BAB 11

105 10 0
                                    




"Makanlah Sara, kesian kamu dari pagi lagi tak makan."

"Baik, Mak Kiah."

Macam mana aku hendak makan kalau orang depan aku tengah tenung aku tajam-tajam. Tengok gaya macam nak cekik aku aje.

"Ezaq, apa di tenungnya si Sara macam itu. Kalau berkenan cakap."

Aku yang tengah makan dengarnya terus tersedak. Sempat pula Mak Kiah dengki aku.

"Sara lepas ni nak pergi belanja barang dapur untuk rumah kan?"

"Haah, sekejap lagi habis makan ni Sara terus pergi."

"Hah elok lah tu, Ezaq boleh temankan kamu."

Aku lihat si Ezaq tu diam aje. Mungkin dia sibuk agaknya. Lagipun aku agak segan dengan dia walaupun dia dah dua kali bantu aku. Entahlah, seperti ada aura gelap dalam diri dia yang buat aku agak takut.

"Eh tak apa Mak Kiah, Sara boleh pergi sendiri. Lagipun Sara nak jalan-jalan pusing Pekan sekali."

"Tak apa, Ezaq kamu teman Sara ye sekejap lagi. Lagipun tak elok anak dara keluar seorang diri. Kamu tu semenjak duduk sini Mak Kiah selalu tengok kamu sendiri aje tak ada berteman."

Tiba-tiba si Ezaq itu menjawab.

"Boleh aje Ezaq teman."

Dan aku pun tidak boleh protes lagi.

SUNYI. Semenjak aku sudah berada di dalam kereta Hans sedari tadi kami hanya diam. Sehinggalah dia berdehem sekali.

"Siapa sebenarnya nama awak? Ezaq? Bukan Hans?"

Aku nampak dia melontarkan sedikit senyuman sebelum membalas kataku.

"Ezaquel Hans. Itu nama saya."

"Wow. Uniknya nama awak." Aku syak dia ini mesti campuran. Sebab tengok dari rupa macam bukan sepenuhnya orang melayu aje.

"Iye. Hans tu nama identiti keluarga saya."

Aku hanya mengangguk. Tak nak lah dia kata aku menyibuk nanti.

Sedang dalam perjalanan untuk menuju ke pekan. Ada satu rumah ini menarik perhatianku. Nampak teruja sangat gayanya.

"Wow, cantik nya rumah ni. Macam Istana lama konsepnya. Tapi dah kenapa sampai empat hingga lima orang yang jaga depan rumah tu tadi. Lepastu dah macam gangster aje tengok gaya mereka. Garang betul rupa. Macam gaya dia anak raja aje yang duduk kat rumah tu." Dengan sarkas aku berkata. Ni kalau Tuan punya rumah dengar kena pancung aku.

"Dia taknak rumah dia masuk perompak tu." Senang aje Hans ni menjawab. Macam dia aje Tuan rumah tu.

"Saya tak pernah lalu sini sebabtu saya tak pernah tahu pula ada rumah dekat jalan sini."

"Dah lama dah rumah ni dari 2015 lagi dia duduk situ."

"Eh. Awak ni gaya macam kenal je rumah tu rumah siapa."

"Kenal lah. Kenal sangat tu rumah siapa."

"Rumah siapa?" Teruja betul aku nak tahu.

Selepas itu tiba-tiba dia ketawa sebelum mula bicara.

"Rumah saya."

"Hah? Rumah awak?"

Terkejut aku mendengar nya. Tangan aku pun dah tutup mulut sendiri. Dah lah aku mengata Tuan rumah tadi. Mana nak letak muka ni. Nak aje aku turun dari kereta ini sekarang juga.

"Sorry, saya tak tahu pula tu rumah awak."

Hans hanya ketawakan aku dari tadi. Eh tapi jarang pula tengok dia senyum ketawa macam ini. Sebelum ini dua kali aku jumpa dia tak pernah tengok dia senyum sekalipun.

Rezeki aku kalini tengok muka handsome dia senyum.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now