BAB 8

107 9 0
                                    

Aku memasuki rumah agam yang sudah menjadi milikku ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Aku memasuki rumah agam yang sudah menjadi milikku ini. Dengan perjalanan yang cukup jauh dan sedikit pendalaman di Penang.

Sungguh cantik rumah agam ini sangat bersih dan terjaga. Kata Peguam yang bernama Puan Elena, rumah ini terjaga dengan rapi oleh Salah satu penduduk kampung ini. Kebetulan hari ini aku datang aku lihat ada sepasang orang tua lingkungan umur 50 tahun baru sahaja hendak mengunci pagar besi rumah ini.

Aku keluar dari perut kereta untuk bertanya dengan pasangan itu.

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumsalam. Anak ni siapa ye?"

"Saya Qaisara Suria, makcik. Anak kepada tuan rumah ni."

Aku juga tunjukkan surat tentang rumah ini dan juga kad pengenalanku. Supaya tak ada lah dia tuduh aku penceroboh pula.

"Oh. Ini lah anak nya Melina dengan Abdullah. Cantik dah besar dah kamu. Sama macam mak kamu."

Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata makcik itu. Mesti Ibu aku sungguh cantik dahulu sehingga orang berkata kami mirip.

"Terima kasih Makcik dan Pakcik sudi temgokkan rumah ni." Ikhlas aku nyatakan seraya mereka membawa aku masuk kedalam.

"Panggil aje Mak Kiah dengan Pak cik rahmat."

Aku hanya mengangguk faham.

"Rumah Mak kiah dekat hujung jalan tu aje. Jalan kaki 3 minit aje sampai dah. Sebab itu Mak kiah dengan Pak cik selalu tengokkan rumah kamu ni." Mak cik Kiah berkata sambil menyediakan goreng pisang yang aku beli dalam perjalanan tadi.

"Lagipun, bukannya kami tak kenal dengan Melina dan Abdullah tu. Dari awal mereka pindah sini dulu kami dah kenal. Kami rapat dulu sehingga lah bila kami tahu yang Melina tu mengandungkan kamu sejak dari itu kami dah jarang bertemu mereka." Pak cik Rahmat bersuara.

"Mulanya kami ingat Mak ayah kamu dah pindah. Sebab senyap aje lama tak ada khabar kan. Ada juga kadang-kadang Mak cik datang untuk pastikan kalau apa-apa terjadi dengan mereka. Sehinggalah satu pagi tu tiba-tiba polis banyak dekat rumah kamu ni. Mereka kata jumpa dua mayat ditembak dan meninggal di tempat kejadian. Terkejut juga kami waktu itu." Kini Mak cik Kiah bersuara.

Aku yang mendengar itu betul-betul terkedu. Mak ayah aku dibunuh selama ini.

"Jadi maksudnya Mak dan Ayah saya dibunuh?" Goreng pisang yang ingin kusuap ke dalam mulutku tadi terjatuh semula ke pinggan.

"Ya Allah. Makcik ingat Sara dah tahu." Rasa bersalah rupa Mak cik Kiah bila dia tahu aku masih belum tahu kebenarannya.

"Sara tak tahu Mak cik. Sara dibesarkan dekat rumah anak yatim dan baru sekarang Sara dapat tahu tentang mereka." Jawabku perlahan.

"Tak apa Sara. Anggap aje ini semua takdir Tuhan. Yang penting kamu dah tahu kebenarannya." Pakcik Rahmat berkata kepada ku.

Aku hanya mengangguk dan kami melanjutkan perbualan kami. Banyak juga Mak Kiah ni berbicara. Mak Kiah mempunyai anak angkat lelaki. Selalu juga katanya balik ke sini. Kerana Mak kiah dan Pakcik Rahmat tidak mempunyai anak kandung sendiri. Jadi mereka bersyukur kerana mempunyai anak angkat yang baik.

"Sara. Mak Kiah dengan Pakcik balik tau. Sara boleh sendiri kan?"

"Boleh aje Mak Kiah. Sara dah biasa sendiri."

Kemudian Mak Kiah dan Pakcik Rahmat pun pulang ke rumah mereka kerana waktu sudah senja.

