BAB 14

121 10 0
                                    


Mulanya aku tolak permintaan Hans. Kerana aku rasa aku masih mampu untuk menjaga diri dan tidak perlukan bantuan dia. Tetapi, takdir Tuhan lebih besar. Aku diserang lagi oleh konco-konco jahat yang aku sendiri tidak tahu dari mana.

Tiga bulan berlalu setelah kejadian itu. Akhirnya aku telah menjadi Isteri sah kepada Ezaquel hans. Sukar untuk aku terima semua itu. Tapi aku lebih percaya dengan takdir yang diciptakan Tuhan.

Hans sungguh baik dan ikhlas menerima aku. Walaupun aku masih tidak mampu memberi apa yang sepatutnya seorang isteri beri kepada suami. Dia faham. Aku perlukan masa untuk menerima semuanya. Dia sungguh tidak memaksa aku.

Sikapku selama ini juga mungkin akan membuatkan dia sedikit tersinggung. Kerana aku masih belum boleh menerima status diriku yang kini sudah menjadi isteri orang.

Hari ini, kelas ku berjalan seperti biasa. Tetapi, seperti biasa aku dihantar dan diambil oleh anak buah Hans. Sampai sekarang aku masih tidak tahu. Apa sebenarnya pekerjaan sebenar suamiku. Bila ditanya, dia hanya berkata aku akan tahu juga suatu hari nanti.

Dan lebih parah. Aku tidak dibenarkan untuk kemana-mana sendiri. Aku pelik. Kenapa dia bersikap begitu.

"Zack, boleh tak saya nak pergi mall? Sekejap je. Saya bosan lah." Kataku sembari tangan sibuk membelek buku belajar ku.

Zack yang sedang memandu itu seperti berfikir sesuatu. Kemudian dia mencapai telefon nya. "Tuan, Puan Sara nak pergi shopping boleh ke?" Kira-kira begitu dia berkata.

"Hish, dia ni sikit-sikit mengadu dengan boss dia tu." Aku menyilangkan tanganku kemudian melihat ke arah tingkap.

Zack hanya ketawa melihat gelagat aku.

"Puan, Tuan kata boleh tapi sekejap je. Dia taknak Puan dalam bahaya."

"Hmm yelah." Kemudian aku melanjutkan termenung.

Seusai sahaja aku sudah bosan di dalam shopping mall itu. Aku pun mengajak Zack untuk pulang.

Seperti biasa. Rumah sunyi. Hanya ada beberapa orang bodyguard di hadapan. Hans masih belum pulang lagi waktu petang begini. Biasanya dia akan pulang waktu 8.00 malam.

Aku pun mula menyiapkan makan malam untuk Hans. Ya walaupun aku tidak mampu memberi hak seorang suami kepadanya. Aku harus menjalankan tanggungjawab lain seperti kemas rumah, memasak untuk Hans. Menyiapkan baju kerjanya dan lain-lain.

Jam sudah menunjukkan lapan malam. Benar. Tepat sahaja 8.00 malam Hans sudah pulang. Terdengar bunyi pintu terkuak. Aku melihat Hans masih lagi dengan pakaian kerjanya seperti pagi tadi. Sangat kemas. Terkadang aku pelik, dia ni betul-betul kemas orangnya. Biasanya orang balik kerja baju dah macam belacan dah kedut sana kedut sini.

"Awak, nak mandi dulu ke nak makan dulu?" Aku bertanya.

"Saya nak makan dulu, dah lapar sangat. Biasanya tak lapar, harini lapar pula. Takut pula awak saya makan harini." Hans bergurau.

"Eh, awak ni!" Aku menepuk lengan Hans.

"Kejap saya siapkan makanan." Kataku lagi.

Hans yang mendengar itu, hanya menunggu di meja makan.

"Wah udang masak sambal, telur dadar. Mesti sedap ni." Kata Hans. Kemudian dia mula menyuap makanan dimulutnya.

"Tengoklah siapa masak." Aku tidak makan. Hanya melihat Suamiku makan. Kerana aku dah kenyang.

Seusai sahaja makan. Aku mula mencuci pinggan mangkuk. Sedang leka aku mencuci pinggan. Tiba-tiba sahaja ada tangan melingkar di pinggangku dan deruan nafas seseorang di leher ku. Setahu aku, Selesai sahaja makan Hans terus naik mandi. Aku toleh ke kiri. Aku lihat rupanya Hans sejurus sahaja dia mandi. Dia datang ke arahku. Rambut nya masih basah. Dia hanya memakai seluar track suit bewarna kelabu.

"Awak, kenapa ni." Aku sedikit kekok. Kerana Hans tidak pernah seperti ini sepanjang 5 bulan perkahwinan kami.

Tapi bila aku fikir balik. Mungkin hari ini dia mahukan haknya sebagai suami.

"Saya nak tuntut hak saya, sebagai suami." Pandangan nya begitu menusuk ke mataku. Halkum nya sedikit bergerak. Aku tahu. Kali ini dia betul-betul maksudkannya.

Aku sedar selama ini aku menidakkan haknya dan menolaknya berkali-kali. Tapi malam ini aku juga sudah bersedia dengan semua nya.

Aku melingkarkan tangan ke leher Hans. "Im yours. My husband." 

Senyuman terukir dibibir masing-masing.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now