BAB 9

104 9 0
                                    



"Aku harap keputusan yang aku buat ini betul lah." Gumamku perlahan. Walaupun hati ini berdebar takut dan risau bercampur.

Aku berjalan ke arah pintu kaca bilik Kak Effa. Dia merupakan manager di H'CAFE.

"Assalamualaikum Kak Effa."

"Waalaikumsalam. Eh Sara, ada apa?"

Aku menghulurkan surat dengan sampul bewarna putih di atas meja Kak Effa. Aku melihat Kak Effa membuka surat itu sejurus aku berikan kepadanya.

Surat Perletakan Jawatan.

Kak Effa agak kaget melihat surat yang kuberi tadi. Tapi aku dapat rasakan yang dia pasti akan faham dengan tindakanku kerana sebab yang aku terterakan di dalam surat itu sudah cukup kukuh. Aku ingin melanjutkan pelajaranku.

"Betul Sara yakin dengan keputusan Sara yang ini?"

"Sara yakin Kak, Sara nak fokus untuk pembelajaran Sara sahaja waktu sekarang."

"Baiklah kalau itu Sara katakan. Akak faham. Akak doakan Sara berjaya dalam bidang yang Sara akan ceburi nanti."

"Terima kasih Kak Effa kerana bagi Sara peluang bekerja dekat sini. Banyak sangat pengalaman yang Sara belajar dari sini."

"Sama-sama Sara. Nanti akak akan inform Tuan Hans."

Aku sedikit tersentak mendengar nama itu.

"Tuan Hans?"

"Ye. Tuan Hans Boss kita."

Aku hanya mengangguk faham. Haraplah Hans yang Kak Effa maksudkan itu bukan orang yang sama aku kenal. Kemudian aku melanjutkan kerjaku seperti biasa.

-
-
-

SETIBANYA aku di rumah sewaku. Dengan pantas aku mencari katilku untuk beradu sebentar. Sehinggalah bunyi deringan telefon mengangguku untuk masuk ke alam mimpi.

Bila aku melihat siapa yang telefon automatik aku terkejut. Boleh pula lupa malam ini ada dinner dengan dia.

"Hello, Haikal."

"Hai, Sara. I hope you not forgotten about tonight right?"

"Eh. Of course not. Saya tengah bersiap awak send aje location nanti saya datang." Eleh padahal dah nak beradu dengan katil!

"Oh no! Tonight I will pick you up okay?"

"Hmm Okay."

Aku pula terus bersiap. Aku mengenakan blouse panjang bewarna nude latte dan seluar bewarna putih serta tudung bawal yang kulilit kemas bewarna putih. Tak lupa juga cermin mata yang selama ini aku pakai.

Tidak sampai satu jam. Haikal sudah berada di hadapan dengan Honda CRV bewarna hitam miliknya.

Dia memakai Kemeja bewarna putih bersama seluar jeans hitam. Tak lupa juga dengan cermin matanya serta rambutnya menutupi dahinya.

Bila dia melihat aku menuju ke arahnya, lantas dia membukakan pintu untukku. Sangat gentleman perlakuannya. Kemudian dia berlari kecil ke arah pemandu.

Aku hanya diam kerana malu. Maklumlah ini kali pertama aku keluar dengan lelaki. Jadi agak canggung dan sedikit malu. Ada juga hatiku serasa berdebar. Wahai cik jantung kenapa laju sangat berdegup! Lagi-lagi bila lihat Haikal. Automatik rasa hati ni berdebar.

Sedang aku leka dengan khayalan aku. Tiba-tiba sahaja aku rasa deruan nafas yang cukup dekat denganku. Aku pandang sedikit ke arah kanan ku dan dapat kulihat wajah Haikal sungguh dekat dengan wajahku. Aku terkedu dengan tindakannya. Kemudian tangannya dia dekatkan kearah seatbelt dan dia tarik sedikit untuk memasangkannya kepadaku.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now