Aku mulakan pekerjaan aku dengan mengelilingi satu rumah. Maklumlah tak pernah masuk rumah sebesar ini. Aku menaiki anak tangga dengan berhati-hati dan menuju ke pintu bilik.

Aku memasuki bilik itu. Dapat aku lihat susunan bilik yang sempurna dan seluruh perabot bilik ini ditutupi dengan kain putih. Aku dapat rasakan bahawa ini adalah bilik kepunyan Mak dan Ayahku.

Aku menuju ke pintu bilik yang lain.
Aku lihat bilik ini juga perabotnya di tutup oleh kain putih. Aku meneruskan lagi untuk mengelilingi rumah ini. Sangat besar untuk aku seorang.

Akhir sekali aku duduk di ruang tamu dan mendongak melihat kipas yang tinggi itu. Apa perancangan hidup aku selepas ini. Itu yang aku fikirkan. Sehinggalah aku terlena di situ.

-
-
-

HARI sudah menjelang pagi. Tengah hari ini aku sudah berjanji dengan Kak Khaira. Anak kepada Ummi Kalsum yang selama ini menjaga butik milik Ibu.

Aku memandu Perodua Axia kesayanganku itu ke Butik milik ibu. Walaupun sempat tersesat sebentar. Akhirnya aku telah sampai.

Butik Seri Melina Clothing tertera berada di hadapanku kini. Sungguh aku tidak sangka butik ini 2 tingkat. Aku sangat bersyukur Kak Khaira yang menjaga butik ini dengan sangat baik sehingga berkembang besar seperti ini.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Selamat datang ke Seri Melina Clothing. Boleh kami bantu?"

"Saya nak cari Kak Khaira ada tak? Saya Qaisara ada janji nak jumpa dia tadi."

"Oh, sekejap ye saya panggilkan Puan Khaira. Cik duduk lah dulu ye di sini." Pekerja itu menunjukkan aku ruang menunggu.

Aku hanya mengangguk. Sehingga aku lihat seorang wanita dengan suit bewarna biru cair, dia mengenakan kasut tinggi dan selendang bewarna putih dan sedikit bercorak. Aku yang wanita sahaja terpukau melihatnya. Sangat berkarisma.

"Cik Qaisara kan?"

"Ye, saya Sara. Maaflah saya datang mengejut."

"Eh tak apa, Saya faham. Eh duduk lah."

Kemudian kami berdua duduk berhadapan.

"Sara ini lah butik Mak Sara. Selama ini akak cuma tolong jagakan sahaja sehingga pemilik sebenarnya datang. Akhirnya datang juga Sara."

Aku yang mendengar itu sedikit terkejut.

"Pemilik sebenar? Bukan ke ini butik milik Mak Sara?"

"Ye, tapi secara automatiknya butik ni jadi milik Sara sekarang. Akak dan suami hanya jaga sahaja butik ini. Sepenuhnya dari penghasilan butik ini akak masukkan ke dalam akaun milik syarikat."

"Tapi Kak Sara sebenarnya nak minta tolong akak untuk terus jaga butik ini boleh kan?"

"Boleh, tapi kenapa ye Sara? Sara tak suka ke butik ni?"

"Eh bukan macam tu Kak. Sebenarnya Sara nak sambung belajar selagi ada peluang ni." Aku rasa sayang jika aku ada peluang untuk sambung belajar sekarang memandangkan keputusan SPM aku cemerlang 9A. Hanya saja aku tak dapat sambungkan pelajaran waktu itu kerana kata nenek dia tak mahu menghabiskan duitnya kepadaku.

"Oh. Baguslah kalau Sara ada fikir macam itu. Tak apa akak akan bantu Sara jaga Butik ni macam selalu."

"Terima kasih banyak-banyak Kak bantu Sara." Aku mengucapkannya dengan memegang kedua tangan Kak Khaira.

"Sama-sama Sara. Tapi Sara jangan lupa selalu datang sini tahu. Tengok-tengok selalu butik ni. Ni kan butik Sara."

"Inshaallah Kak. Sara akan datang juga nanti."

Cukup tiga hari aku duduk di sini akhirnya aku putuskan untuk pulang ke Kuala Lumpur dahulu.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now