Bab 23- Terima Dengan Redha

40 5 0
                                    

NURASHIKIN menadah telinga sahaja mendengar ibu mentuanya itu sedang membebel perangai Rafeezal.

"Sudah hampir enam bulan dia tak balik ke sini. Kat firma tu, banyak sangat ke kerja dia Ikin? Kaer dan Khalid beri dia kerja yang banyak ke?" Soal Puan Hawa. Kedengarannya dia berasa geram dengan dua orang sepupunya itu kerana membiarkan anaknya berkerja terlalu keras untuk firma gamaknya.

"Kerja itu memang banyak mak. Ikin dapat balik kampung ni pun atas budi bicara Uncle Kaer dan Uncle Khalid beri cuti. Iyalah, lepas ni mungkin Ikin akan lama tak balik kampung. Sebab Ikin baru aje dapat kes baharu untuk diuruskan." Beritahu Nurashikin.

Puan Hawa mahu bercakap, tapi Nurashikin segera memintas.

"Mak kenal tak Daiyan Yusoff?"

"Daiyan Yusoff?" Puan Hawa sedikit bingung.

"Selebriti yang agak popular jugalah. Takkan mak tak kenal? Sekarang ni pun mak sedang tonton drama malam dia. Tu.." Kata Nurashikin menunjukkan ke arah TV yang sedang terpasang itu.

"Oh, pelakon itu." Puan Hawa angguk kepala.

"Kenapa dengan dia?" Soalnya.

"Lepas ini Ikin akan sibuk uruskan kes saman dia. Kerana itulah Ikin berniat nak balik kampung dulu jenguk mak." Kata Nurashikin.

"Hmm.. Baiknya menantu mak ini. Tak sia-sia mak pilih Ikin sebagai menantu mak." Puji Puan Hawa sambil mengusap tangan menantu kesayangannya itu.

"Nasib baik mak tak jadi bermenantukan Si Fira tu. Kalau tak, macam manalah agaknya kehidupan keluarga mak sekarang ni? Perempuan kotor macam tu mana boleh dibuat bini! Dasar penconteng arang keluarga!" Tiba-tiba Puan Hawa mengutuk Elfira Awliya.

Meskipun sudah lapan tahun berlalu, tapi kebencian Puan Hawa terhadap Elfira Awliya tidak pernah pudar.

Nurashikin terdiam. Jauh di dalam sudut hatinya, dia tidak suka apabila ibu mentuanya mengata Elfira Awliya selama ini. Walaupun dia turut membenci Elfira Awliya.

"Ikin, agak-agaknya macam mana kehidupan Fira bersama anak haram dia dulu kan? Jangan-jangan mereka dua-beranak itu merempat kat luar sana! Orang pendosa macam tu, manalah layak nak merasa bahagia." Angkuh sekali kata-kata Puan Hawa itu.

Nurashikin mahu membidas kata ibu mentuanya itu. Namun rasa hormatnya terhadap Puan Hawa telah menghalang dirinya. Walaupun Puan Hawa bermulut jahat dengan orang lain. Namun ibu mentuanya itu ikhlas sayangkan dirinya.

'Kalaulah mak tahu bahawa sebenarnya kehidupan Elfira bersama anaknya tidaklah merempat mana.. Malahan Elfira Awliya sekarang ni sudah setanding dengan mak yang punya banyak wang.' Getus Nurashikin dalam hati.

"Ikin, mak nak tanya kamu. Rafeez masih ingatkan perempuan itu lagi?" Tanya Puan Hawa.

"Lapan tahun sudah berlalu, mak. Mustahil Rafeez masih ingatkan Fira." Bohong Nurashikin. Kenyataannya, nama Elfira Awliya tidak pernah padam dari hati suaminya.

"Mak harap macam itulah. Mak tak boleh terima kalau Rafeez masih sukakan perempuan itu!" Kata Puan Hawa.

"Ikin, kamu dan Rafeez kenalah berusaha lebih sedikit."

"Berusaha apa mak?" Nurashikin berkerut kening.

"Punya anak."

Nurashikin berubah riak wajah.

"Kalau korang ada anak, mak yakin Rafeez akan sayang Ikin lebih lagi. Lagipun Ikin adalah ibu kepada zuriat dia. Anak ini kan pengikat kasih sayang suami isteri. Anak adalah penyeri di dalam kehidupan rumah tangga." Ujar Puan Hawa.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now