Lagu Ku Rela Dibenci
Ayaz keluar dari biliknya. Tadi dia sempat melelapkan matanya sebentar dan bersolat Zuhur. Dia memerhati ruang tamu yang kelihatan sunyi. Terdengar ibunya sedang berbual dengan Aurel di dapur. Dia menjenguk ke dapur. Ibunya dan Aurel sedang memasak sesuatu.
"Ibu..." Ayaz menegur ibunya. Mak Intan dan Aurel menoleh memandang Ayaz. Ayaz memandang ibunya tetapi langsung tidak memandang Aurel. Aurel menundukkan wajahnya kembali.
"Ayaz dah lapar ke? Ibu baru masakkan untuk Ayaz. Lauk yang ibu masak tadi cuma sedikit. Ibu tambah sikit lagi lauk untuk kita makan."
"Takpelah ibu. Ayaz masih kenyang lagi. Tadi masa balik ke sini, Ayaz sempat makan di kedai depan tu. Ibu masaklah dulu. Ayaz nak jalan-jalan kat depan rumah sekejap."
"Yelah. Dah siap masak nanti,ibu suruh Aurel panggilkan Ayaz."
Ayaz tidak berkata apa-apa. Dia terus melangkahkan kakinya keluar dari ruang dapur.
Ayaz ke laman rumah dan menyusuri jalan hingga ke depan banglo Dato' Kamarul. Dia membongkok ingin memetik sekuntum bunga rose yang sedang kembang di dalam pasu Tiba-tiba punggungnya dilanggar seseorang . Masa hendak menegakkan tubuhnya, dia pula yang terlanggar tubuh gadis itu .
"Arghhh!!" Terjerit gadis yang dilanggar oleh tubuh tegap Ayaz. Gadis itu hampir jatuh tetapi dapat disambut tubuh gadis itu oleh Ayaz.
Mata mereka bertentangan. Ayaz ralit merenung gadis cantik di dalam rangkulannya. Gadis itu juga turut merenung Ayaz. Sempat gadis itu memuji Ayaz yang tampan di dalam hati..
"Awak!" Gadis itu mengibas tangannya di depan wajah Ayaz.
Ayaz yang tersedar bila gadis itu memanggil dan mengibas tangannya, terus melepaskan rangkulannya pada badan gadis itu.
"Errr, maafkan saya," ujar Ayaz.
"Takpe, saya pun salah juga," balas gadis itu.
"Macamana awak boleh ada di laman banglo ni?" tanya gadis itu.
"Saya sebenarnya tinggal di belakang banglo ni. Saya Ayaz." Ayaz menghulurkan tangannya untuk salam perkenalan.
Ternganga mulut gadis itu. Lelaki handsome ini anak Pak Mat dan Mak Intan? Kenapa wajahnya berlainan dari dulu. Sekarang bertambah kacak dan tegap.
Gadis itu menyambut tangan Ayaz.
"Abang Ayaz. Ni Aira lah. Abang tak kenal Aira?" Sebenarnya dia juga tidak cam wajah Ayaz kalau Ayaz tidak mengenalkan diri. Araz ke Australia semasa umur Aira dan Aurel baru 12 tahun.
"AIRA? Aira anak Dato' Kamarul?"
Aira mengangguk laju. Dia tersenyum manis.
"Tak sangka Aira semakin cantik. Abang hampir tak kenal Aira."
Tersipu-sipu malu Aira dipuji oleh Ayaz.
"Aira biasa ajelah! Abang tu yang semakin kacak." Aira mencapai tangan Ayaz.
Jom, kita duduk kat kerusi batu tu. Boleh kita berbual panjang," ajak Aira.
Mereka duduk di kerusi batu yang ada di depan laman banglo itu.
Sementara Aurel yang melihat apa yang terjadi antara Aira dan Ayaz, melangkahkan kakinya pulang ke rumah . Tidak jadi dia hendak memanggil Ayaz pulang makan. Tadi dia ke situ kerana disuruh oleh Mak Intan memanggil Ayaz pulang makan.
"Kalau dengan Aira boleh pulak bersentuhan. Dengan aku, bukan mahram. Dosa kata abang Ayaz. Mungkin sebab Aura cantik, jadi halal buat abang Ayaz. Aku sedar diri. Aku tak boleh mencintai abang Ayaz. Aku kena lupakan cinta dalam hati aku ni."
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...