BAB 13

118 9 0
                                    



SEBULAN telah berlalu semenjak kejadian malam itu. Sangkaanku, mereka tidak akan mengganggu aku lagi bila aku membuat laporan polis atas nasihat Mak Kiah. Rupanya semakin lama semakin menjadi-jadi. Aku meminta Mak Kiah merahsiakan perkara ini. Sehinggalah pada satu malam, terjadi lagi perkara yang sama. Orang-orang itu menyelinap masuk ke rumahku dan memberi amaran kepadaku supaya tidak melibatkan pihak polis. Mereka berkata jika aku masih berani untuk melibatkan pihak polis, nyawaku di genggamannya. Pisau dihulur ke leherku. Terdiam aku seketika.

Tetapi, aku tetap lah aku. Aku cuba juga menepis pisau itu menggunakan tangan ku sekuat hati ketika pegangan nya longgar. Tetapi, nasib tak menyebelahi, pisau itu terkena di pipi kiri ku. Pedih terasa. Kugagahi juga diri untuk lari dari sini. Aku meluru ke luar dengan berkaki ayam. Aku ingin pergi ke rumah Mak Kiah. Tetapi, aku risau jika mereka yang mengejarku turut bahayakan Mak Kiah dan suaminya.

Aku sendiri tak tahu kemana arah ku berlari, di jalan yang sunyi dikelilingi hutan. Aku teruskan berlari supaya mereka tidak menjumpai aku. Aku terlihat sebuah kereta Range Rover hitam. Dengan pantas aku menahan kereta itu sembari aku berlari ke arah kereta itu. Sehinggalah aku tersandung sebuah benda keras, mungkin batu dan membuatkan aku terjatuh di tepi jalan.

Lelaki itu terus meluru keluar kearah ku.

"Oh my god Sara, what happened to you?" Suara yang amat aku kenali. Aku mendongak ke atas dan melihat siapa gerangan lelaki itu. Hans. Dia sentiasa ada dikala aku perlukan dia.

"Tolong saya." Aku memagut lengannya.

Seluruh mukaku dipenuhi darah. Pedih rasanya tak terkata. Hans menggendong tubuhku terus memasuki keretanya. Seketika selepas itu gelap seketika.

"Find who made her like this! They're gonna be dead." Samar-samar suara itu aku dengar. Setelah itu aku tersedar.

"Hans..." Lemah suaraku memanggilnya.

"Sara, awak dah sedar?" Hans kini duduk di birai katil bersebelahan denganku.

"Saya dekat mana ni?" Aku memandang sekelilingku kemas dan tersusun sahaja perabot di dalam bilik ini.

"Rumah saya." Dia menjawab dengan lembut.

Aku memegang pipiku yang terasa pedih. "Aduh."

"Saya dah suruh doktor rawat awak tadi, mujur luka tak dalam. Now tell me what really happened?" Penuh kerisauan di wajahnya.

Belum sempat aku membuka mulut tiba-tiba sahaja Mak Kiah datang.

"Ya Allah. Sara! Macam mana boleh sampai macam ni sekali?"  Ramai betul yang risaukan aku harini.

"Tak ada pun Mak Kiah. Sikit je ni." Jawab aku.

"Tak ada apa nya awak, kalau sampai macam ni. Tengok muka tu? Dah macam kena toreh." Tegas dan penuh kerisauan Hans bicara.

"Sebenarnya memang kena toreh pun." Selamba aje aku jawab.

Terbuntang mata Hans dibuatnya.

"Mereka masih kacau Sara lagi? Kita dah lapor Polis kan. Tapi masih tak ada apa lagi." Geram aje suara Mak Kiah.

"Mereka? Awak tahu siapa yang buat awak macam ni Sara?" Tiba-tiba Hans mendekati aku.

"Saya tak tahu, tapi saya yakin mereka orang yang sama dengan sebelum ni saya kena serang." Kata aku.

"Sebelum ni? Kenapa tak bagitahu saya langsung?" Naik sedikit oktaf suara dia.

"Saya tak mahu orang lain risau. Lagipun apa sebab saya perlu bagitahu awak? Awak boleh tolong saya ke?" Selamba aku bertanya.

"Saya akan bantu awak Sara. Sentiasa. Lepas ni kalau apa-apa bagitahu saya. Jangan buat saya risau. Kali ini mereka dah melampau. Saya dah suruh budak-budak saya cari siapa mereka." Tegas Hans.

"Budak-budak awak? Apa maksud awak?"  Aku bingung.

"Ye, budak-budak saya. Tak apa, satu hari nanti awak akan tahu apa maksud saya." Kini Hans duduk di birai katil semula sementara Mak kiah keluar sebentar mengambil makanan.

"Habis Itu apa yang saya perlu buat sekarang?" Tanya aku bingung. Memang betul fikiran aku sungguh keliru dan bercelaru.

"Awak kena sentiasa berada dalam kawalan saya. Saya akan sentiasa awasi awak Sara." Tajam matanya memandang aku.

"Tapi macam mana tak akan awak nak 24 jam dengan saya?" Kini aku bertanya.

"Ye." Sepatah aje dia jawab.

"Eh tak mungkin lah. Tak akan kita nak serumah kot." Kini aku pening.

"Ada satu cara. Kahwin dengan saya." Selamba ake dia berkata.

"Hah?" Kini aku pula yang terkejut. Jantung macam nak berhenti aje rasa.

Hans's [OG]Where stories live. Discover now