BAB 7

118 9 0
                                    



SUDAH seminggu selepas kejadian itu berlalu. Kini aku rasa seperti tiada yang memerhati aku lagi.

Hari ini aku ada rancangan lain selepas sahaja aku pulang kerja. Aku bercadang untuk pulang ke rumah anak yatim Seri Melina setelah sekian lama. Terletak di Melaka. Tidak berapa jauh dengan Kuala Lumpur jadi aku bercadang untuk balik dari sana esok pagi sahaja memandangkan aku datang pada waktu malam selesai habis kerja.

Entah Ummi Kalsum masih ingat aku lagi atau tidak itu aku belum pasti. Sekurangnya aku datang melawat mereka.

Sampai sahaja aku disitu aku terus keluar dari perut kereta. Terlalu banyak kenangan yang tersimpan di rumah ini. Walaupun sederhana hanya dua tingkat sahaja tapi ia tetap nampak luas.

Dapat aku lihat budak-budak lelaki lingkungan umur sembilan hingga dua belas tahun sedang bermain bola di halaman rumah itu. Ada juga beberapa budak perempuan sedang bermain batu seremban di anjung hujung rumah.

Bila melihat anjung itu aku terus teringat waktu kecilku dulu.

Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak perempuan lingkungan umur 8 tahun ke arah ku.

"Hai kakak cantik, kakak datang nak jumpa siapa?" Manis aje budak itu bertanya.

"Kakak datang nak cari Ummi. Ummi Kalsum ada?"

"Ummi Kalsum ada dekat pejabat. Mari saya bawa akak kesana." Tiba-tiba ada satu suara gadis lingkungan umur 16 tahun berbicara dengan aku.

"Adik, pergi main dengan kawan lain dekat anjung tu jangan duduk sini sendiri. Cepat-cepat." Ujar suara tersebut kepada budak kecil itu.

Aku hanya tersenyum melihat mereka.

"Ini lah pejabat Ummi. Ummi ada dekat dalam. Akak masuklah." Lembut sahaja suaranya.

Dengan perlahan aku masuk kedalam ruang pejabat itu.

"Assalamualaikum Ummi...." Perlahan aku bersuara.

"Waalai....kumsalam... Ya Allah Qaisara! Rindu nya Ummi dengan kau Sara. Ya Allah!" Erat pelukan Ummi terhadap aku. Ada juga rasa sebak di hati.

"Maaf Ummi baru kalini Sara dapat jenguk Ummi. Sebelum ini Sara tak dapat jenguk langsung sebab...."

"Tak apa Ummi faham. Lagipun Ummi tahu semuanya. Kalau Ummi ada kuasa waktu itu Sara Ummi memang tak benarkan mereka ambil Sara."

"Tak apalah Ummi. Lagipun sekarang Sara dah bebas dari mereka. Sara dah duduk sendiri. Dekat aje dengan Melaka ni. Lepas ini Sara akan selalu datang jenguk Ummi."

Akan tetapi hari ini sebenarnya ada juga sebab lain aku datang ke sini. Aku ingin tahu macam mana Ummi boleh jumpa aku.

"Ummi sebenarnya Sara nak tanya dengan Ummi."

"Tanyalah Sara."

"Macam mana Sara boleh masuk dekat rumah ini ye dulu?"

Aku nampak Ummi Kalsum agak terkejut mendengar soalan aku. Walaupun riak mukanya terkejut tetapi dia tetap tersenyum kepada aku.

"Ummi rasa sekarang waktunya Sara patut tahu semuanya. Izinkan Ummi cerita semua ye?"

Aku hanya mengangguk. Walaupun dalam hati ini berbelah bahagi. Patutkah aku tahu semuanya walau jawapannya bakal melukakan hati aku sendiri.

