BAB 15

131 9 0
                                    

Author Pov

Hujan gerimis mula membasahi bumi pada pagi ini. Sedangkan dua pasangan suami isteri itu sedang tidur. Manakala sang Suami sedang meneliti setiap sudut wajah Isteri yang tertidur pulas.

Cantik juga Isteri aku ni. Hans berkata dalam hatinya sembari tangannya mengusap helaian rambut yang menutupi wajah Isterinya.

"Eh, awak dah bangun. Kenapa tak kejut saya?" Sara menoleh kearah suaminya. "Tak apalah, awak mesti penat kan semalam." Ucap Hans.

Kemudian dia memeluk tubuh Isterinya dengan erat. "Eh, awak dah lah saya nak turun ni buat sarapan. Awak nak pergi kerja kan kejap lagi." Ucap Sara yang cuba melepaskan diri dari pelukan sang suami.

Akan tetapi, Hans lebih pantas mengunci pergerakan Isterinya. "No, sekejap lagi lah turun." Lantas Hans mencium seluruh wajah Sara.

"Abang..." Sekali lagi Sara cuba melepasi suami nya itu. Kemudian dia bangun dari tempat tidurnya. Tetapi sesuatu terlintas di kepala Sara.

Sara menoleh semula kearah suaminya, dan memberi satu kecupan tepat dibibir sang suami. Akhirnya Sara berlalu pergi dan membiarkan suaminya sendiri.

"Sedapnya sarapan hari ni." Hans yang sudah siap untuk ke syarikatnya mula menyuap sarapan nasi goreng yang dibuat Sara.

"Sara dah start cuti sem kan?" Hans bertanya sembari tangannya sibuk menyuap nasi goreng.

"Haah abang. Kenapa?"

"Abang kena pergi KL tau esok, so Sara kena ikut. Abang tak nak tinggalkan Sara sendiri kat sini." Hans memandang mata Sara.

"Oh, okay. Tapi abang, semenjak ni Sara rasa macam dah tak ada lagi yang ganggu Sara. Diorang dah kena tangkap ke?" Tiba-tiba Sara bertanya.

Pergerakan Hans terhenti seketika. "Sara jangan risau pasal tu. Fokus dengan belajar Sara je sekarang ni. Diorang tak akan berani ganggu Sara. Sara dikawal ketat dengam budak-budak abang."

Sara hanya mengangguk faham. "Abang ni sebenarnya gangster ke?" Ucap Sara tiba-tiba.

Hans yang mendengar kata-kata Isterinya itu terus tersedak.

"Eh abang, nah air." Hans mula meneguk air yang diberi Sara. Kemudian dia tersenyum sinis.

"Soon Dear, you will know it. Just not now okay?" Hans menyentuh pipi Isterinya dengan lembut. 

"Abang, Sara ingat nak pergi rumah Sara petang ni sekejap. Boleh?" Sara memandang wajah suaminya. Seakan memujuk.

"Boleh, nanti abang suruh Zaidi dengan Hayzer teman Sara." Sara hanya mengangguk faham.

Sara mula memasuki rumah agam miliknya setelah sekian lama. Zaidi dan Hayzer setia menemani Sara sehingga Sara mula memasuki rumah itu. Mereka hanya tunggu di luar sahaja.

Tujuan Sara datang kerumah agam itu pada petang ini hanyalah untuk mengambil beberapa barang miliknya.

Sedang Sara leka membelek-belek barangnya. Tiba-tiba sahaja bunyi tembakan bertubi-tubi terdengar.

Sara melihat ke arah bunyi itu, dia melihat beberapa buah kereta Range rover hitam dan lelaki bersenjata sedang mengadu tembakan.

Sara terkejut melihat Zaidi dan Hayzer sedang melawan beberapa orang disitu. Kemudian dia mengambil tindakan untuk beredar dari situ.

Sara mengingati tentang ruang bawah tanah dirumahnya itu. Dengan bergegas Sara menuju kesitu. Sara mula menuruni tangga di bilik rahsia itu. Tangannya menggigil mendail nombor Hans.

"Abang... Tolong Sara..."

"Sara, where are you now?"

"Dekat rumah Sara... Ada yang kena tembak..."

"Tunggu situ abang datang sekarang."

"Sara takut... Sar... arghhhh."

"Sara! Jawab!"

Mulut Sara diberkap oleh seseorang. Kemudian segalanya gelap. Sara diculik.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now