Bab 10 Kena Halau

488 63 45
                                    


Lagu Aku ingin bahagia

"Nanti dulu Aurel! Jangan pergi!"

Aira dan Aurel terkejut. Keduanya terkedu dan terpaku.

______________________

"Pa...papa...!" Aira menggeletar. Dia menggosok kedua belah matanya. Tan Sri Alias bangun dari katil dan berdiri memandang Aira dan Aurel. Keduanya terkejut melihat Tan Sri Alias yang nampak sihat dan boleh berdiri.

"Dah puas kau perbodohkan aku? Kau dan mommy kau memang setan! Setan bertopengkan manusia. Berani kau tipukan aku semata-mata nak rampas harta aku. Aku nak kau keluar dari banglo aku malam ni juga."

"Pa.... " Aira melutut di kaki Tan Sri Alias. "Ampunkan Aira pa... Aira memang anak papa... Aira tak tipukan papa..."

Tan Sri Alias menarik kakinya dan menjauhkan diri dari Aira. Sakit hatinya melihat Aira yang masih juga berbohong dengannya. Jelas sudah dia yang membuka pekung di dadanya, tapi masih juga mahu menutupnya lagi.

"Kau , aku beri masa sejam untuk keluar dari banglo aku. Aku dah rakam semua percakapan kau dengan mommy kau. Kalau taknak aku sumbat kau dalam penjara, cepat berambus dari sini."

Aira bangun dari melutut. Dia menghampiri Aurel. Ditolak badan Aurel ke dinding. Baru dia hendak mengangkat tangannya untuk mencekik Aurel, Danish dan Siti Salwa muncul di situ.

"Nish, tarik perempuan tak sedar diri ni keluar dari sini. Pastikan dia kemaskan barangannya dan tinggalkan banglo ni sekarang juga!" marah Tan Sri Alias bila melihat kelakuan Aira yang melampaui batas terhadap Aurel.

Danish menurut. Dia menarik Aira yang meraung-raung macam orang gila.

Ditolak Aira ke depan pintu bilik Aira. "Kau kemas kain baju kau sekarang. Pergi dari banglo ni, sebelum Tan Sri penjarakan kau dan mommy kau."

Kebetulan Ayaz juga baru datang kerana mendapat panggilan dari Danish. Aira bingkas bangun dan mendapatkan Ayaz.

"Abang Ayaz! Tolong! Dia orang halau Aira sebab perempuan monyet tu." Jari telunjuknya lurus menunjuk pada Aurel yang kebetulan keluar dari bilik Tan Sri Alias untuk menonton drama air mata yang sedang bersiaran langsung di banglo mewah itu. Siti Salwa dan Tan Sri Alias juga keluar dari bilik.

Ayaz tersenyum senget. "Eloklah, Aira kemaskan barang-barang Aira."

"Tak! Aira tak salah. Perempuan monyet ni yang salah. Dia saja nak pisahkan Aira dan papa kandung Aira. Sepatutnya dia yang dihalau dari sini."

Aurel tidak tahan hati dengan hinaan dan tuduhan tidak berasas Aira . Dia menghampiri Aira dan satu tamparan melekat di pipi Aira.

"Kau jangan nak tuduh aku sembarangan. Aku tak pernah bersekongkol dengan orang kaya dalam banglo ni. Kau fikir aku heran dengan harta Tan Sri Alias. Tidak! Aku dah biasa susah dan dihina. Aku tak pernah mimpi untuk hidup dengan kekayaan orang lain. Cukup aku hidup sendirian tanpa harta dan perhatian orang. Daddy aku dah meninggal dan takde siapapun yang dapat menggantikan daddy aku." Aurel melepaskan kemarahannya.
Dia tidak sedar , ucapannya telah mengguris hati seorang yang tidak boleh dinafikan olehnya sebagai ayah kandungnya sendiri. Ada dia kisah! Dia sudah cukup menderita dan meminta tapi tidak dilayan sehingga dia boleh hidup tanpa sebuah keluarga.

Siti Salwa mengusap belakang Tan Sri Alias. Dia cuba menenangkan lelaki tua yang nampak sayu dan sedih itu. Dia juga tidak menyalahkan Aurel dengan ucapan gadis itu. Aurel berhak bersuara setelah dia banyak menderita dan bersedih. Mungkin ini satu balasan yang terpaksa diterima oleh bapa saudaranya.

"Abang Ayaz..." Aira cuba minta simpati Ayaz, namun Ayaz menolaknya ke dinding. Terkejut Aira.

"Saya dah tahu kebusukan awak, Aira. Cukup-cukuplah menyalahkan orang lain. Awak langsung tak rasa bersalah atas sikap awak sendiri. Lebih baik awak pergi dari sini." Terbeliak biji mata Aira mendengar kata-kata Ayaz. Lelaki ini juga pasti bersekongkol dengan Danish dan Tan Sri Alias.

Aira dan Aurel .Where stories live. Discover now