini doanya sebagai seorang ibu hampir termakbul. Tiada guna lagi dia meratapi dan menyesali perbuatan sendiri. Bidadari kecilnya akan 'pergi' meninggalkan dia buat selamanya.

Ini adalah kisah tentang orang-orang di sekeliling bidadari kecil itu. Kisah orang-orang yang menyayanginya mahupun yang membencinya, Ini kisah tentang pengorbanan, kasih sayang dan keinsafan yang diberi oleh sang bidadari kecil itu kepada mereka...

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now