Bab 29- Reputasi Keluarga

54 8 0
                                    

ATHEARA dikejarkan ke hospital. Elfira Awliya mengikuti Atheara sehingga masuk ke bilik rawatan kecemasan. Doktor membenarkan sahaja kerana Elfira Awliya merayu untuk menemani kakak angkatnya itu sebentar.

"Kak Thea bertahan iya? Doktor akan rawat Kak Thea sebentar lagi." Kata Elfira Awliya sambil menangis tersedu-sedu. Genggaman tangan Atheara seakan tidak rela dilepaskannya sedari dalam ambulans tadi.

"A.. ris.., mana?" Terketar-ketar suara Atheara. Barangkali kerana menahan rasa sakit bukan kepalang.

"Airis ada. Kak Akma bawa dia bersama. Mungkin mereka berdua sudah menunggu di luar.

"Thea!" Emil Syauqi sudah datang menggamit Atheara yang sedang nazak.

"Em.." Atheara tersenyum melihat tunangnya.

"Awak takkan apa-apa. Ramai doktor kat sini. Mereka boleh rawat awak sampai sembuh." Kata Emil Syauqi dengan sebak.

"Me..reka do.. doktor.., bukan Tuhan. Awak pe.., rnaaah.., cakap.., begitu pada seesa.., ya." Sempat Atheara menyakat tunangnya itu.

Emil Syauqi menunduk wajahnya sambil menangis. Begitu juga Elfira Awliya.

"Too.., long.. jangan.. nangisss.." Kata Atheara berusaha mencari tenaga untuk berbicara.

"Takkan saya nak gelak tengok orang kesayangan saya dalam kesakitan begini?" Balas Emil Syauqi sebak.

Tersenyum Atheara mendengar kata tunangnya itu. Barangkali padanya kedengaran lawak.

"Jan..ji.. jangan na..ngis ka..lau Thea pergi?"

"No, sayang! Awak akan selamat." Pantas Emil Syauqi membidas.

Elfira Awliya turut geleng kepala sambil meratap sedih.

Atheara memandang Elfira Awliya.

"Kak nampak.., Fira suudahh.., sayaang Airis."

Elfira Awliya angguk kepala.

"Fira sayang Airis, kak. Sayang sangat." Ucap Elfira Awliya ikhlas.

Emil Syauqi kelihatan tergamam mendengar.

"Janji.., pada kak.. Jagaa Airis. Jaangann.., bencii diaa.. Dia bu.., kan pen..dosaa.."

Elfira Awliya angguk kepala sambil merembes-rembes tangis di wajahnya.

"MAAF Cik Elfira kerana telah menunggu saya lama."

Elfira Awliya yang sedang mengelamun jauh itu lantas tersentak. Dia mendongak lalu garis senyum kecil.

"Tak apa, puan sri. Sila duduk." Pelawa Elfira Awliya sopan.

"Kenapa puan sri nak jumpa saya?" Soal Elfira Awliya. Kelihatan wajah Puan Sri Suriati tidak mesra seperti sebelum ini kepadanya.

"Saya nak bincang mengenai cucu saya, Riya." Puan Sri Suriati lalu menghulurkan sekeping cek kepada Elfira Awliya.

"Apa ni?" Tanya Elfira Awliya tanpa melihat nombor yang ditulis pada cek tersebut.

"Anggaplah dengan jumlah yang ada pada cek ini boleh membuat Cik Elfira memaafkan cucu saya." Kata Puan Sri Suriati dengan nada sedikit angkuh.

Elfira Awliya terkedu. Dia lalu berdecit sinis.

"Ini harga kemaafan saya di atas apa yang cucu puan sri telah lakukan pada anak saya?"

"Cik Elfira jangan salah faham. Saya beri ini agar kita boleh menjernihkan keadaan. Ianya baik untuk kerjasama kita juga kan?"

"Puan Sri boleh ambil balik cek ini." Elfira Awliya menolak cek itu semula kepada Puan Sri Suriati.

Bukan PendosaWhere stories live. Discover now