Lagi hanya rindu
"Bos, tadi ada seorang perempuan bagi boss kek dan hadiah ni. Dia juga suruh saya sampaikan ucapan selamat hari lahir buat boss."
Danish berkerut memandang wajah pekerja lelaki itu. Dia saling menoleh memandang Siti Salwa yang turut memandangnya. Mereka sekarang beriringan untuk pulang dari cafe. Danish mencapai kotak kek dan kotak kecil yang berbalut cantik.
"Perempuan? "tanya Danish kembali.
"Ye boss, perempuan tu pakai selendang yang menutup sebelah pipi dia."
Automatic otak Danish terfikirkan Aurel. Dalam sekejap aje dia berasa berdebar dan dingin.
"Perempuan tu pakai selendang? Dia ke office saya tak?"
"Ada boss. Dia pergi ke office boss. Tapi dalam setengah jam , dia keluar dan kelihatan menangis. Dia terduduk di lantai luar cafe. Beberapa minit kemudian, perempuan tu masuk jumpa saya dan serahkan kek dan hadiah tu untuk diberikan pada boss."
Berdegup kencang dada Danish seolah jantungnya akan keluar dari dada. Tangannya bergetar dan dingin. Begitu juga dengan Siti Salwa. Siti Salwa juga berasa seluruh tubuhnya gementar.
Danish membuka kotak kek itu. Happy birthday my husband. ❤️U.
"Ya Allah , Aurel." Danish pantas berlari keluar dari cafe ke tempat parking. Dia masuk ke dalam kereta dan segera memandu laju pulang ke banglo Tan Sri Alias untuk berjumpa isterinya. Hatinya semakin tidak keharuan. Ada rasa tidak enak di dalam hati.
Sementara Siti Salwa terduduk di atas kerusi cafe setelah ditinggalkan oleh Danish. Dia sedang meratap pilu. Menangis kesedihan. Bukan menangis sebab Danish tapi menangis kerana rasa bersalah pada Aurel kawan baiknya.
"Maafkan Salwa, Aurel. Salwa bersalah dan berdosa pada Aurel. Ya Allah! Ampuni dosaku pada Aurel dan padaMu jua. Aku terlalu mengikut nafsu jahatku dan hasutan syaitan. Aku telah meruntuhkan rumahtangga kawan baikku sendiri. Aku bermohon agar Allah tolong hamba yang tidak berdaya ini untuk lenyapkan rasa cinta atau suka pada abang Danish. Aku takkan memberi cintaku untuk abang Danish lagi. ISK, ISK," batinnya menjerit kerana menyesali perbuatannya.
Danish yang sedang berada di jalanraya terpaksa menghadap jalan yang tiba-tiba sesak. Dia menumbuk stereng keretanya.
Pin! Pin! Hon dibunyikan berkali-kali oleh Danish. Seolah memaki kenderaan yang berada didepan keretanya. Dia membuka cermin tingkap kereta.
"Hoi!!! Tolong cepatlah! Aku nak cepat ni!!!" Danish meneriak kuat pada pemandu yang menghalang keretanya. Padahal ini bukan sikap Danish. Biasanya dia sabar menghadapi keadaan jalan yang sibuk setiap hari pulang dari syarikat. Tapi kali ini dia tidak sabar dan mulutnya sentiasa memaki kenderaan di depannya.
"Kau ni bodoh ke apa hah? Depan tu accident lah bodoh. Kau ingat kau sorang aje nak cepat! Kalau tak sabar sangat langgar aje kereta depan kau!" Seorang pemandu di sebelah keretanya melepaskan marah pada Danish.
Danish menjerit kuat melepaskan tekanan.
Hampir tiga jam berada di dalam kesesakan jalanraya, Danish meluncurkan keretanya ke banglo Tan Sri Alias dengan memandu di kelajuan yang tinggi. Sampai sahaja di depan banglo mewah Tan Sri Alias, dia terus keluar dan berlari masuk ke dalam banglo.
"Encik!" Panggilan Ratna tidak dihiraukan oleh Danish. Dia terus masuk ke dalam lif untuk ke tingkat dua biliknya. Keluar sahaja dari lif, terus dia menerjah masuk ke biliknya untuk berjumpa Aurel. Biliknya kosong. Dia menolak pintu bilik air. Tiada juga Aurel di situ. Masuk ke bilik persalinan. Tiada juga Aurel di situ. Almari dibuka. Banyak baju Aurel tiada dalam almari. Sesak nafas Danish ketika ini.
YOU ARE READING
Aira dan Aurel .
RandomKisah Aurel dan Aira dua adik beradik kembar yang dilahirkan berbeza warna kulit dan wajah. Aira si kakak yang berkulit putih dan cantik. Manakala Aurel berkulit hitam manis tapi kelihatan buruk. Kerana perbezaan warna kulit dan kecantikan , Aira m...