BAB 1

170 19 0
                                    


Sudah 3 bulan berlalu semenjak peristiwa aku lari rumah. Perit juga waktu tu aku terkontang - kanting dekat Kuala Lumpur macam orang tiada tujuan aje. Dengan tidur beralaskan kotak sahaja! Maklumlah jadi homeless sekejap.

Sampai lah sekarang ini aku dapat kerja di H Café ni. Tapi sampai sekarang tak pernah nampak pemilik Café ni misteri betul! Cis! Apa - apa aje lah yang penting aku dapat kerja, sekurangnya boleh aku menampung hidup dekat sini.

Sekarang aku dah tak homeless lagi. Pemilik café ni betul-betul jaga kebajikan pekerja walaupun tak pernah nampak muka. Dia sediakan hostel untuk para pekerja dia. Eh! Tapi aku tak duduk hostel. Aku sewa rumah sendiri dengan orang lain juga. Maklumlah, dah 3 bulan kerja. Lagipun gaji dekat sini boleh tahan juga aku untuk tampung hidup serba tinggi ni.

"Qaisara, nanti tolong hantar order ni dekat meja 16. Kak effa kena buat air ni." Lalu kak Effa menuju ke dapur.

Lain macam aje aku tengok yang dekat meja 16 tu. Seram pula aku, silap sikit nanti pula aku kena pancung. Seram!

Dua lelaki di meja 16 itu memakai kemeja serba hitam dan seluar slack hitam. Menampakkan aura gelap mereka.

"Airnya Encik." Kataku sambil meletakkan dua cawan espresso di atas meja.

Menggigil juga tangan aku. Maklumlah aku ni ada darah gemuruh. Nampak juga dua lelaki tu senyum sinis macam nak ketawa pun ada. Suka lah tu nampak orang macam tu!

Sepanjang 3 bulan aku kerja di sini. Alhamdulillah tiada apa - apa yang berlaku. Tapi pelik juga Pakcik dengan nenek aku tu tiada pun cari-cari aku. Memang dia nak halau aku juga agaknya.

"Hari ini Sara balik dengan siapa?" Terdengar suara di sebelah aku berkata. Kak Effa rupanya.

"Macam biasa lah kak dengan grab." Jawab ku sambil memesan grab.

"Ada ke grab nya dah malam ni? Eh Sara suami akak dah sampai akak balik dulu lah ye? Hati-hati!" Kemudian kak Effa pun balik dengan suami kesayangannya.

Kalau tiada grab nanti aku balik aje lah jalan kaki. Bukannya jauh pun. Tapi agak seram juga bila dah malam ni jalan gelap aje. Yang grab ni pula waktu macam ini lah dia tak muncul!

Nampaknya aku balik jalan kaki hari ini.

Sedang aku dalam perjalanan balik. Aku rasa seperti ada yang memerhati di belakang. Tapi aku buat biasa aje. Sampai lah aku nampak dua lelaki tiba-tiba ada depan aku dengan hoodie hitam. Yang belakang pula seorang nampak bayang nya bila aku tunduk ke bawah.

Terus berhenti perjalananku. Tawakal aje lah dengan apa yang mereka nak buat ni.

"Siapa kau semua! Nak apa dengan aku?" Tegas aku berkata. Maklumlah nak tunjuk berani sikit. Tapi tangan aku dah genggam kuat-kuat tote bag milikku!

"Cantik juga kau ni lama dah aku perhati bila setiap kali kau lalu sini." Suara lelaki pertama.

Terus berdiri bulu roma aku! Aku diperhatikan selama ini! Seram.

"Hari ini kau jangan ingat kau boleh lari dari kami!" Kata lelaki kedua .

Tiba-tiba sahaja aku leher aku dipegang dari belakang dan aku dapat agak lelaki ketiga ni punya angkara.

"Lepaslah!" Jerit aku dengan tangan meronta-ronta.

Aku diseret ke lorong tepi bangunan itu. Puas aku meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Rileks lah perempuan kau ni. Kitorang nak rasa aje kau." Suara lelaki ketiga.

"Jangan harap!" Jerit aku kuat kemudian aku ludahkan muka dia.

Aku lihat dia menahan amarah.

Pangg

Pipi aku di tampar kuat oleh nya. Nak berpusing juga kepala aku. Tapi ini Qaisara Suria. Aku takkan pernah mengalah. Aku terus meronta-ronta. Tangan ni sempat juga tumbuk dada lelaki tu.

Sehinggalah lelaki nombor satu itu mengeluarkan benda tajam dari tangannya. Terus terdiam aku.

Aku hanya mampu menangis dan tawakal sahaja dengan apa yang akan terjadi selepas ini.

Tudung aku di cabut begitu sahaja, baju ku di koyakkan aku sungguh jijik dengan diri aku waktu ini. Kerana aku tidak mampu mempertahankan maruah diri sendiri.

Sehinggalah tiba-tiba aku terdengar beberapa suara. Ada cahaya seperti kereta menghala ke kami. Aku sungguh pening dan tak mampu untuk angkat kepala akibat di tampar , di tumbuk oleh lelaki-lelaki itu.

Tiba-tiba sahaja mereka bertiga di tarik dan aku terdengar suara seperti orang di belasah.

Aku nampak susuk lelaki datang ke arahku tetapi aku tidak dapat melihat wajahnya kerana kepalaku terlalu sakit untuk buka mata.

Badanku ditutup dengan sesuatu. Mungkin jaket hitamnya. Aku dapat rasa tubuhku diangkat dan aku seperti terdengar dia bicara sesuatu denganku. Sehinggalah gelap semuanya. Aku terlena.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now