BAB 4

137 8 0
                                    


Sedang aku bekerja.

Dapat aku lihat seperti ada yang memerhati segala gerak-geriku. Kali pertama berlaku, aku menganggap mungkin ini hanya perasaan aku sahaja. Akan tetapi, bila sudah sering terjadi begini. Aku mula merasa tidak tenang. Rasa diperhati.

"Kak Effa, Sara keluar sekejap ye?" Lantas aku keluar dari Kafe untuk melihat siapa sebenarnya yang menjadi pemerhatiku.

Sia-sia. Kereta Range Rover hitam yang sering aku lihat di seberang Kafe itu tiba-tiba bergerak. Aku dapat melihat sosok lelaki sedikit berusia dibalik tingkap gelap kereta tersebut sebelum kereta itu hilang dari pandanganku.

Sekilas aku memerhati sekelilingku. Namun tiada lagi sosok manusia yang mencurigai.

Lantas aku menuju ke dalam Kafe semula untuk menyambung kerjaku.

"Sara kenapa? Sara tengok siapa? Kak Effa tengok macam ada sesuatu aje?"

"Eh, tak ada apa Kak. Mungkin perasaan Sara aje kut. Macam nampak orang yang Sara kenal?"

Malam menjelma.
Akhirnya dapat lah aku beradu asmara dengan katil aku ini. Sedang seronok aku berbaring, tiba-tiba telefonku berdering. Aduh! Kacau betul, aku baru nak beradu ni!

Nombor tidak dikenali.

"Assalamualaikum, Sara."

"Waalaikumsalam, siapa ye?"

"Guess who?"

Pelik betul lah orang ni. Dahlah aku mengantuk ini.

"Maaf lah ye Encik. Saya ini tak ada masa tahu nak bergurau. Siapa ini?"

"Saya lah Haikal."

"Oh, ada apa ye telefon saya?"

"I told you right that day, I will call you. Sekarang saya tunaikan kata-kata saya untuk telefon awak?"

Entah kenapa tiba-tiba panas pula pipi ni bila dia kata begitu. Padahal dalam telefon aje.
Alamak manis pula suara garau dia tu! Cis sempat lagi kau Sara!

"You okay right?"

Eh, pelik aje mamat ni tiba-tiba tanya aku okay ke tidak. Gumamku dalam hati.

"Saya okay aje, macam biasa."

Dia diam.

"Hmm actually Sara, this week you free? I nak ajak you dinner."

Aku diam sejenak.

Aduh boleh percaya ke mamat ni. Seram pulak aku kalau tiba-tiba dia culik aku. Haishh, tapi tak mungkin lah. Tapi, kalau dia jahat macam mana. Nak ke tidak ye ni. Pening.

"Sara, are you there?"

Tiba-tiba hilang semua andaianku tadi bila terdengar suara garaunya.

"Jangan risau saya tak akan culik awak lah, saya nak ajak dinner saja. Itu pun kalau sudi."

Macam tahu-tahu aje dia ni fikiran aku. Nujum ke apa.

"Hahaha. Free aje." Boleh pula aku menguap waktu-waktu begini. Maklumlah, mata dah mula mengantuk.

"Hmm, I think you should sleep, you sound tired. Good night and Sweet dream Sara."

Sejurus itu panggilan pun dimatikan olehnya.

Bila dah macam ini makin segar pula mata aku. Akibat dengar suara lembut Haikal itu.

Agaknya kalau depan mata dah aku pandang aje muka dia bila dia bercakap.
Berangan aje kau ni Sara!

Punya lah angau aku bayangkan suara si empunya. Sampai Aliya tiba-tiba depan pintu pun aku tak perasan.

"Woi, Berangan apa kau." Laju aje Aliya masuk dalam bilik aku.

"Mana ada berangan apa-apa." Malu lah aku kalau kantoi.

"Oh, Kau berahsia dengan aku!"

Zappp

"Auchh, sakit lah." Ada ke patut dia hempuk aku dengan bantal. Nasib baik bantal kalau buku yang dia pegang itu. Tak ke berpusing kepala aku.

"Eh, Sara. Kau dah tak ada jumpa lagi ke dengan lelaki yang tolong kau dulu. Nak dekat 7 bulan juga. Tak akan tak ada jumpa?"

"Hmm, dah tak ada nampak langsung. Eh kau ni nak pergi mana? Bukan main cantik lagi."

"Aku nak keluar dengan tunang aku, cari barang untuk majlis kahwin sikit. Ni aku keluar jangan lupa kunci pintu. Kalau ada apa-apa terus Call aku tahu?"

Bukan main bercekak pinggang dia macam makcik-makcik bebelkan aku. Oh, ye Aliya ni dah nak kahwin dah lagi 3 bulan.

"Yelah makcik." Ejekku.

Mendengar kata Aliya tiba-tiba buat aku terfikir. Agaknya kat mana dia sekarang ye. Walaupun dah tak ada rasa terhutang tapi aku rasa tak sedap pula.
Setakat ucap Terima kasih aje.

Lepas kejadian itu langsung aku tak pernah nampak dia lagi.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now