"Sebenarnya, Sara bukanlah dibuang keluarga atau ditinggalkan seperti nasib anak-anak yang lain. Sara, Ummi kenal dengan arwah ibu dan bapa Sara. Mereka adalah majikan Ummi 22 tahun yang lalu. Lama Ummi bekerja dengan mereka. Ada satu perkara yang Sara patut tahu. Ibu dan bapa Sara betul-betul sayangkan Sara. Mereka betul-betul tak sabar nak melihat Sara lahir ke dunia ini. Malangnya, pada hari Sara lahir ibu dan bapa Sara terpaksa beri Sara kepada Ummi kerana takut Sara ditimpa bahaya. Musuh mereka dimana-mana. Bapa Sara bukan orang Malaysia. Dia kelahiran Italy dan nama Islamnya adalah Abdullah. Ibu Sara orang Malaysia. Bapa Sara adalah businessman. Itu sahaja yang Ummi tahu. Sebab Sara dibawa kesini itu bila seminggu selepas Sara lahir. Tiba-tiba rumah ibu dan bapa Sara diserang. Banyak tembak-menembak berlaku. Jadi, ibu dan bapa Sara beri arahan kepada Ummi untuk bawa Sara lari. Yang membuat Ummi pelik, Ibu dan bapa Sara seperti tahu perkara ini akan berlaku. Sebab itu mereka berikan ini kepada Ummi..."

"Apa ini Ummi?"

Sedari tadi aku hanya menahan air mataku mengingati betapa peritnya kehidupan ibu dan bapa ku lalui.

Aku menerima sampul surat bewarna coklat bersaiz A4 daripada tangan Ummi Kalsum. Dapat aku lihat ada beberapa keping gambar Ibu Bapaku. Ada juga gambar aku waktu kecil bersama mereka. Kemudian aku mengeluarkan beberapa helai kertas di dalam sampul tersebut.

Surat Akuan hak milik rumah.

Aku baca surat-surat itu semua nama pemiliknya adalah nama aku. Qaisara Suria binti Abdullah.

Ada juga buku akaun bank dan juga kad bank dan semuanya atas namaku.

"Semua ni hak milik Sara. Nanti Sara jumpa lah peguam itu ye?"

"Maafkan Ummi, baru sekarang Ummi dapat beritahu Sara. Sara cari lah kebenaran lain sendiri ye? Ini sahaja yang Ummi tahu."

"Terima kasih Ummi sebab bagitahu Sara perkara sebenar."  Aku memegang erat kedua tangan milik Ummi.

"Sama-sama Sara. Lagipun Ibu dengan bapa Sara banyak sangat dah bantu Ummi . Kalau Sara nak tahu Ummi bina rumah anak yatim ni adalah berkat dari duit ibu dan bapa Sara. Rumah anak yatim Seri Melina. Seri Melina itu sebenarnya nama ibu Sara. Cantik, manis dan lembut aje orangnya. Sama macam Sara."

Akhirnya airmata aku sudah tidak tertahan lagi sedari tadi.

SEPANJANG perjalanan pulang bermacam -macam yang aku fikir. Jadi selama ini nama Bapaku adalah Abdullah. Ibuku pula Seri Melina. Mereka tidak pernah buang aku macam yang nenek pernah cerita dulu. Mereka sebenarnya sayangkan aku.

Apa yang jadi sekarang ini.

Tiba-tiba sahaja aku ada harta dan rumah. Mengikut peguam yang aku jumpa tadi semua harta dan rumah ini memang telah sepenuhnya milik aku. Kerana aku telah lebih 18 tahun. Yang paling membuatkan aku betul-betul terkejut adalah Ibuku mempunyai Butik baju miliknya sendiri.

Butik itu dijaga oleh anak Ummi Kalsum sehingga sekarang. Aku rasa ini semua bagaikan mimpi. Hidup aku berubah sekelip mata.

Tiba-tiba aku terfikir. Semua yang jadi pada aku sebelum ini ada hikmah sebaliknya.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now