BAB 17

134 15 4
                                    

"Boss, Danny tahu boss hantar budak-budak untuk awasi dia. Apa yang kita perlu buat sekarang?"

"Tak perlu buat apa-apa, memang aku sengaja biar dia tahu." Puntung rokok dibuangnya ke dalam tong sampah. Lantas dengan itu Hans beredar dari situ.

Zayn yang agak pelik dengan situasi itu terus bertanya kepada Bossnya. "Kita nak kemana boss?"

"Jumpa Danny." Sepatah sahaja jawapan nya.

Hans memasuki rumah agam atau disebut sebagai pejabat Danny.

Tujuannya adalah untuk memberi amaran kepada Danny.

"Wow, long time no see my niece."  Ucap Danny.

"Listen, I'll straight to the point. If you dare to lay finger at my wife again. I don't fucking care you were my uncle or not. I'll kill you with my own hand."  Hans mencengkam kuat leher Danny sehingga lelaki itu sukar bernafas. Kemudian dia beredar dari situ.

"Does your wife know about your job? Does she know who her father is then?" Kata-kata itu membuatkan Hans terhenti seketika. Tetapi sikit pun dia tidak menoleh ke arah Danny.

"I guess she doesn't know." Ucapnya lagi seiring dengan pecahnya tawa.

Hans hanya membiarkan sahaja dan beredar dari situ.

Seminggu selepas itu.

"Abang!"

Hans sedang berada di ruang dapur terkejut mendengar jeritan Sang isteri. Lantas dia berlari naik ke bilik mereka.

"Dah kenapa pula bini aku ni." Hans bicara perlahan.

"Dear, kenapa ni?" Ucap Hans selepas melihat keadaan isterinya yang biasa saja itu. Hans berdiri di birai katil.

"Abang pergi mana, Sara bangun-bangun je abang tak ada dekat sebelah." Sara menarik lengan Suaminya sehingga Hans terduduk di sebelahnya.

"Hey, abang dekat dapur je lah buat breakfast for my lovely wife ni. Kenapa Dear manja betul harini?" Hans mengusap lembut rambut isterinya.

"Alah, manja dengan suami sendiri pun tak boleh." Pelukan Sara semakin dieratkan. "Sara rasa macam nak demam lah, kepala pun sakit." Ujarnya lagi.

Hans meletakkan telapak tanggannya ke dahi sang isteri. "Panas badan sayang ni. Baring dulu abang buatkan bubur."

Sara kerap merasakan pening dan mual semenjak ini. Masuk hari ini sudah banyak kali dia muntah-muntah.

Hans yang melihat keadaan isterinya turut risau. Bila dia hendak panggil doktor. Isterinya tak mahu.

Hans membawa bubur untuk Sara sarapan. Sara makan dengan penuh selera.

"Abang, Sara tiba-tiba lapar lah, macam nak makan daging. Masak rendang. Sedapnya. Tapi abang masak." Tiba-tiba Sara bicara.

"Daging apa lembu ke kambing sayang?" Hans hanya mengikut sahaja kata Isterinya.

"Daging rusa." Sara memandang Hans kemudian tersenyum bagaikan tiada apa-apa.

"Ha? Daging rusa? Mana abang nak cari ni? Nantilah abang tengok dekat pasar ada ke tak." Hans agak terkejut dengan Isterinya itu.

"Taknak beli dekat pasar. Nak yang fresh. Dari hutan punya. Abang sembelih sendiri." Lagi terkejut Hans.

"Isteri aku ni mengandung ke?" Ucapnya dalam hati.

Tiba-tiba sahaja Sara terasa mual lagi. Dia terus berlari ke tandas dan mengunci pintu.

"Sara, buka pintu ni bagi abang masuk. Sara okay tak tu?" Pintu di ketuk bertalu-talu.

"Sara okay." Jawab Sara.

Sara memandang pregnancy test yang pernah dibelinya waktu itu. "Nak cuba ke taknak. Takut lah pula." Akhirnya Sara mencuba.

"Macam mana kalau aku mengandung"

5
4
3
2
1

Tepat tekaan Sara. Dua garis. Maksudnya Sara mengandung.

"Abang!" Jerit Sara.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now