BAB 5

128 12 0
                                    



Baru sahaja aku ingin terlena. Tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi pagar terbuka. Fikirku mungkin Aliya balik. Tetapi, Aliya bawa keretanya sendiri. Perlahan aku bangun menuju jendela bilikku. Aku selak sedikit langsir bilik ku untuk melihat.

Alangkah terkejutnya aku melihat lelaki beberapa orang lelaki bersut hitam sedang meluru masuk ke perkarangan rumah ku. Aku tidak dapat melihat siapa mereka. Wajah mereka dilindungi dengan penutup muka bewarna hitam.

Lemah lututku bila semua ini berlaku apabila aku sendirian di rumah. Lantas aku mencapai telefon untuk menghubungi Aliya.

"Aliya... Aku rasa rumah kita masuk pencuri. Aku takut..."

"Ya Allah... Kau tunggu aje dalam bilik tu. Jangan keluar ke mana-mana! Tunggu aku balik aku telefon polis sekarang."

Lalu taliannya dimatikan.

Aku dapat dengar suara mereka mula memasuki dalam rumahku. Terdengar mereka bercakap dalam bahasa yang aku sendiri tidak tahu.

"Trova quella ragazza ora!" Seperti itu aku mendengar hanya samar-samar suaranya.

Aku duduk memeluk tubuhku di birai katil. Sehinggalah aku mendengar bunyi seperti tapak kaki sedang menuju ke arah bilik yang aku duduki. Dengan pantas aku berlari menuju bilik mandi. Aku kunci dan tutup lampu supaya mereka fikir bahawa tiada orang didalam rumah ini.

Kenapa waktu begini tiba-tiba ada pencuri masuk pula.

Gumamku dalam hati.

Alamak telefon aku! Sudah lah tak silent. Kalau Aliya Call macam mana.

Nasib memang tidak menyebelahi aku. Aku terdengar deringan telefon dan aku pasti itu Aliya.

Dapat aku dengar selepas itu. Mereka menuju masuk ke dalam bilikku.

"Trovalo!"

Aku hanya menggigil ketakutan. Nasib baik lah aku mengunci bilik mandi tadi. Lantas aku menutup mulut dengan tanganku sendiri apabila aku dengar gegaran di hadapan bilik mandi. 

Sekilas bayangan malam kelam itu menghantui diriku. Kini aku hanya mampu tawakal supaya ada orang akan datang menyelamatkanku walaupun aku tahu itu tidak mungkin.

Seketika itu, segalanya sunyi. Sehinggalah aku terdengar seperti orang bergaduh. Bunyi benda jatuh yang membuatkan aku semakin menggigil ketakutan. Aku terdengar bunyi seperti kaca berderai.

"Don't you dare to touch her!" Kuat aku mendengarnya. Suaranya seperti menahan amarah.

"We just follow the boss's orders!" Aku mendengar suara lelaki asing itu berteriak.

Sejurus itu aku mendengar suara seperti mereka berlari dengan pantas dari perkarangan rumahku. Akan tetapi, aku sangat takut untuk keluar dari bilik mandi itu.

Aku hanya diam duduk memeluk tubuh dengan air mata yang berjurai sedari tadi.

Tiba-tiba sahaja mendengar pintu bilik mandi itu dibuka secara paksa. Aku sangat takut.

"Tolong... Jangan apa-apakan aku..." Terisak-isak aku berbicara.

Tiba-tiba sosok lelaki itu mendekati aku perlahan. Aku hanya menggigil ketakutan. Sehinggalah dia berbicara.

"Don't worry you are safe with me." Lembut suara lelaki itu.

Aku mengangkat sedikit wajahku. Ingin melihat siapa dia. Dari anak mata hitamnya. Aku mencari kejujurannya. Alangkah sangat terkejut aku bila melihat lelaki itu. Dia lelaki yang pernah selamatkan aku 7 bulan lalu. Sememangnya aku sangat ketakutan dan tidak sedar apa yang aku lakukan. Aku lantas memeluk tubuhnya erat dan menangis di dalam pelukannya. Dapat aku rasakan tubuhnya mengeras. Baru aku tersedar apa yang aku lakukan.

Aku meleraikan pelukan kami.

Baru aku sedar kami berada di dalam bilik mandi. Dengan cepat aku bangun. Akan tetapi, lututku tiba-tiba terasa longgar. Aku sedikit terjatuh.

Lantas lelaki itu memapah aku keluar dari bilik mandi itu.

Dapat aku lihat bahawa bilik aku kini sudah seperti dilanda ribut taufan. Lagi longgar lututku rasa. Lelaki aku lihat bagaimana reaksiku. Sepantas kilat dia mendukungku dan membawa aku turun ke ruang tamu. Aku sedikit terkejut dengan tingkahnya. Tetapi tidak pula aku marah, mungkin aku sudah terlalu penat.

Aku memula bicara.

"Maafkan saya lagi kerana susahkan Encik... lagi..."

"Hans. Panggil saya Hans."

Seketika itu kami hanya diam.

"Siapa mereka semua?" Aku memberanikan diri untuk bertanya. Kerana dari gaya mereka tidak seperti pencuri. Kerana satupun barangku tiada yang hilang.

Baru sahaja dia ingin membuka mulut. Tiba-tiba ada sosok lain memasuki rumahku.

"Boss, they are gone." Sejurus itu riak muka Hans berubah dingin dengan anak matanya kini tajam. Dapat aku lihat tangannya digenggam kuat.

Kini Aliya pun telah pulang bersama tunangnya. Sedari tadi Hans hanya menunggu Aliya pulng untuk menemaniku. Sebaik sahaja Aliya pulang. Hans dan anak buah nya berganjak pulang.

Dia berhenti seketika.

"Sara, Jangan lupa report police. Tak mustahil dia akan datang cari awak balik. Itu sahaja yang saya boleh beritahu." Kata-katanya membuat tubuhku mengeras. Tapi, kenapa aku. Kenapa dia mencari aku.

Selepas itu, mereka pun beredar dari perkarangan rumahku. 

Hans's [OG]Where stories live. Discover now